Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Tuesday, December 11, 2012

PECAH RUMAH .. HIDU GAM .. WAD PSIKIATRI ..

11.12.12  @ Selasa

Pagi ini seperti biasa saya bertemu rakan sekampung di kedai minum . Begitulah saya  sebelum ke kebun mengambil peluang bertemu rakan rakan sambil 'pekena' roti canai di gerai seorang rakan . Bersama saya pagi ini beberapa orang rakan dan beberapa pemuda pangkat anak dan adik adik . Ada berita terbaru .. semalam rumah seseorang di pecah masuk .. banyak barang yang hilang . Mereka  berpesan agar saya selalu 'menjenguk' rumah yang saya bina di kebun bagi mengelakkan kecurian yang selalu terjadi .  Alhamdulillah setakat ini tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku .
  
Saya katakan kecurian satu perkara tetapi apabila di renungkan keadaan semasa  seperti  membuatkan seorang 'terpaksa' mencuri demi  menyambung kehidupan 'suvival' . Saya katakan saya mendengar ada di sebuah kampong sepasang suami isteri di tangkap sedang mencuri getah buku .. mereka mempunyai anak kecil yang sedang membesar ..dan  (sedang menyusu) sedangkan harga barangan naik melepasi kemampuan kewangan mereka . Maka demi 'survival' mereka terpaksa mencuri .

Satu keadaan lagi saya katakan ada 'dendam' yang menjadi penyebab si pencuri menyapu licin semua harta benda di rumah . Ada satu kejadian di mana tuan rumah ke Mekah menunaikan fardhu haji . Namun beberapa hari sebelum kepulangan beliau rumah nya di pecah masuk oleh pencuri . Habis barangan berharga di larikan. Pencuri di percayai mengunakan lori mebawa lari barangan curi tersebut . Pagi tadi saya di beritahu banyak barang di perbuat dari besi di larikan manakala yang bukan besi di tinggalkan baik yang baru atau lama . Mereka mengatakan mungkin si pembeli besi buruk yang punya angkara . Saya teringat akan cerita  anak kepada  tuan rumah satu ketika pernah memarahi  pembeli besi buruk yang berkeliaran di keliling rumah dan terambil barangan besi yang  masih beliau sayang . Beliau memarahi dan menghalau si pembeli besi buruk tadi dengan kasar . Lantas mungkinkah ada kaitan barang yang di curi (kebanyakan barangan besi , baru dan lama ) yang di angkut dengan lori itu adalah perbuatan si pembeli besi buruk yang di halau temmpoh hari ..??. Bukan nak menuduh tetapi kadang kadang rasa ada logik  dendam membuat seseorang  bertindak bila ada peluang . Jadi 'hati hati lah dengan kata kata . 

Namun  ada cerita yang menjadi fenomena yang lebih parah ..di taman taman dan bandar besar .. para pekerja malah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah terpaksa bekerja siang malam untuk menampung kehidupan . Berniaga di pasar malam , bekerja stesen minyak  dan sebagainya . Baik dan satu pengorbanan yang patut di puji tetapi yang menjadi mangsa ialah anak anak yang terbiar di rumah hingga larut malam tanpa  ibu bapa yang kadang kala mancari jalan keluar rumah mencari 'teman' bagi  'pelepasan' menagih kasih dan sayang rakan sebaya dan hiburan di luar rumah . Banyak yang terjebak dengan pergaulan bebas dan lebih parah ialah terjebak dengan perbuatan 'menghidu gam' yang murah dan mudah di dapati . 

Saya  mendapat tahu ada pekedai yang tidak bertanggung jawab menjadikan jualan gam basikal satu perniagaan utamanya . Berlonggok dan bersusun susun di rak jualan . Hasilnya .. bertaburan tin tin gam ini di jumpai di padang padang permainan tempat anak remaja  berkumpul  setiap malam . Akhirnya kehidupan mereka berakhir dengan ketagihan dadah , gam dan amat sedih apabila mreka menjadi poenghuni tetap wad wad psikiatri di hospital akibat kerosakan saraf dan sel otak . Ada juga yang terbiar tanpa haluan di bandar  berjalan mundar mandir  mancari sisa makanan di tong tong sampah di tepi jalan  , ada yang  berani  menghulur tangan  mengemis makanan dari orang ramai di kedai kedai makan . Mereka menjadi sampah , menjadi korban kemiskinan keluarga yang 'terlepas' peluang untuk bermanja dengan ibu bapa yang terpaksa bekerja siang malam  mencari 'belanja' kehidupan . Ada juga mereka  dari kampung berhampiran bandar yang terjebak dengan gelagat rakan sebaya semasa di sekolah . 
gambar hiasan  ...

