Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Saturday, April 16, 2011

Rumah Kebajikan .. OKU Mental ..1

atas - rumah seorang pesakit bersama keluarga nya ..
di belakang rumah keluarga sendiri

bawah - tempat tumpangan seorang pesakit ..
setiap kali keluar hospital rumah ini lah yang dia cari ..

atas - tempat tinggal seorang ibu @ pesakit .. di belakang rumah anak sendiri .

gambar hiasan ..

16hb. 04.2011

Meniti kehujung usia, tepatnya sedang menyiapkan diri berhadapan haru tua bergelar pesara .. Ada dua perkara yang saling berkait memenuhi kotak fikiran . Pertama untuk menjadi insan yang terus tunduk dan mencari redha Ilahi .. kedua berbakti sesama manusia bersama meningkatkan martabat ummah dalam kerangka komuniti prihatin . Rasanya bidang psikiatri memberi ruang untuk berbakti baik anda sebagai profesional , separa pro atau staf biasa . Anda tentu menyedari bahawa ramai mereka @ pesakit kita dan sekarang telah di beri hak istimewa sebagai OKU Mental oleh pihak berwajib tidak mampu meneruskan kehidupan normal bersendirian . Massa yang rata rata masih berprasangka dan tidak menyedari keadaan sebenar ber'stigma' tebal . Banyak keluarga yang menerima takdir ini iaitu mempunyai anggota yang mengidap penyakit mental menerima dalam 'menafikan' hakikat ini . Hak anggota keluarga terbabit sering di abaikan .

Lihat gambar gambar diatas ..

Lantas adalah perlu kita mengujudkan satu rumah 'kebajikan' bagi 'menyokong' mereka , menjaga kebajikan , rawatan dan program pemulihan bagi mereka . Bayangkan sekiranya anak atau keluarga anda sendiri yang mengalami @ mengidap penyakit mental . (tiada siapa yang mahu) Anda perlukan sokongan bukan ??

Masalah sebenar bukan lagi di hospital tetapi masyarakat @ komuniti. Kita tidak boleh lagi mengharapkan pihak hospital menjaga keluarga @ pesakit selama lamanya umpama di kurung di tempat tertentu Bahagia atau Permai . Waktu itu telah berlalu . Komuniti perlu memberikan sokongan dan bantuan kepada anggotanya yang sakit . Fasa rawatan akut telah selesai di hospital .. tinggal lagi pemantauan , penjagaan dan sokongan pemulihan di komuniti khasnya rumah sendiri dan masyarakat yang turut berinteraksi serta berperanan . Malangnya ini semua tiada ? atau seolah -lah mereka bukan lagi anggota masyarakat bahkan ahli keluarga .

Apa kata anda ??

No comments:

Post a Comment