Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Thursday, December 30, 2010

Majlis keraian 2011.

Pada 29.12.2010 di wad K9 berlangsung satu majlis tidak formal bagi meraikan beberapa kakitangan bertukar , akan berkursus dan akan bercuti .. Majlis di hadiri oleh Ketua Jabatan Dr Hj Lazli , Dr Firdaus , Dr Nor Azlina dan Dr Lily Marina serta sebahagian besar kakitangan Jabatan Psikiatri . Majlis di adakan sederhana dan pihak jabatan yakin majlis seumpama ini dapat memberikan manfaat kepada semua kakitangan . Keharmonian , semangat kerjasama , tolak ansur , persefahaman dan setiakawan dapat di pupuk . Ini semua dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dengan syarat kita semua mengikhlaskan niat demi kebaikan bersama .

Tanpa di sedari majlis di adakan di penghujung tahun 2010 yang boleh di katakan sebagai majlis keraian sempena kedatangan 2011 . Adalah di harapkan tahun 2011 akan di jalani dengan penuh semangat dan tekad untuk mencapai kecemerlangan melebihi tahun 2010 . HosHAS akan berhadapan dengan program HIS @ sistem berkomputer sepenuhnya setelah gagal pada tahun 2010 'tak di katahui pasti kenapa gagal' . Penilaian akreditasi juga mengasak rutin bekerja tahun 2011 yang akan berlaku sekitar bulan Ogos . Namun dengan pengalaman dan kesediaan juga kerjasama semua di harapkan tugas dan tanggungjawab dapat di laksanakan dengan baik .

Marilah kita bersama mendoakan kejayaan dan kecemerlangan melepasi dua perkara besar ini bagi memberikan mutu perkhidmatan terbaik kepada pesakit @ pelanggan yang memerlukan . Bagi tahun mendatang pendekatan baru yang meletakkan pelanggan adalah ' tetamu' saranan agenda 'soft skills' akan lebih melonjakkan keupayaan kakitangan menghayati mutu perkhidmatan yang cemerlang .

Akhir kata 'Selamat Tahun Baru 2011 ' kepada semua khasnya staff Jabatan Psikiatri HoSHAS Temerloh dan ketua Jabatan nya Dr Hj Lazli bin Bakar .

31.12.2010 .
Cuti sempena kejaya pasukan bolasepak negara menjuarai piala AFF Suzuki 2010.

Thursday, December 9, 2010

AWAL MUHARAM .. YASIN DAN DOA SELAMAT

gambar hiasan ..

gambar hiasan ... ni majlis berbuka puasa..di K9

09.12.2010 @ Khamis

Hirah Rasul saw sebagai bermula nya era kebangkitan dan keterbukaan dalam penyebaran Islam yang di bawa oleh Nabi Muhamad saw . Pelbagai iktibar boleh di ambil dari peristiwa tersebut .. umumnya masyarakat mengambil pengertian yang mudah iaitu .. perubahan dan berubah dari keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik .. perubahan sikap dan pendekatan juga komitmen dalam kehidupan dan tugas harian .. sebagai manusia @ peribadi , pekerja awam dan penglibatan dalam masyarakat . Semuanya menuntut kesungguhan dan perubahan yang menjurus kepada kebaikan .

Majlis bacaan yasin dan doa selamat Jabatan Psikiatri HoSHAS malam tadi sederhana tapi berjaya menimbulkan satu kesedaran bahawa program seumpama nya perlu dan boleh di buat selalu bagi memupuk rasa kebersamaan dan kerjasama antara staff . Mudah mudahan akan mencapai matlamat meningkatkan rasa tanggungjawab berdasarkan ukhuwah dan silaturahim serta ketelusan dalam menjalankan tugas yang bernatijahkan kecemerlangan dalam perkhidmatan terhadap pesakit . Namun bagi yang gagal hadir di harap akan dapat hadir di lain kesempatan .

Pesan Rasul saw dalam sebuah hadis yan bermaksud : Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih.