Namun ada suatu yang lebih kejam . Mereka yang meraih pendapatan beratus ribu ringgit sebulan sebagai CEO dan pengarah pengarah syarikat . Kemana wang mereka di habiskan agaknya ?? tak boleh kah pendapatan mereka di kongsi dengan pekerja bawahan yang terpaksa berkorban masa dan tenaga bekerja siang malam mencari sesuap nasi . Anak bangsa menjadi mangsa , merempat di tanah sendiri . Tak payah tunggu Yahudi menjajah negeri . Bangsa sendiri yang  menjadi elit dan pembesar negara memerah keringat anak negeri yang tidak bernasib baik ini . Tuntutan  agar had minima gaji di naikkan mengatasi paras miskin  (RM1000.00) tidak di layan .  

Semua ini menambah sayu nya hati  ini dan jauhnya hati saya dengan gulongan elit Melayu yang menyanyi lagu  warisan .. 'bumi di pijak milik orang' .. Siapa yang berkuasa selama ini .. siapa yang menjual tanah negeri ini pulau dan bukit kamu jual , habis segala balak , bijih , minyak dan sebagainya  di bahagikan sesama kamu tetapi anak negeri di biar terlantar dan terlontar jauh dari pandangan kamu . Tidak kamu pedulikan .

Akhirnya ..

27 peratus pelajar sekolah menengah di Malaysia sakit mental iaitu mengalami masalah tekanan, keresahan dan kemurungan yang tinggi, disebabkan pelbagai faktor termasuk peperiksaan dan masalah keluarga. Persoalannya , apakah tindakan semua pihak sekarang ini, adakah hanya sekadar membuat kajian atau tunggu dan lihat?

Apakah terlalu mengejar kecemerlangan , Straight A, Sekolah Pintar, Sekolah Kluster, Guru Besar Cemerlang, JUSA C , politik di sekolah , jabatan dan sebagainya , menjadi salah satu faktor kepada gejala pelajar sakit mental yang semakin membimbangkan ini?

TAHAP STRES PELAJAR KITA TINGGI

6 Okt 2011 - Lebih 27 peratus atau sekitar 1,765 daripada 6,540 pelajar enam sekolah menengah dikesan mengalami tanda-tanda masalah kesihatan mental yang teruk.

Kajian membabitkan 6,540 pelajar dengan 4.8 peratus daripadanya didapati mengalami tekanan teruk, 17.1 peratus keresahan teruk dan 5.2 peratus kemurungan teruk.

Malaysia kena bina lebih banyak Klinik 1Mental

Pada tahun 2008 Malaysia ada 400,227 pesakit mental.
Pada tahun 2003 Malaysia ada 190,255 pesakit Schizophrenia
Pada tahun 2006 N.Sembilan mempunyai pesakit mental paling ramai di Malaysia iaitu 21.1 peratus dari penduduk di negeri ini.

Tan Sri Lee Lam Thye menegaskan pesakit mental telah dikategorikan sebagai OKU (Orang Kurang Upaya) menunjukkan betapa seriusnya pesakit mental ini perlu perhatian. Mungkin sekarang ada setengah juta OKU Mental di Malasyia.

Kosmo 15 Jan 2010 melaporkan Malaysia ada 300,000 orang penganggur.

Harga barang makin naik. Yuran sekolah makin naik. Kita tunggu pula masalah mereka yang nak masuk IKM, IPT, Politeknik selepas ini.

Nak kahwin, Mas Kahwin dah naik , Hantaran melambung naik macam pasaran saham RM 5000, RM 10000, RM 15000.

Semua kita perlu fikirkan .. berfikir lah secara positif ..


Sekian dulu untuk renungan .


