Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Saturday, October 16, 2010

Kursus CPG Schizophrenia & Methadone







15-16 @ Jumaat dan Sabtu telah berlangsung program Kursus CPG Scahizophrenia & Methadone anjuran Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HoSHAS . Lebih 80 orang peserta jemputan hadir dari semua Hospital dan PKD di Negeri Pahang . Program di kendalikan oleh AJK Penganjur terdiri dari staff jabatan psikiatri yang kali ini di pengerusikan oleh Dr Lily Marina dan tenaga penceramah ialah Pakar Perunding Psikiatri merangkap Ketua Jabatan Psikiatri Dr Hj Lazli bin Bakar bersama Dr Firdaus bt Abd Gani Pakar Psikiatri . Syabas kepada semua yang terlibat dan telah menjayakan kursus .

Yang penting dari ucapan perasmian Dato' Pengarah ialah ..' dari sekian banyak pruntukan modal insan yang di keluarkan oleh JKNP harapannya ialah mutu perkhidmatan kepada pelanggan dan agar masyarakat mendapat manfaat yang maksima dari semua kemudahan yang ada melalui perkhidmatan yang kita berikan .

CPG .. adalah 'guideline' .. tetapi jangan lah pula apabila tiada kemudahan yang ideal seperti di sebutkan perkhidmatan tidak di jalankan .. begitupun CPG membantu kita memberikan 'standard care' kepada pelanggan yang selaras di seluruh negara . Bagi pihak Jabatan Psikitari akan cuba mencapai dan memohon kemudahan sebagaimana standard dan saranan dari CPG tersebut . Antaranya memperkasa Community Psychiatry .. staffing dan kemudahan asas .

Bagitu juga staff dari hospital dan kesihatan (PKD) yang lain di minta mengubah persepsi terhadap pesakit mental dan kesihatan mental amnya . Kita cuba mengurangkan 'stigma' yang masih menebal di kalangan masyarakat malah di kalangan ' medical / health staff ' . Saling membantu demi kebaikan pesakit / orang awam dan staff adalah keperluan yang sentiasa meningkat dan di tuntut. Ilmu ialah perlu di amalkan .. pesan Dr Hj Lazli ..

* beberapa keping gambar .... sekitar kursus (majlis perasmian dan lecture pertama).


No comments:

Post a Comment