Maknanya natijah dari setiap perbuatan atau amal itu akan menggambarkan atau menghasilkan dari apa yang diniatkan oleh seseorang sejak ia memulakan amalnya .. semua ini lambat laun akan zahir dan di ketahui umum. Di sisi Allah pula ianya terhenti setakat apa yang di niatkannya sahaja dengan tidak mendapat keberkatan dan pahala dari amal perbuatan nya kerana niat nya bukan kerana Allah malah di takuti menjadi kemurkaan Allah sekiranya yang menjadi niat nya adalah ria' , ujub dan sebagainya iaitu berbuat sesuatu untuk menunjuk -nunjuk bermuka-muka atau mahu mendapat pujian dan sebagainya . Jadi hati hatilah dalam melakukan sesuatu .. betulkan niat dan ikhlaskan kerana Allah .. Mudah mudahan kehidupan kita diberkati Allah dan doa kita dimakbulkan oleh Allah serta kita di pimpin kejalan Nya yang benar lagi di redhai .

Sekian catitan sempena Maal Hijrah dan majlis yang di adakan ..

Just as i am
Blog Admin .

Sunday, December 5, 2010

Stress ..

memahami stress .. anda boleh copy link di bawah dan surf lain lain topik juga jika anda mahu tahu .. ok

http://helpguide.org/mental/stress_signs.htm

Tuesday, November 23, 2010

LAWATAN DAN JAGAAN PESAKIT DI RUMAH

gambar gambar hiasan ..

23.11.2010 @ Selasa .
Mulai jam 09.15 pagi pasukan Komuniti Psikiatri HoSHAS ( salah satu unit di bawah Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental ) kami bergerak untuk membuat lawatan dan perawatan pesakit psikiatri di rumah . Beginilah rutin kerja kami di unit ini sejak dahulu .. di pejabat kami membuat kerja catatan dan rekod juga pelaporan . Memang nampak relax kerana tidak 'deal' dengan klien masa tu . Klien kami di rumah , mereka terdiri dari pesakit mental yang mempunyai masalah untuk hadir ke klinik untuk 'follow up' menyambung rawatan kerana kesempitan hidup , pengangkutan dan sebagainya . Namun halangan utama yang di kenal pasti adalah kurang 'kesedaran' atau pun kefahaman pesakit dan keluarga terhadap penyakit yang di hidapi malah ada yang menafikan bahawa mereka / keluarga mereka mengidap penyakit mental .

Hari ini kami pertama nya menuju ke Mentakab jelasnya Kg Batu Hampar . Pesakit ini tinggal di rumah bersama ibu dan adik tetapi sewaktu kami sampai beliau bersendirian kerana ibu dan adik nya keluar bekerja ( ibu menoreh dan adik bekerja dengan sebuah syarikat ) Pesakit kelihatan seperti biasa duduk di atas kerusi di ruang tamu rumah nya menghadap peti TV dan di sebelahnya bekas habuk rokok . Jari jari nya kekuningan hitam kerana terlalu banyak merokok , memegang puting rokok . Beliau hari ini agak terpingga pingga dengan kehadiran kami dan susah untuk menjawab pertanyaan kami , kelihatan agak tidak kemas . Perbualan tidak rancak sebagaimana sebelum nya .. tinggal seorang hanya berteman kan TV dan Radio sepanjang hari dan setiap hari .. mereka tidak berpeluang berkawan .

Siapakah yang sudi dan memberi masa untuk orang seperti mereka ..?? keluarga sendiri pun . Hakikatnya sibuk mencari rezeki .. jadi 'kesunyian' pesakit seperti mereka ini tidak pernah terisi Cuba bayangkan ..tetapi mereka tidak pernah mengadu atau kecewa (tak pandai nak mengadu ) .. cuma kewarasan kita lah yang merasakan betapa penderitaan yang harus mereka lalui .. Namun ku punya hati .. sebuah lagu yang sesuai mewakili kata hati dan meluahkan rasa mereka

Kami berharap suatu hari nanti keadaan ini akan berubah .. masyarakat khasnya ahli keluarga pesakit 'menerima' dan menjadikan pesakit sebagai manusia biasa , berteman dan saling di ziarahi ( di rumah sendiri bukan hospital ) dan masyarakat memahami bahawa penyakit mental adalah penyakit seperti juga penyakit darah tinggi , kencing manis dll yang boleh di idapi oleh semua orang .. dan lebih penting ialah penyakit mental boleh di rawat dan boleh sembuh dengan syarat cepat mendapat rawatan dan patuhi arahan doktor .

jumpa lagi ..

