Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Monday, May 23, 2011

BERTUKAR .. BERUBAH ANGIN .. KEHILANGAN

Beberapa gambar kenangan aktiviti JPnKM 2010 / 2009

ceramah ..CPG Schizo .. HOD Dr Lazli ..
peserta kursus mengambil tempat ..

CPG Dep. 2009
CPG Dep. 2009
Dinner talk CPG Dep. 2009

24.5.2011

Bertukar , berubah angin dan kehilangan ...
Kebelakangan ini @ sejak pertengahan 2010 banyak perkara melibatkan tajuk di atas . Bertukar dengan kehendak sendiri . Pertukaran satu perubahan hasil dari tindakan menukarkan , di tukarkan adalah seseorang yang telah di ambil tindakan . Bertukar dengan kehendak sendiri dengan alasan ' berubah angin ' rela dan redha menghadapi kesan dari pertukaran itu demi menimba pengalaman baru , mencuba perkara yang baru atau bidang baru di tempat yang baru ... wah .. pusing ! . Tak payah kita mencari makna dan sebab pertukaran .. , di tukar dan berubah angin kerana semuanya mempunyai kebaikan .. cuma yang pasti yang di tinggalkan akan 'kehilangan' .

Namun kesan kehilangan itu pun berbeza .. semua fahamkan .. lantas yang tinggal teruskan lah amal dan tugasan yang di amanahkan dan berdoa untuk kebaikan semua .. tingkatkan kerjasama dan mutu khidmat .. itu lah pesan untuk staff Psikiatri 'musim' ini .. Kita telah melalui berbagai pengalaman dalam perkhidmatan kita sepanjang bernaung di bawah payung psikiatri . Peristiwa pahit manis , sedih dan gembira yang pergi dan datang .. silih berganti .. dan kita tetap kita dengan amanah dan yang terbaik antara kita ialah yang menunaikan amanah dengan rela dan penuh dedikasi . Perubahan adalah penting dan perlu di lakukan .. mudah mudahan perubahan yang telah dan akan berlaku menambah kebaikan dan kecemerlangan .

Kepada yang keluar @ bertukar semoga anda sekelian berjaya dan menimba berbagai faedah yang tidak terduga .. kebaikan yang tanpa di rancang .. begitu juga yang tinggal .. teruskan . Penulis pun akan berpencen tak lama lagi dengan membawa kenangan yang tidak mudah di lupakan .

Sebagai kenangan beberapa nama yang pernah bersama menabur bakti di jabatan psikiatri dan sekarang telah beralih angin .. bertukar dan sebagainya .

1. Pn Zuraidah Abu Hasan ke Hospital Jengka
2. Pn Nor Juana - Perak
3. En Ahmad Suhaimi @ Che Mud - A&E
4. Pn Nor Zuzaini - K6
4. En Hanifah - HDU
5. En Zulhakman - KSS / PKD Temerloh
6. Dr Lily Marina - menyambung pelajaran ..
7. Pn Hafiza ??
8. En Shohaimi .. bakal bersara ..julai 2011 ... dan Big Boss ??

Kita juga menerima masuk beberapa rakan baru ( sekadar ) ingatan :

1. Pn Asiah Tahir - KJ U32 dari K11- orang lama psikiatri .
2. En Ahmad Faizun - PPP U32 dari PKD Bera
3. En Niazhan - PPPU32 dari Jengka
4. En Fakhrul
5. En Hairil ..

Sekian sekadar catitan dan kenangan .. takdir menentukan segalanya .

C mie.

Saturday, May 14, 2011

UNTUK KITA RENUNGKAN ...

Sekadar berkongsi maklumat ...
Jangan kita terjebak dengan fitnah jahat ..berhati hati dalam tinakan ..

Islam ada ketetapan sendiri dalam menjaga umat nya ..

Sangat wajar Anwar mengadu terus ke hadrat Allah

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 14 Mei: Peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam.

AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili berkata, meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi.

"Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral," tegasnya.

Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri, dekat sini, hari ini.

Ucapan beliau telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr Wahbah juga menyatakan Al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar.

Tegasnya. jika penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik.

Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya.

"Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya," tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H.

Menjawab soalan yang berkisar tentang video seks, DNA dan Anwar Ibrahim, Dr Wahbah menolak dengan sekeras-kerasnya dengan jawapan tegas.

Menurutnya, beliau menyebutkan pernah berlaku di Mesir di mana perkara dilakukan kepada seorang ulamak yang dilakukan superimpose bagi menampakkan beliau sedang menari dengan artis menggunakan alat moden.

Malah, ujarnya, Majma' Fiqhiah Islami Makkah menolak isu ini kerana ia adalah rekaan dan kerenah kecil sahaja.

Tiada pakar juga menjadi punca penolakan itu kerana asasnya tidak kuat, malah mahkamah antarabangsa juga tidak menerima sesuatu kes sewenang-wenangnya.

"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka," tegasnya.

Dr Wahbah menggesa umat Islam segera mengambil iktibar dari semua peristiwa yang Allah SWT datangkan seperti tsunami dan gempa bumi akibat daripada sikap dan amalan manusia mutakhir.

Beliau dalam lawatan ke negara ini selama empat hari berakhir esok.

"Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke Hadrat Allah SWT dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh temeh ini," tegasnya pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.

Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.

Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.