Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Saturday, October 30, 2010

MENGENALI PENYAKIT MENTAL



SCHIZOPHRENIA .

APA ITU SCHIZOPHRENIA ?

Schizophrenia adalah sekumpulan penyakit jiwa di mana terdapat gangguan dalam perasaan , pemikiran dan tingkahlaku seseorang .Ia boleh menyebabkan kehilangan upaya dan mengganggu kehidupan harian seseorang . Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur tetapi lebih kerap di kalangan orang yang berumur 15 tahun hingga 30 tahun .

APAKAH YANG MENYEBABKAN PENYAKIT INI ?

Faktor penyebab .

Kecenderungan untuk mengidap schizophrenia adalah di warisi tetapi yang mencetuskan penyakit ini ialah interaksi antara factor genetic dengan factor persekitaran . Risiko bagi schizophrenia di kalangan adik beradik , anak anak dan ahli keluarga yang lain ialah lebih tinggi jika di bandingkan dengan risiko bagi penduduk umum (orang awam )

Kajian juga menunjukkan bahawa gejala schizophrenia di sebabkan oleh lebihan aktiviti dopamine iaitu sejenis bahan kimia pada bahagian tertentu otak . Faktor persekitaran misalnya hubungan emosi dalam keluarga schizophrenia dan pola komunikasi di antara ahli ahli keluarga juga di kaitkan sebagai salah satu factor menyebabkan penyakit ini tetapi factor ini tidaklah begitu jelas dan tidak khusus .

Kajian juga menunjukkan terdapat kelainan system saraf sebagai penyebab penyakit ini tetapi bukti yang di tunjukkan adalah tidak kukuh .

FAKTOR PENCETUS .

Penyakit ini biasanya terdapat di kalangan orang orang muda , di mana masa ini seseorang itu sering menghadapi tekanan dalam hidup . Misalnya tekanan peperiksaan , pekerjaan , perkahwinan , perceraian ibu bapa , kematian seseorang yang di kasihi boleh mencetuskan penyakit ini bagi orang orang yang cenderung untuk menghidapinya . Reaksi seseorang kepada masalah yang di nyatakan di atas bergantung kepada ertinya atau penilaian masalah itu kepadanya . Reaksi kepada masalah yang sama mungkin berlainan di antara individu dengan individu yang lain .

Dadah seperti marijuana @ ganja , alcohol boleh mencetuskan penyakit ini dan ia juga boleh menyebabkan penyakit ini berulang .

APAKAH GEJALA GEJALA (TANDA ) PENYAKIT INI ?

1. Pesakit mungkin kelihatan bercakap cakap , senyum atau ketawa bersendirian atau kelihatan resah dan ganas. Ia mungkin kurang bergaul dan lebih suka menyendiri .

2. Kemunduran dari segi social misalnya tidak manjaga kebersihan diri , tidak mahu mandi dan mengemaskan diri , dan mungkin menunjukkan kelakuan kelakuan yang pelik / ganjil

3. Pertuturannya mungkin sukar di fahami dan ia mungkin bercakap kasar .

4. Kurang berminat atau tidak menunjukkan reaksi emosi atau terlalu aktif dan menunjukkan emosi seperti marah , terlalu gembira atau kebimbangan .

5. Gangguan pengamatan (persepsi) misalnya pesakit mendengar bunyi atau suara yang sebenarnya tidak ada ( hallucination) . Ini mungkin menyebabkan pesakit bercakap bersendirian , ketawa seorang diri atau menjadi marah apabila mendengar suara itu Pesakit juga mngkin boleh melihat sesuatu yang tidak boleh di lihat oleh orang lain .

6. Mempercayai idea yang salah dan bertentangan dengan kepercayaan orang lain di sekelilingnya . Misalnya pesakit merasakan dirinya diancam oleh seseorang atau sesuatu kuasa @ delusion.

7. Pesakit juga mungkin merasakan perbuatannya , perasaan atau fikiran nya dikawal oleh sesuatu kuasa luar .

Seseorang pesakit schizophrenia itu mungkin tidak menunjukkan kesemua gejala gejala yang di nyatakan di atas atau menunjukkan gejala gejala lain selain daripada yang di nyatakan di atas .

APAKAH RAWATAN UNTUK PENYAKIT INI ?

1. Kemasukan ke wad .

Pesakit hanya akan di masukkan ke wad jika merbahaya kepada dirinya atau orang lain . Ia juga bertujuan untuk menstabilkan ubatan . Jangkamasa pesakit dirawat di wad bergantung kepada keterukan penyakitnya .

2. Ubatan .

Rawatan ubatan berbentuk tablet dan suntikan . Tablet yang biasa digunakan ialah Chlorpromazine (Largactil) , Heloperidol ( Serenace), Sulpiride (Dogmatil) dan Trifluperazine (Stelazine) . Ia biasa diberikan sekali sehingga tiga kali sehari .Ubatan suntikan yang biasa di gunakan ialah Fluphenazine decanoate , (Modecate) , Flupenthixol decanoate (Fluanxol) dan Zuclopenthixol decanoate (Clopixol). Ia Biasanya di berikan setiap dua atau empat minggu .