Saturday, October 30, 2010

MENGENALI MASALAH MENTAL 2

1.11.2010 @ Ahad @ 12.00

Info ini mungkin berguna untuk semua ...

SUICIDE – BUNUH DIRI - ( PERMANENT SOLUTION TO A TEMPORARY PROBLEM )

- ramai merasakan keinginan untuk bunuh diri kerana pelbagai sebab

- depressive dan bipolar disorder > other mental illness untuk bunuh diri

- kadar bunuh diri untuk bipolar d/o 19%

Peranan Kakitangan kesihatan mental

1. boleh mengendalikan keadaan di mana pesakit cuba bunuh diri

2. boleh mengenali dan bertindak sewajarnya untuk pesakit yang berkeinginan untuk bunuh diri

Apa perlu dibuat bila mengesyaki pesakit ingin bunuh diri :

1. pencegahan adalah kaedah yang terbaik

2. berbincang dengan pesakit tentang keinginannya untuk bunuh diri TIDAK menyebabkannya hendak bunuh diri.

3. Kakitangan perlu

- tidak dalam keadaan mengancam pesakit

- non-judgemental

- berempathy

- memberi peluang kepada pesakit meluahkan isi hatinya

Soalan-soalan yang boleh ditanyakan kepada pesakit yang disyaki ingin membunuh diri

- adakah anda merasa susah hati kebelakangan ini ?

- bila anda merasa demikian , adakah anda berkeinginan untuk membunuh diri ?

- bila fikiran sedemikian muncul ?

- apa yang mungkin anda lakukan ?

- pernahkah melakukan seperti yang anda fikirkan ?

- berapa kerap fikiran sebegini datang ?

- bilakah kali terakhir fikiran ini ada pada anda

- pernahkah anda merasa ingin mencederakan diri orang lain selain dari diri anda ?

- adakah anda mengambil sebarang tindakan memnuhi keinginan anda (spt. Beli pil ubat tidur, Panadol dsb)

- pernahkah anda merancang bila anda akan berbuat demikian ?

- adakah anda membuat sebarang persiapan tentang mewariskan harta-harta anda kepada kaum keluarga?

- adakah pernah anda menuliskan surat mengucapkan selamat tinggal ?

- apakah anda ada fikirkan tentang kemungkinan meneruskan kehidupan ?

- apakah yang mungkin meringankan tekanan perasaan anda untuk menghadapi masalah anda sekarang ?

- bagaimanakah perasaan anda selepas perbualan ini ?

Faktor-faktor jangkaan untuk risiko bunuh diri

1. Female >Male

2. Bujang, janda / duda, tinggal bersendirian

3. Stressful life events

4. Tidak berjaya bunuh diri pada cubaan yang pertama

5. Tidak mempunyai pekerjaan

6. Mengikuti jejak langkah saudara-mara yang telah bunuh diri sebelumnya

7. Penyakit fizikal yang berpanjangan spt kanser, atau penyakit-penyakit mental

8. Kemurungan (depression)

9. Umur semakin berumur semakin meningkat risikonya

10. Penggunaan alkohol atau penyalah gunaan dadah

11. Mudah mendapat senjata

12. Cubaan bunuh diri yang ganas pada cubaan yang sebelumnya

MENGENALI PENYAKIT MENTAL

SCHIZOPHRENIA .

APA ITU SCHIZOPHRENIA ?

Schizophrenia adalah sekumpulan penyakit jiwa di mana terdapat gangguan dalam perasaan , pemikiran dan tingkahlaku seseorang .Ia boleh menyebabkan kehilangan upaya dan mengganggu kehidupan harian seseorang . Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur tetapi lebih kerap di kalangan orang yang berumur 15 tahun hingga 30 tahun .

