Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Saturday, March 20, 2010

hari keluarga jabatan psikiatri


21.3.2010 : Hari keluarga sebagaimana di rancang dalam mesyuarat jabatan yang lalu akan di adakan dalam dua sesi / batch kerana memberi peluang kepada semua kakitangan untuk hadir . Walaupun tidak serentak tetapi adalah di harapkan silaturahim yang bakal terjalin akan tersebar dan tersemat bagi semua . Di lain masa kakitangan yang lain akan bersama kaitangan yang lain pula .Ini di lakukan adalah kerana kepentingan tugas di unit masing . Bagi mereka yang bekerja shift memang tidak dapat pergi sekali . Bagaimanapun hari tersebut akan diadakan seperti berikut : batch 1 24.4.2010 dan batch 2 ialah pada 01.5.2010 . Tempat di DeRhu Beach Resort Kuantan . Ssiapa yang ingin turut serta sila hantarkan borang penyertaan dengan pilihan tarikh yang di tetapkan. Sila nyatakan juga sekiranya perlu tempahan bilik penginapan dan jumlah ahli keluarga yang akan turut serta untuk tindakan lanjut selewatnya pada 14.4.2010 (surat edaran dan borang penyertaan ) Bayaran dewasa RM40/- dan kanak kanak bawah 12 tahun RM30/- seorang .RM200/- untuk aktiviti ( akan di bayar oleh kelab)
Jumpa anda di sana . Dekat je ..

3 comments:

  1. Program ini dah bertukar kepada Majlis Makan Malam yang di adakan pada tarikh yang sama @ 24.4.2010 di Hotel Seri Malaysia mualai jam 8.30 - 11.00 malam ..syabas kepada semua yang hadir dan kepada yang tidak sempat hadir kerana tugas dsb .. hamper dan cenderahati program ada di bekalkan kepada semua .. sila ambil di Wad Kenanga 9 .Terima kasih . Urusetia

    ReplyDelete
  2. psikiatri=gila.gila=psikiatri.menyesal aku mintak tolong doktor.sungguh tak berperikemanusiaan aku dipanggil gila.kemurungan gila? ada aku menangis tak tentu pasal?ada aku buat tindakan melulu. hanya dengan meluahkan perasaan pada doktor dan masuk wad.berita cepat benar tersebar.kecilnya diri terasa bila dipanggil gila.aku kenal doktor wanita ni.rakan rakan terus menganggap aku gila selepas keluar dari wad ini.tak sanggup lagi menahan telinga dan ati apabila dipanggil GILA. ada jugak aku buat amukan wolverine.cadangan untuk psitri tukarla nama wad gila terus.ataupun pisakitati

    ReplyDelete
  3. Terima kasih anda layari blog ni ..kami tak panggil pesakit kami 'gila' atau pun wad kami wad gila tapi masyarakat masih belum memahami mengenai ksihatan mental ..gangguan mental bukan bererti 'gila' tapi masyarakat yang label kan begitu .. kami nak ubah tanggapan ni dan nak buat banyak penerangan .. pesakit sendiri pun apalagi orang awam perlu faham mengenai nya . Panggilan 'psikiatri' antaranya nak ubah persepsi ini ...kami pun dalam dilema .. kawan sendiri pun sinis bila di sebut kerja di jabatan Psikiatri .. banyak lagi dan kami perlukan bantuan anda .. dengan izin Allah bila kita milikki ketenangan dengan ubat yang di beri , apakah sepatutnya kita lakukan.. ..

    ReplyDelete