Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Tuesday, November 23, 2010

LAWATAN DAN JAGAAN PESAKIT DI RUMAH




gambar gambar hiasan ..



23.11.2010 @ Selasa .
Mulai jam 09.15 pagi pasukan Komuniti Psikiatri HoSHAS ( salah satu unit di bawah Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental ) kami bergerak untuk membuat lawatan dan perawatan pesakit psikiatri di rumah . Beginilah rutin kerja kami di unit ini sejak dahulu .. di pejabat kami membuat kerja catatan dan rekod juga pelaporan . Memang nampak relax kerana tidak 'deal' dengan klien masa tu . Klien kami di rumah , mereka terdiri dari pesakit mental yang mempunyai masalah untuk hadir ke klinik untuk 'follow up' menyambung rawatan kerana kesempitan hidup , pengangkutan dan sebagainya . Namun halangan utama yang di kenal pasti adalah kurang 'kesedaran' atau pun kefahaman pesakit dan keluarga terhadap penyakit yang di hidapi malah ada yang menafikan bahawa mereka / keluarga mereka mengidap penyakit mental .

Hari ini kami pertama nya menuju ke Mentakab jelasnya Kg Batu Hampar . Pesakit ini tinggal di rumah bersama ibu dan adik tetapi sewaktu kami sampai beliau bersendirian kerana ibu dan adik nya keluar bekerja ( ibu menoreh dan adik bekerja dengan sebuah syarikat ) Pesakit kelihatan seperti biasa duduk di atas kerusi di ruang tamu rumah nya menghadap peti TV dan di sebelahnya bekas habuk rokok . Jari jari nya kekuningan hitam kerana terlalu banyak merokok , memegang puting rokok . Beliau hari ini agak terpingga pingga dengan kehadiran kami dan susah untuk menjawab pertanyaan kami , kelihatan agak tidak kemas . Perbualan tidak rancak sebagaimana sebelum nya .. tinggal seorang hanya berteman kan TV dan Radio sepanjang hari dan setiap hari .. mereka tidak berpeluang berkawan .

Siapakah yang sudi dan memberi masa untuk orang seperti mereka ..?? keluarga sendiri pun . Hakikatnya sibuk mencari rezeki .. jadi 'kesunyian' pesakit seperti mereka ini tidak pernah terisi Cuba bayangkan ..tetapi mereka tidak pernah mengadu atau kecewa (tak pandai nak mengadu ) .. cuma kewarasan kita lah yang merasakan betapa penderitaan yang harus mereka lalui .. Namun ku punya hati .. sebuah lagu yang sesuai mewakili kata hati dan meluahkan rasa mereka

Kami berharap suatu hari nanti keadaan ini akan berubah .. masyarakat khasnya ahli keluarga pesakit 'menerima' dan menjadikan pesakit sebagai manusia biasa , berteman dan saling di ziarahi ( di rumah sendiri bukan hospital ) dan masyarakat memahami bahawa penyakit mental adalah penyakit seperti juga penyakit darah tinggi , kencing manis dll yang boleh di idapi oleh semua orang .. dan lebih penting ialah penyakit mental boleh di rawat dan boleh sembuh dengan syarat cepat mendapat rawatan dan patuhi arahan doktor .

jumpa lagi ..


1 comment:

  1. Assalamualaikum boleh dapat email encik untuk saya tanya beberapa kemusykilan tentang penyakit mental? Tkasih.

    ReplyDelete