APAKAH YANG MENYEBABKAN PENYAKIT INI ?

Faktor penyebab .

Kecenderungan untuk mengidap schizophrenia adalah di warisi tetapi yang mencetuskan penyakit ini ialah interaksi antara factor genetic dengan factor persekitaran . Risiko bagi schizophrenia di kalangan adik beradik , anak anak dan ahli keluarga yang lain ialah lebih tinggi jika di bandingkan dengan risiko bagi penduduk umum (orang awam )

Kajian juga menunjukkan bahawa gejala schizophrenia di sebabkan oleh lebihan aktiviti dopamine iaitu sejenis bahan kimia pada bahagian tertentu otak . Faktor persekitaran misalnya hubungan emosi dalam keluarga schizophrenia dan pola komunikasi di antara ahli ahli keluarga juga di kaitkan sebagai salah satu factor menyebabkan penyakit ini tetapi factor ini tidaklah begitu jelas dan tidak khusus .

Kajian juga menunjukkan terdapat kelainan system saraf sebagai penyebab penyakit ini tetapi bukti yang di tunjukkan adalah tidak kukuh .

FAKTOR PENCETUS .

Penyakit ini biasanya terdapat di kalangan orang orang muda , di mana masa ini seseorang itu sering menghadapi tekanan dalam hidup . Misalnya tekanan peperiksaan , pekerjaan , perkahwinan , perceraian ibu bapa , kematian seseorang yang di kasihi boleh mencetuskan penyakit ini bagi orang orang yang cenderung untuk menghidapinya . Reaksi seseorang kepada masalah yang di nyatakan di atas bergantung kepada ertinya atau penilaian masalah itu kepadanya . Reaksi kepada masalah yang sama mungkin berlainan di antara individu dengan individu yang lain .

Dadah seperti marijuana @ ganja , alcohol boleh mencetuskan penyakit ini dan ia juga boleh menyebabkan penyakit ini berulang .

APAKAH GEJALA GEJALA (TANDA ) PENYAKIT INI ?

1. Pesakit mungkin kelihatan bercakap cakap , senyum atau ketawa bersendirian atau kelihatan resah dan ganas. Ia mungkin kurang bergaul dan lebih suka menyendiri .

2. Kemunduran dari segi social misalnya tidak manjaga kebersihan diri , tidak mahu mandi dan mengemaskan diri , dan mungkin menunjukkan kelakuan kelakuan yang pelik / ganjil

3. Pertuturannya mungkin sukar di fahami dan ia mungkin bercakap kasar .

4. Kurang berminat atau tidak menunjukkan reaksi emosi atau terlalu aktif dan menunjukkan emosi seperti marah , terlalu gembira atau kebimbangan .

5. Gangguan pengamatan (persepsi) misalnya pesakit mendengar bunyi atau suara yang sebenarnya tidak ada ( hallucination) . Ini mungkin menyebabkan pesakit bercakap bersendirian , ketawa seorang diri atau menjadi marah apabila mendengar suara itu Pesakit juga mngkin boleh melihat sesuatu yang tidak boleh di lihat oleh orang lain .

6. Mempercayai idea yang salah dan bertentangan dengan kepercayaan orang lain di sekelilingnya . Misalnya pesakit merasakan dirinya diancam oleh seseorang atau sesuatu kuasa @ delusion.

7. Pesakit juga mungkin merasakan perbuatannya , perasaan atau fikiran nya dikawal oleh sesuatu kuasa luar .

Seseorang pesakit schizophrenia itu mungkin tidak menunjukkan kesemua gejala gejala yang di nyatakan di atas atau menunjukkan gejala gejala lain selain daripada yang di nyatakan di atas .

APAKAH RAWATAN UNTUK PENYAKIT INI ?

1. Kemasukan ke wad .

Pesakit hanya akan di masukkan ke wad jika merbahaya kepada dirinya atau orang lain . Ia juga bertujuan untuk menstabilkan ubatan . Jangkamasa pesakit dirawat di wad bergantung kepada keterukan penyakitnya .

