Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Friday, June 25, 2010

Pondok baliau....

25.6.2010 .. malam tadi lebih kurang jam 9.30 malam aku mendapat talipon memberitahu bahawa beliau telah meninggal dunia .. Beliau adalah pesakit mental yang telah lama mendapat rawatan .. beberapa kali di masukkan ke wad .. oleh kerana 'kesedaran' keluarga dan masyarakat begitu rendah dan tidak mahu memahami seorang pesakit mental sewajarnya . maka beliau 'menderita' , terasing dan terabai . Memanglah sejarah yang menjadi sebab beliau mendapat penyakit adalah merupakan sejarah hitam .. kehidupan seorang remaja . Namun setelah beliau sakit kemerosotan dan ketidakupayaan beliau adalah di sebab penyakit tadi yang mana boleh di bantu sekiranya ..

Aku sebagai orang luar dan yang memberi rawatan dan tunjuk ajar pada pesakit dan keluarga merasakan 'ketidaksampaian' pihak keluarga memberi layanan .. membuatkan kehidupan seorang pesakit mental seperti beliau ini .. menderita dan kepergian beliau mungkin tidak 'dirasai' sangat . Aku sendiri tidak tahu keupayaan aku sendiri .. aku mohon .. kekuatan dan perlindungan dari Allah dari dugaan yang tidak mampu aku hadapi .

Di sudut yang lain apabila Allah melepaskan 'taklif' pada setiap orang yang mengalami penyakit mental maka mungkin Allah swt mengampuni segala kesilapan yang beliau lakukan semasa beliau sihat @ waras . Beliau mendapat keampunan .. yang tinggal adalah keluarga dan orang ramai diuji oleh Allah swt , bagaimana mereka melayani 'pesakit' dari darah daging sendiri dan saudara mara sendiri ... Semoga kita semua dapat belajar .. dari kesilapan kita dan Allah memberikan kita keampunan di atas kelalaian kita . Beryukurlah kita dengan kurniaan Allah dengan kepatuhan mutlak kepadaNya dan menyuburkan rasa prihatin sesama makhluk ..

Sekian , untuk renungan dan catitan kenangan kepada seorang yang pernah berkongsi masa dan ruang memberikan khidmat bakti oleh Allah swt .

No comments:

Post a Comment