Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Saturday, June 18, 2011

Bersara .. Seminar dan dialog kesihatan mental

para peserta mula mendaftar - kelihatan urusetia dan beberapa peserta




pendataran di teruskan
urusetia dan Ketua Penyelia PPP HoSHAS Hj A Hadi
meninjau seminar yang di adakan ..
Dr Firdaus sedang memberikan ceramah ..terima kasih walaupun ' sarat'
dengarnya Rayyan Rezeki telah selamat di lahirkan .. Tahniah
( update entry ni @ gambar lambat jadi sempat dapat berita kelahiran tersebut )
para peserta terdiri dari pengerusi masjid , ketua kampong dll ..
terima kasih kerana sudi hadir ..
lagi Dr Firdaus .. terima kasih ..

Dr Nor Azlina .. terima kasih .. kerana menyokong seminar ini ..

majlis penyampaian sijil penyertaan .. di sempurnakan oleh Dr Azian ..
menggantikan Dato' Pengarah
urusetia bergambar dengan sebahagian peserta di akhir kursus


17.6.2011 Adalah hari terakhir aku bertugas sebelum aku bercuti selama dua minggu hingga aku dengan resminya bergelar pesara kakitangan awam @ pesara . Hari ini juga Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental mengadakan program khas bersama pimpinan masyarakat @ JKKK dan Pegawai Masjid sekitar daerah Temerloh . Alhamdulillah kehadiran memuaskan dan program dapat di jalankan dengan lancar .


Antara tajuk yang di bincangkan ialah 1. Isu Kesihatan Mental masa kini 2. Pengesanan dan rawatan awal masalah mental . Kedua tajuk ini di sampaikan oleh Pakar Psikiatri HoSHAS Dr Firdaus binti Abd Gani dan tajuk ketiga ialah Kesihatan Mental dan Penyakit Mental yang di sampaikan pula oleh Dr Nor Azlina binti Abd Aziz . Kebanyakan hadirin memberikan perhatian yang bersungguh sungguh terhadap semua tajuk yang di sampaikan dan adalah di harapkan mereka mendapat maklumat asas yang boleh di aplikasikan apabila berhadapan dengan kes gangguan mental @ serupa di tempat masing masing . Ada juga yang menawarkan tempat untuk mengadakan program serupa untuk orang awam di tempat mereka bagi membantu promosi dan mengurangkan stigma berkenaan penyakit dan pesakit mental .Peranan masyarakat menyokong dan memahami masalah yang di tanggung oleh pesakit dan keluarga dapat meringankan beban dan membantu pemulihan pesakit .


Sayang Ketua Jabatan iaitu Pakar Perunding Psikiatri HoSHAS tidak dapat bersama kerana tugas resmi di Trengganu begitu juga Pengarah HoSHAS yang telah mewakilkan Dr Azian bagi menutup rasmi program tersebut . Bagi pihak penganjur @ urusetia program , di sini di rakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan program tersebut khasnya Dr Firdaus walaupun sedang sarat . Tanpa beliau susah nak kata lah .. syukor Alhamdulillah ..


Selepas ini aku ..bersara . Banyak kenangan dalam penglibatan dan perkhidmatan bersama KKM khasnya Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental mulai 2002 sebagai pengasas Psycho Social Rehabilitation @ PSR di KK Temerloh . Berkhidmat di jabatan terakhir ini memberikan kesan dan kesedaran untuk terus berkhidmat kepada mereka yang tidak bernasib baik .( Mereka sebenarnya bernasib baik kerana terlepas dari 'taklif' agama dan mereka adalah calun ahli syurga ) Peluang berkhidmat kepada mereka adalah peluang keemasan kerana dapat berbakti kepada 'calun ahli syurga' dan mereka menjadi sebab untuk kita mendapat rahmat dari Allah .


Akhirnya aku mempunyai rancangan sendiri selepas bersara bagi meneruskan khidmat terhadap gulongan ini . Harapan dan doa aku adalah agar di permudahkan kearah itu .. Bekas Bos dan rakan sekerja yang sudi membantu amat di alu alukan ...kerana kehidupan ini tidak selalunya manis semoga sumbangan yang di berikan nanti dapat meringankan beban dan membantu kita berhadapan dengan mahkamah Allah di akhirat kelak ..


* Diatas adalah bebarapa gambar sepanjang program tersebut untuk kenangan .


Sekian selamat menjalankan tugas .. maaf sekiranya ada yang terkasar dan tersalah ...


Simi Latif

No comments:

Post a Comment