2. Ubatan .

Rawatan ubatan berbentuk tablet dan suntikan . Tablet yang biasa digunakan ialah Chlorpromazine (Largactil) , Heloperidol ( Serenace), Sulpiride (Dogmatil) dan Trifluperazine (Stelazine) . Ia biasa diberikan sekali sehingga tiga kali sehari .Ubatan suntikan yang biasa di gunakan ialah Fluphenazine decanoate , (Modecate) , Flupenthixol decanoate (Fluanxol) dan Zuclopenthixol decanoate (Clopixol). Ia Biasanya di berikan setiap dua atau empat minggu .

Ubat ubatan ini tidak menyebabkan ketagihan dan anda tidak perlu bimbang tentang masalah ini. Adalah penting ubatan ini di ambil sehingga doctor menasihatkan untuk berhenti walaupun setelah anda merasakan diri anda sihat . Jika tidak kemungkinan penyakit ini akan berulang . Kadangkala doctor memberikan ubatan seperti Benzhexol ( Artane) dan Procyclidine (Kamadrine) iaitu ubatan untuk mengurangkan kesan sampingan .

Kesan Sampingan

Ubat ubatan ini mungkin menyebabkan kesan sampingan . Walaubagaimanapun kesan sampingan ini biasanya tidak teruk dan boleh di rawat .

Kesan sampingan yang biasa di lihat .

1. Airmuka pesakit mungkin menjadi kaku , tanpa menunjukkan sebarang perasaan . Pergerakan badan yang amat kurang sewaktu berjalan dan keseluruhan badan mungkin menjadi kaku . Kadang kala air liur mengalir keluar daripada mulut kerana pesakit mengalami kesukaran untuk menelan .

2. Pesakit mungkin mengalami perasaan resah dan tidak selesa . Ia tidak boleh duduk diam di satu tempat dan selalu bergerak kesana kemari .

3. Otot mungkin menjadi tegang ( Spasm) misalnya leher berpusing dan kepala tertarik ke belakang , pergerakan matanya memandang ke atas atau ke bawah .

4. Gerakan gerakan tidak normal yang berterusan dan tidak dapat di kawal melibatkan otot mulut , lidah dan pipi .

5. Menyebabkan pesakit merasa mengantuk . Keadan ini akan berkurangan setelah pesakit boleh menyesuaikan diri dengan ubatan tersebut ,

6. Kesan kesan sampingan lain termasuk kekeringan mulut , sembelit dan kabur pengihatan

Adalah di nasihatkan pesakit berbincang dengan doktornya jika ia mengalami kesan sampingan yang di nyatakan di atas untuk mendapatkan nasihat . Jangan membuat keputusan sendiri untuk memberhentikan rawatan .

3. Terapi Elektrokunvulsif .

Teknik ini melibatkan penggunaan rus elektrik kepada otak bagi menimbulkan sawan .Ia merupakan satu rawatan yang selamat dan di berikan oleh doctor sendiri .Ia Boleh di gunakan pada semua peringkat umur samada lelaki atau perempuan .Ia membolehkan gangguan tingkah laku pesakit di kawal dengan cepat . Walaubagaimanapun ia hanya di gunakan pada keadaan tertentu sahaja .Ia juga mempunyai kesan sampingan tetapi kesan kesan ini jarang sekali berlaku .

4. Aktiviti kerja .

Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri dan mengalakkan komunikasi . Ia juga membantu pesakit meningkatkan tahap toleransi dan tagnggung jawab terhadap kerja , meningkatkan tahap penumpuan fikiran , inisiatif dan motivasi diri terhadap kerja .

5. Rawatan Psikologi dan Sosial .

Setelah pesakit beransur pulih beliau digalakkan untuk berbincang dengan doctor tentang masalah yang mungkin telah mencetuskan penyakitnya , cara cara penyelesaian bagi masalah tersebut dan cuba mengurangkan tekanan ke atas jiwanya .

