Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Wednesday, November 23, 2011

AGM Badan Kebajikan Psikiatri ke 1

jamuan perpisahan ... persaraan dan bertukar ..

Dr Nor Azlina menyerahkan amanah ..kepada Bendahari
Doktor doktor yang baru menyertai keluarga psikiatri .. Dr Hasnan , Dr Hafiz dan Dr Meera ..

beberapa orang staff yang turut hadir ..

sebahagian dari AJK sesi 2011-2013

Walaupun kehadiran dan ahli pun tidak begitu ramai .. ia sudah cukup untuk satu permulaan ..
seribu langkah itu bermula dari satu langkah permulaan .. moga berterusan .
AGM BKP ke 1 telah berlangsung pada 04.11.2011 @ Jumaat secara sederhana di Aras 3 Pejabat Pakar HoSHAs dengan keahlian permulaan seramai 27 orang secara rasmi . Tahniah kepada ahli perintis ini termasuk Dato' Pengarah HoSHAS sendiri dan beberapa ahli bukan dari Jabatan Psikiatri . Terima kasih di atas minat dan sokongan anda semua .

Barisan AJK Sesi 2011-2013 telah di lantik seperti berikut :

Penanung : Dato' Dr Bahari bin Dato Tok Muda Awang Ngah
Penasihat : Dr Lazli bin Bakar

Pengerusi : Dr Firdaus binti Abd Gani
Naib Pengerusi : Dr Nor azlina binti Abd Aziz
Setiausaha : En Shohaimi bin Abdul Latiff
Pen Setiausaha : En Ahmad Faizun bin A Aziz @ Yunus
Bendahari : Pn Asiah binti Tahir
Pen Bendahari : Cik Mariani binti Ramli
Ahli J/kuasa : Dr M Hafiz bin Norzan
: Dr Ahmad Hasnan bin Abdullah
: Dr Chan Tze Lin
: Pn Aminah binti amat
: En Wan Zulkifle bin Wan Ibrahim
Pemeriksa Kira : Dr Meera a/p Muniandy
: Pn Maimun binti A Wahab

2. Satu perkara penting yang di putuskan ialah pembubaran badan kebajikan kakitangan Jabatan Psikiatri atau iannya di serapkan kerana Badan Kebajikan Psikiatri HoSHAS adalah dari keputusan mesyuarat kakitangan yang bersetuju menubuhkan badan yang berdaftar untuk bergerak lebih aktif menyumbang kepada 'masyarakat' psikiatri , pesakit . kakitangan dan keluarga pesakit . Semua manfaat yang di nikmati semasa badan 'kebajikan kakitangan' akan di teruskan pada Badan Kebajikan Psikiatri HoSHAS ini iaitu bagi 'tujuan baik' kepada ahli dan pesakit ( kemajuan peawatan pesakit dsb ) Sama ada memerlukan pindaan perlembagaan atau tidak fungsi ini tetap ujud dalam mana mana badan kebajikan . Di harapkan ramai lagi mereka di luar sana , kakitangan atau bukan kakitangan psikiatri / hospital akan menyertai badan ini yang bercita cita membantu dan menyumbang dan berbuat kebajikan bersama kearah kesihatan mental yang baik.

3. Beberapa gambar di siarkan diatas adalah sebahagian dari kakitangan yang hadir menjayakan AGM tahun ini 2011 .

Wednesday, November 2, 2011

mesyuarat agung BKP @ Badan Kebajikan Psikiatri HoSHAS Temerloh


Kota suci Mekah Al Mukarramah ... gambar hiasan ..
'di sisi Allah itu lah lebih kekal dan berharga ..'

2.11.2011
Semalam terima undangan untuk menghadiri mesyuarat tersebut yang akan di adakan pada 4.11.2011 @ Jumaat jam 09.30 pagi berttempat di Bilik Seminar Orkid Aras 3 Pejabat Pakar HoSHAS Temerloh . Semoga dengan tertubuh nya badan ini banyak aktiviti membantu dan menyokong gulongan OKU Mental @ pesakit psy . dapat di adakan . Ini adalah badan kebajikan ..tak de buat untung .. kita bersedia memberi khidmat kepada gulongan ini ..cuma beberapa keadaan boleh kita mendapat manfaat ialah dengan menganjurkan kursus dan latihan , lawatan berkaitan psikiatri dan membantu pesakit / bekas pesakit mental .

Kita dapat menambah ilmu dan menyuburkan rasa simpati terhadap gulongan dan berpeluang berkhidmat sambil menimba pengalaman berharga ketika menganjurkan aktiviti 'outing' dan sebagainya . Lebih dari itu ialah ganjaran dari Allah swt di atas sumbangan kita .. mereka adalah gulongan bernasib baik 'ahli syurga' kerana tidak di taklifkan menunaikan ibadat khusus @ tanggungjawab agama ketika mereka sakit .. beruntunglah kita dapat membantu mereka .

Kepada semua selamat datang dan selamat bermesyuarat .. Tahniah kepada Jabatan Psikiatri , Ketua dan kakitangan .. jumpa anda semua di sana nanti .

3.11.2011