Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Monday, April 19, 2010

hari keluarga jabatan psikiatri updates



20.4.2010 . Cadangan Hari Keluarga Jabatan Psikiatri HoSHAS pada 24.4.2010 di De Rhu Beach Resort telah di tukar venue dan acara nya sekali . Oleh sebab ramai staff yang tak dapat hadir kerana beban giliran tugas , urusan anak bersekolah ganti juga jarak maka telah di persetujui acara bagi tahun ini hanya berbentuk Jamuan Makan Malam dan di adakan brhampiran bandar Temerloh sahaja ia itu di Hotel Seri Malaysia Temerloh mulai jm 08.00 hingga 11.00 malam 24.4.2010.

Semua staff di jangka boleh hadir kerana sudah di bawa dekat dengan anda kecuali yang 'out-station' seperti HOD.Kerja pagi tak ada masalah , kerja petang datang lepas kerja dan yang kerja malam uruskan dengan rakan setugas , hadirlah setidaknya untuk merasai ikan talapia bakar dll. Menu agak mengancam weh ...boleh la ..Semua staff , ahli keluarga (khususnya keluarga HOD) dan rakan di jemput hadir . Bayaran penyertaan di mansuhkan cuma tolong kemaskini yuran bulanan Kelab Kebajikan kerana kutipan akan terus di buat sehingga Badan Kebajikan Psikiatri sedia di daftarkan dengan ROS .

Baju jabatan bernilai RM70.00 mohon sumbangan anda semua kakitangan RM20.00 sorang tak jadi masalah kan ? lainnya di taja ..

OK .. sampai jumpa di Seri Malaysia 24.4.2010 jam 8.00 - 11.00 malam .

Sekian .. harap maklum .

1 comment:

  1. psikiatri=gila.gila=psikiatri.menyesal aku mintak tolong doktor.sungguh tak berperikemanusiaan aku dipanggil gila.kemurungan gila? ada aku menangis tak tentu pasal?ada aku buat tindakan melulu. hanya dengan meluahkan perasaan pada doktor dan masuk wad.berita cepat benar tersebar.kecilnya diri terasa bila dipanggil gila.aku kenal doktor wanita ni.rakan rakan terus menganggap aku gila selepas keluar dari wad ini.tak sanggup lagi menahan telinga dan ati apabila dipanggil GILA. ada jugak aku buat amukan wolverine.cadangan untuk psitri tukarla nama wad gila terus.ataupun pisakitati

    ReplyDelete