Selain daripada sokongan psikoterapi ini , faktor factor keluarga juga harus di ambil kira dalam rawatan pemulihan pesakit . Sikap ahli ahli keluarga terhadap pesakit misalnya teguran , kritikan , perseteruan dan penglibatan emosi yang keterlaluan haruslah di ubah . Keluarga juga harus sanggup menentukan pesakit terus datang untuk mendapatkan rawatan kerana ini boleh mengelakkan penyakitnya berulang .

Jika seseorang itu menunjukkan gejala gejala penyakit ini seperti yang di nyatakan di atas , pujuk dan bawalah ia berjumpa doctor . Jika anda mempunyai masalah untuk membawanya mintalah bantuan daripada pihak polis .

Jangan sekali kali mengurung pesakit di rumah tanpa rawatan , tidak mempedulikannya atau memukulnya . Jika rawatan lewat di berikan ia boleh menjejaskan masa depan pesakit dan keberkesanan rawatan yang di berikan .

Nota asal dari Jabatan Psikiatri Hospital Taiping dengan ehsan Eli Lilly (M) Sdn Bhd.

Semoga memberikan manfaat kepada semua pembaca khususnya di kalangan awam . TK .

MENGENALI PENYAKIT MENTAL

SCHIZOPHRENIA .

APA ITU SCHIZOPHRENIA ?

Schizophrenia adalah sekumpulan penyakit jiwa di mana terdapat gangguan dalam perasaan , pemikiran dan tingkahlaku seseorang .Ia boleh menyebabkan kehilangan upaya dan mengganggu kehidupan harian seseorang . Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur tetapi lebih kerap di kalangan orang yang berumur 15 tahun hingga 30 tahun .

APAKAH YANG MENYEBABKAN PENYAKIT INI ?

Faktor penyebab .

Kecenderungan untuk mengidap schizophrenia adalah di warisi tetapi yang mencetuskan penyakit ini ialah interaksi antara factor genetic dengan factor persekitaran . Risiko bagi schizophrenia di kalangan adik beradik , anak anak dan ahli keluarga yang lain ialah lebih tinggi jika di bandingkan dengan risiko bagi penduduk umum (orang awam )

Kajian juga menunjukkan bahawa gejala schizophrenia di sebabkan oleh lebihan aktiviti dopamine iaitu sejenis bahan kimia pada bahagian tertentu otak . Faktor persekitaran misalnya hubungan emosi dalam keluarga schizophrenia dan pola komunikasi di antara ahli ahli keluarga juga di kaitkan sebagai salah satu factor menyebabkan penyakit ini tetapi factor ini tidaklah begitu jelas dan tidak khusus .

Kajian juga menunjukkan terdapat kelainan system saraf sebagai penyebab penyakit ini tetapi bukti yang di tunjukkan adalah tidak kukuh .

FAKTOR PENCETUS .

Penyakit ini biasanya terdapat di kalangan orang orang muda , di mana masa ini seseorang itu sering menghadapi tekanan dalam hidup . Misalnya tekanan peperiksaan , pekerjaan , perkahwinan , perceraian ibu bapa , kematian seseorang yang di kasihi boleh mencetuskan penyakit ini bagi orang orang yang cenderung untuk menghidapinya . Reaksi seseorang kepada masalah yang di nyatakan di atas bergantung kepada ertinya atau penilaian masalah itu kepadanya . Reaksi kepada masalah yang sama mungkin berlainan di antara individu dengan individu yang lain .

Dadah seperti marijuana @ ganja , alcohol boleh mencetuskan penyakit ini dan ia juga boleh menyebabkan penyakit ini berulang .APAKAH GEJALA GEJALA (TANDA ) PENYAKIT INI ?

1. Pesakit mungkin kelihatan bercakap cakap , senyum atau ketawa bersendirian atau kelihatan resah dan ganas. Ia mungkin kurang bergaul dan lebih suka menyendiri .

2. Kemunduran dari segi social misalnya tidak manjaga kebersihan diri , tidak mahu mandi dan mengemaskan diri , dan mungkin menunjukkan kelakuan kelakuan yang pelik / ganjil .