Ubat ubatan ini tidak menyebabkan ketagihan dan anda tidak perlu bimbang tentang masalah ini. Adalah penting ubatan ini di ambil sehingga doctor menasihatkan untuk berhenti walaupun setelah anda merasakan diri anda sihat . Jika tidak kemungkinan penyakit ini akan berulang . Kadangkala doctor memberikan ubatan seperti Benzhexol ( Artane) dan Procyclidine (Kamadrine) iaitu ubatan untuk mengurangkan kesan sampingan .

Kesan Sampingan

Ubat ubatan ini mungkin menyebabkan kesan sampingan . Walaubagaimanapun kesan sampingan ini biasanya tidak teruk dan boleh di rawat .

Kesan sampingan yang biasa di lihat .

1. Airmuka pesakit mungkin menjadi kaku , tanpa menunjukkan sebarang perasaan . Pergerakan badan yang amat kurang sewaktu berjalan dan keseluruhan badan mungkin menjadi kaku . Kadang kala air liur mengalir keluar daripada mulut kerana pesakit mengalami kesukaran untuk menelan .

2. Pesakit mungkin mengalami perasaan resah dan tidak selesa . Ia tidak boleh duduk diam di satu tempat dan selalu bergerak kesana kemari .

3. Otot mungkin menjadi tegang ( Spasm) misalnya leher berpusing dan kepala tertarik ke belakang , pergerakan matanya memandang ke atas atau ke bawah .

4. Gerakan gerakan tidak normal yang berterusan dan tidak dapat di kawal melibatkan otot mulut , lidah dan pipi .

5. Menyebabkan pesakit merasa mengantuk . Keadan ini akan berkurangan setelah pesakit boleh menyesuaikan diri dengan ubatan tersebut ,

6. Kesan kesan sampingan lain termasuk kekeringan mulut , sembelit dan kabur pengihatan

Adalah di nasihatkan pesakit berbincang dengan doktornya jika ia mengalami kesan sampingan yang di nyatakan di atas untuk mendapatkan nasihat . Jangan membuat keputusan sendiri untuk memberhentikan rawatan .

3. Terapi Elektrokunvulsif .

Teknik ini melibatkan penggunaan rus elektrik kepada otak bagi menimbulkan sawan .Ia merupakan satu rawatan yang selamat dan di berikan oleh doctor sendiri .Ia Boleh di gunakan pada semua peringkat umur samada lelaki atau perempuan .Ia membolehkan gangguan tingkah laku pesakit di kawal dengan cepat . Walaubagaimanapun ia hanya di gunakan pada keadaan tertentu sahaja .Ia juga mempunyai kesan sampingan tetapi kesan kesan ini jarang sekali berlaku .

4. Aktiviti kerja .

Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri dan mengalakkan komunikasi . Ia juga membantu pesakit meningkatkan tahap toleransi dan tagnggung jawab terhadap kerja , meningkatkan tahap penumpuan fikiran , inisiatif dan motivasi diri terhadap kerja .

5. Rawatan Psikologi dan Sosial .

Setelah pesakit beransur pulih beliau digalakkan untuk berbincang dengan doctor tentang masalah yang mungkin telah mencetuskan penyakitnya , cara cara penyelesaian bagi masalah tersebut dan cuba mengurangkan tekanan ke atas jiwanya .

Selain daripada sokongan psikoterapi ini , faktor factor keluarga juga harus di ambil kira dalam rawatan pemulihan pesakit . Sikap ahli ahli keluarga terhadap pesakit misalnya teguran , kritikan , perseteruan dan penglibatan emosi yang keterlaluan haruslah di ubah . Keluarga juga harus sanggup menentukan pesakit terus datang untuk mendapatkan rawatan kerana ini boleh mengelakkan penyakitnya berulang .

Jika seseorang itu menunjukkan gejala gejala penyakit ini seperti yang di nyatakan di atas , pujuk dan bawalah ia berjumpa doctor . Jika anda mempunyai masalah untuk membawanya mintalah bantuan daripada pihak polis .

Jangan sekali kali mengurung pesakit di rumah tanpa rawatan , tidak mempedulikannya atau memukulnya . Jika rawatan lewat di berikan ia boleh menjejaskan masa depan pesakit dan keberkesanan rawatan yang di berikan .

Nota asal dari Jabatan Psikiatri Hospital Taiping dengan ehsan Eli Lilly (M) Sdn Bhd.

Semoga memberikan manfaat kepada semua pembaca khususnya di kalangan awam . TK .

2 comments:

  1. saya ada penyakit ni tetapi tak tahu kt mana nak rujuk..please pm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak org mana nurul? Sy pon ada..tp skang dah pulih..sy amalkan ubat yg diberi doktor...try jumpa prof hussien di kl uitm..try search nama dia prof hussein psikiktari...

      Delete