Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Wednesday, November 2, 2011

mesyuarat agung BKP @ Badan Kebajikan Psikiatri HoSHAS Temerloh


Kota suci Mekah Al Mukarramah ... gambar hiasan ..
'di sisi Allah itu lah lebih kekal dan berharga ..'

2.11.2011
Semalam terima undangan untuk menghadiri mesyuarat tersebut yang akan di adakan pada 4.11.2011 @ Jumaat jam 09.30 pagi berttempat di Bilik Seminar Orkid Aras 3 Pejabat Pakar HoSHAS Temerloh . Semoga dengan tertubuh nya badan ini banyak aktiviti membantu dan menyokong gulongan OKU Mental @ pesakit psy . dapat di adakan . Ini adalah badan kebajikan ..tak de buat untung .. kita bersedia memberi khidmat kepada gulongan ini ..cuma beberapa keadaan boleh kita mendapat manfaat ialah dengan menganjurkan kursus dan latihan , lawatan berkaitan psikiatri dan membantu pesakit / bekas pesakit mental .

Kita dapat menambah ilmu dan menyuburkan rasa simpati terhadap gulongan dan berpeluang berkhidmat sambil menimba pengalaman berharga ketika menganjurkan aktiviti 'outing' dan sebagainya . Lebih dari itu ialah ganjaran dari Allah swt di atas sumbangan kita .. mereka adalah gulongan bernasib baik 'ahli syurga' kerana tidak di taklifkan menunaikan ibadat khusus @ tanggungjawab agama ketika mereka sakit .. beruntunglah kita dapat membantu mereka .

Kepada semua selamat datang dan selamat bermesyuarat .. Tahniah kepada Jabatan Psikiatri , Ketua dan kakitangan .. jumpa anda semua di sana nanti .

3.11.2011

No comments:

Post a Comment