Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Wednesday, April 6, 2011

06.04.2011 Dia buat lagi ...

wad K9 .. kanan bilik kaunseling / MO bertemu pesakit @ ward round ..
kerusi kerusi pesakit menunggu giliran


gambar x ray - pisau di dalam perut pesakit
cubaan yang ke sekian kali nya ...
halusinasi nya menyuruh menelan .. pisau berkenaan


NMA pandai menyanyi ..

aktiviti berkumpulan yang selalu di adakan khasnya oleh OT dan staff .

Petang K9 HoSHAS .

HOD , Pakar , MO , staff malah Dato' Pengarah serta pentadbiran HoSHAS di gemparkan lagi oleh percubaan membunuh diri oleh pesakit di wad berkenaan . Pesakit NMA memang selalu di masukkan ke wad K9 bahkan sudah beberapa kali di hantar ke Permai . Lebih tiga bulan beliau kelihatan ceria datang f/up ke klinik tetapi kemasukan terbaru @ 26.3.2011 terdapat kelainan amat keliru dan disturbed . Hari pertama berjumpa nya beliau meminta untuk di hantar ke Permai kerana mereka di situ lebih ' faham ' . Namun ia tidak di perkenankan .

Pada hari berikutnya beliau telah menyerang SN bertugas dengan menumbuk muka dan belakang SN berkenaan hanya kerana permintaannya untuk mendapatkan rokok tidak di benarkan . Lantas selepas itu beliau di 'restrain ' dan setelah tiga (3) hari beliau di tempatkan pula kedalam PICU @ bilik berasingan untuk mengawal keadaan dan mengelakkan dari lebih lama di 'restrain'. Beliau di pantau melalui CCTV dan di pakaikan dengan bajku khas berwarna orange ( pesakit mempunyai 'tendency' untuk 'suicide' di berikan baju ini @ khas di K9 ) Laporan Polis di buat dan staff semakin risau dengan kehadiran beliau .

Hari ini lebih kurang jam 3.15 petang ( ketika sampai ke wad K9 dari Bilik Operasi Com. Psy.) Pakar , MO dan staff wad malah security , Radicare turut serta di ruang pelawat khasnya berhampiran kaunter SN juga bilik MO on Call . NMA telah berada di atas siling memanjat melalui lubang siling di mana ada sinki dan paip di bawahnya untuk tempat berpijak. Usaha di lakukan oleh staff PPP Faizal / PPK Tajudin dahulunya tidak berjaya kerana NMA jauh dari lubang dan telah membelit dawai yang terdapat di situ ke lehernya .

Cubaan kedua oleh seorang security (berbadan kecil) lubang yang sama di lalui oleh NMA sementara Faizal cuba menarik dari arah bilik MO on call dari siling yang di buka . Staf yang lain memanggil dan memujuk dengan suara cemas .. tiada jawapan . Faizal dan security terus berusaha dan memotong dawai yang sangkut sambil menolak dan menarik NMA turun melalui lubang siling bilik MO on call . Seorang staff naik tangga sebelah dan bersama Faizal menarik NMA keluar yang akhirnya berjaya . Leher NMA terlilit dawai , tidak boleh bersuara serta mulutnya berbuih . Kepayahan untuk bernafas jelas kedengaran. Dengan pantas dawai di rungkai dan di longgarkan dari mengikat leher NMA dengan jari di masukkan antara leher bagi memastikan dawai tidak lagi mencerut kuat dan menyekat pernafasannya . Akhirnya dawai berjaya di tanggalkan NMA di bawa terus ke katil di mana peralatan kecemasan bantuan pernafasan di sediakan . Misi berjaya dengan tindakan pantas staff dan para pakar dan MO yang terlibat . NMA survive Alhamdulillah . Dr Firdaus , setelah berbincang dengan HOD akhirnya mendapat persetujuan dari Dr Kadir (Pengarah Hospital Permai ) supaya NMA di hantar ke Permai untuk rawatan dan pemerhatian lanjut di tempat yang lebih berpengalaman . Lega ! dan itu lah permintaan NMA semasa mula bertemu dengannya pada hari kemasukan ke K9 untuk sekian kalinya .

07.04.2011 pagi jam 9.30 NMA di temui di dalam ambulans tersenyum ceria dan bersedia untuk di bawa ke Permai . Beliau sempat meminta RM10.00 ( bergurau) sedangkan beliau mempunyai RM150.00 yang akan di serahkan kepada staff di Permai oleh SN Mai yang mengiring .

Pengajaran dan moral ..

1. Staff mesti selalu alert dengan tindakan pesakit khasnya pesakit yang 'high risk @ suicidal' .
2. Team work mesti sentiasa di amalkan .
3. Jauhkan sifat mementingkan diri .
4. Semai dan suburkan rasa empathy terhadap pesakit .
5. Pastikan tiada peralatan dan keadaan yang boleh di jadikan peluang untuk tindakan bahaya
pesakit yang tidak di duga .
6. Amalkan komunikasi berkesan antara staff dan pesakit .
7. Jauhi prasangka antara staff dengan berterus terang dan ikhlas .
8. Ikut arahan pihak atasan .

Mungkin staff mempunyai pandangan tersendiri terhadap insiden dan seseorang pesakit serta sikap terhadap tugas menjaga pesakit tetapi dengan keterbukaan menerima keadaan dan mengikut arahan akan menjadikan semua berkhidmat dengan baik dan memperbaiki kesilapan jika ada . Telus dan ikhlas dalam tugas menjadi kunci juga memberi kesan terbaik terhadap sikap kita . Adalah di harapkan kejadian yang berlaku meningkatkan lagi 'team work' saling menghormati sesama sendiri dan mutu perkhidmatan . Ini semua dapat menyucikan rezeki yang di perolehi . Rezeki yang bersih dari sikap dan amanah dalam menjalankan tugas dan memberi kesan kepada pembinaan keluarga bahagia .

* beberapa gambar di wad K9 ..

Sekian tahniah dan syabas kepada semua staff K9 ..

1 comment:

  1. mmg NMA buat den xtentu arah nak keje...slalu rase berdebar2...xtahu ape lagi yg die bakal bt...dan xsangke gak time aku gak die buat hal...sabo jela....

    ReplyDelete