Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Tuesday, March 2, 2010

salam pengenalan


25.01.10 Isnin .
Selepas berjaya mengadakan mesyuarat penubuhan AJK Penaja Badan Kebajikan Psikiatri pada 21.01.10 dan sebagai menandakan bermulanya tahun 2010 dengan azam baru dalam perkhidmatan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HoSHAS blog ini di ujudkan dengan hasrat mempromosi dan menambahbaik mutu perkhidmatan kepada klien. Kami akan berusaha memberikan kefahaman mengenai kesihatan mental kepada orang awam khasnya klien , keluarga dan penjaga .. tidak ketinggalan kakitangan wad psikiatri yang di kenali sebagai Wad Kenanga 9. Kami akan cuba merealisasikan saranan Ketua Jabatan kami Jabatan Psikiatri dengan tema 'SeJiwa' Satu Jiwa .
Ikuti lah perkembangan kami bagi manfaat bersama ... bermula dengan nama Allah .. walaupun berat tetapi dengan usaha dan restu Ilahi semua tugas akan menjadi senang .

No comments:

Post a Comment