3. Pertuturannya mungkin sukar di fahami dan ia mungkin bercakap kasar .

4. Kurang berminat atau tidak menunjukkan reaksi emosi atau terlalu aktif dan menunjukkan emosi seperti marah , terlalu gembira atau kebimbangan .

5. Gangguan pengamatan (persepsi) misalnya pesakit mendengar bunyi atau suara yang sebenarnya tidak ada ( hallucination) . Ini mungkin menyebabkan pesakit bercakap bersendirian , ketawa seorang diri atau menjadi marah apabila mendengar suara itu .Pesakit juga mngkin boleh melihat sesuatu yang tidak boleh di lihat oleh orang lain .

6. Mempercayai idea yang salah dan bertentangan dengan kepercayaan orang lain di sekelilingnya . Misalnya pesakit merasakan dirinya diancam oleh seseorang atau sesuatu kuasa @ delusion.

7. Pesakit juga mungkin merasakan perbuatannya , perasaan atau fikiran nya dikawal oleh sesuatu kuasa luar .

Seseorang pesakit schizophrenia itu mungkin tidak menunjukkan kesemua gejala gejala yang di nyatakan di atas atau menunjukkan gejala gejala lain selain daripada yang di nyatakan di atas .

APAKAH RAWATAN UNTUK PENYAKIT INI ?

1. Kemasukan ke wad .

Pesakit hanya akan di masukkan ke wad jika merbahaya kepada dirinya atau orang lain . Ia juga bertujuan untuk menstabilkan ubatan . Jangkamasa pesakit dirawat di wad bergantung kepada keterukan penyakitnya .

2. Ubatan .

Rawatan ubatan berbentuk tablet dan suntikan . Tablet yang biasa digunakan ialah Chlorpromazine (Largactil) , Heloperidol ( Serenace), Sulpiride (Dogmatil) dan Trifluperazine (Stelazine) . Ia biasa diberikan sekali sehingga tiga kali sehari .Ubatan suntikan yang biasa di gunakan ialah Fluphenazine decanoate , (Modecate) , Flupenthixol decanoate (Fluanxol) dan Zuclopenthixol decanoate (Clopixol). Ia Biasanya di berikan setiap dua atau empat minggu .

Ubat ubatan ini tidak menyebabkan ketagihan dan anda tidak perlu bimbang tentang masalah ini. Adalah penting ubatan ini di ambil sehingga doctor menasihatkan untuk berhenti walaupun setelah anda merasakan diri anda sihat . Jika tidak kemungkinan penyakit ini akan berulang . Kadangkala doctor memberikan ubatan seperti Benzhexol ( Artane) dan Procyclidine (Kamadrine) iaitu ubatan untuk mengurangkan kesan sampingan .

Kesan Sampingan

Ubat ubatan ini mungkin menyebabkan kesan sampingan . Walaubagaimanapun kesan sampingan ini biasanya tidak teruk dan boleh di rawat .

Kesan sampingan yang biasa di lihat .

1. Airmuka pesakit mungkin menjadi kaku , tanpa menunjukkan sebarang perasaan . Pergerakan badan yang amat kurang sewaktu berjalan dan keseluruhan badan mungkin menjadi kaku . Kadang kala air liur mengalir keluar daripada mulut kerana pesakit mengalami kesukaran untuk menelan .

2. Pesakit mungkin mengalami perasaan resah dan tidak selesa . Ia tidak boleh duduk diam di satu tempat dan selalu bergerak kesana kemari .

3. Otot mungkin menjadi tegang ( Spasm) misalnya leher berpusing dan kepala tertarik ke belakang , pergerakan matanya memandang ke atas atau ke bawah .

4. Gerakan gerakan tidak normal yang berterusan dan tidak dapat di kawal melibatkan otot mulut , lidah dan pipi .

5. Menyebabkan pesakit merasa mengantuk . Keadan ini akan berkurangan setelah pesakit boleh menyesuaikan diri dengan ubatan tersebut ,

6. Kesan kesan sampingan lain termasuk kekeringan mulut , sembelit dan kabur pengihatan .