Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Wednesday, September 21, 2011

group psy edu PSR KKT











22.09.2011

Bercakap mengenai pengurusan pesakit mental , perawatan yang meliputi pemantauan rawatan , penjagaan dan aktiviti pemulihan , penempatan di tempat kerja dan mengoptimakan fungsipesakit adalah pakej yang hampir sempurna di perlukan oleh pesakit . Ini bagi memastikan penyembuhan berlaku dengan cepat mudah dan sempurna . Namun kesinambungan pakej ini kerap kali terganggu . Justeru komuniti khasnya yang mempunyai kemampuan amat di galakkan menawarkan sumbangan semampu mungkin .

Lantas rencana awal telah di susun sebagaimana di ura urakan dahulu . Doakanlah semoga usaha ini berjaya dan mendapat keberkatan petunjuk serta 'pertolongan' Allah swt .

1.Nama : RUMAH SEJAHTERA

Alamat : Lot 1848 Paya Teratai , Kg Tg Belengu , Lebak , 28000 Temerloh ,

Pahang Darul Makmur

2. Misi Rumah Sejahtera :

Menjaga dan memulihkan (OKU Mental) merujuk kepada ketetapan pihak berwajib (KKM) bagi mengoptimakan kefungsian mereka di komuniti sebagai aktiviti kebajikan dan khidmat sosial atau kebajikan

3. OBJEKTIF KHUSUS :

“ OKU Mental dapat berfungsi ke tahap optima sebagai anggota masyarakat iaitu menerima dan memberi untuk diri nya, keluarga dan masyarakat "

4. Objektif umum :

- Menunjukkan bahawa penjagaan dan pemerhatian sempurna boleh membantu pemulihan pesakit dan membuat mereka berperanan semula dalam masyarakat.

- Menyedarkan masyarakat bahawa penyakit mental bukan hukuman @ dosa dan kesilapan @ sikap malas dan sebagainya tetapi adalah penyakit biasa .

- Menyedarkan masyarakat bahawa pengesanan dan rawatan awal yang betul dapat menyembuhkan pesakit .

- Memberi kesedaran bahawa pesakit mental tidak merbahaya .

5. REHAB ( PEMULIHAN ) :

Bagi OKU Mental yang stabil dan boleh menerima arahan .

6. RAWAT : MEMANTAU RAWATAN YANG DI TERIMA DARI PAKAR DAN

MENGURUSKAN RAWATAN SUSULAN ..

7. CADANGAN AKTIVITI :

“Semua aktiviti di optimakan untuk sara diri pelatih @ peserta dan dana bagi pengurusan pusat . ( 70% pelatih 30% pusat) dari pendapatan bersih bagi mana mana aktiviti yang melibatkan pelatih.

7.1. Pertanian

7.2. Penternakan ;

7.3. Hobi - Hobi dan kegemaran : Seni lukis , kraftangan , bersilat dsb.

7.4. Sukan dan rekreasi .

7.5. Aktiviti pemulihan berkumpulan dll aktiviti berkaitan pemulihan yang disaran oleh Jabatan berkaitan.

( rujuk - Buku Panduan PerlaksanaanProgram Pemulihan Psikososial )

8. Sumbangan pelatih/ keluarga : Kos sara hidup dan upah kerja yang minima:-

RM200 - RM400 sebulan .

9.Jangka masa : Tiada had .

10. Status dan perakuan kemasukan :

1.OKU Mental mendaftar dan di terima tinggal dipusat / rumah akan menjalani program pemulihan , penjagaan dan perawatan .

2.Klien OKU Mental akan bekerja @ Di Rumah Sejahtera / 3R Agro Resort (di mana sesuai) bagi menampung kos @ perbelanjaan makan minum dan penjagaannya di pusat .

Keterangan lanjut .. En Shohaimi 012-9504278 .

video