Sunday, December 9, 2012

MUSIC THERAPY ... menyanyilah


petikan article / berita -  Singing is healing .
Berlin, (DPA) - The text of the song is very simple: Bobo male, shu, shu maya. Franz Berwind, a music therapist, sings it out loud to a group of about 20 women and men seated around him.
gambar ehsan --hiasan .. 

Some of them look shyly toward the floor and mumble the text tentatively as the meeting begins. But by the end of the hour the mood is different. They are moving to the rhythm of the songs and lifting their voices up proudly.
      
The scene was at a hospital for psychiatry, psychotherapy and psychosomatic medicine at Werneck Castle near Schweinfurt, Germany. It places faith in the healing power of singing. The hospital is one of at least 14 in Germany which are members of the singing hospital association.
      
The hospitals run on the principle that singing can keep people healthy, which many scientific studies have proved to be accurate, and there are many music therapists using music in their work.
      
The international network of singing hospitals have made it a goal to increase people’s well-being by offering group singing under the leadership of trained directors. People who sing along should feel better afterward.
      
“No-one has as of yet thrown their crutches away on the way out of a singing session and shouted, ‘I’m healed,’” said Paul Strobel, director of the complementary therapy department at Werneck Castle, but he says you notice that singing brings a positive change.
      
The positive effects of singing on the body and mind have been proved by numerous studies, said Tonius Timmermann, director of the research centre for music and health at Germany’s University of Augsburg.
      
“It stimulates the breathing and the body and brain receive a better supply of oxygen. Singing strengthens the immune defences and it lends itself to the prevention of violence because it breaks down the male hormone testosterone,” Timmermann said. It also increases the production of endorphins.
      
“The increased level of the feel-good hormone has a pain-relieving effect and can brighten the mood,” said Timmermann. Better circulation, more mobile joints, less stomach bile, a stable pulse are all linked to singing. “People who sing a lot live healthier and longer than the average life expectancy.”
      
Participants confirm that they feel the difference.
      
“I have been getting a lot more positive things out of of life since I’ve been singing here,” said a 54-year-old woman who suffered for many years from depression, listlessness and anxiety. She has become more self-confident and views things more calmly now. “Aside from that I am with people who understand me and that’s good.”
      
The men and women tap their toes and snap their fingers in time with the music. It’s better to sing loud and wrong than right and bashfully, Berwind said. Many people have withdrawn into themselves. “Here they come out of their shell again.”
      
He consciously chooses unknown songs that can be sung in multiple voices. The singers want to be challenged, he said of the participants.
      
The singing group at Werneck is not exclusively for patients, but also hopes to attract many from outside the hospital and break down some of the reservations people have about psychiatry.
      
“For us it’s about appreciating the value of music. Singing is healing. That’s what we want to show,” said Berwind.
      
The singing hospital network is also is aimed at homes for the elderly, the disabled and kindergartens. The philosophy is that the more people sing together the better.

' mungkin baik untuk di contohi ..'  

Tuesday, October 23, 2012

Stigma ..

23.10.12
Semalam berjumpa dengan beberapa orang kenalan , rakan lama dan orang ramai di  bandar Temerloh , di kampong dan di mana sahaja saya berada . Mereka bertanya ..

1. Tak kerja ke hari ni ..
2. Buat apa masa ni .. ?
3. Siap dah projek ..? dll

Saya nak kongsi  jawapan dari tiga soalan ni jer ..  

Soalan pertama  '..oh saya dah lama pencen lebih setahun .. merdeka ...' dia tanya lagi , ' tak sambung 60 tahun '..saya jawab '  cukuplah 56 saja .. bagi peluang orang lain ..'
Komen .. tak banyak cuma ' ..ye lah ramai orang muda yang boleh ambil alih .. dah tua tak produktif  ..ngabiskan masa jer .. keje duduk tunggu masa nak balek ..' maksudnya ..' tak ada minat lagi ..' mudah tapi ada yang kata ' dari tak ade ape buat kat rumah lebih baik keje selagi di beri peluang ...' tu betul jugak lebih lagi zaman semuanya mahal .. harga barangan keperluan naik tak pernah turun ... fikirlah  sendiri ..

Bagi soalan kedua .. ' saya kata ..masa jadi 'drebar' bas sekolah ... pagi pagi hantar anak bongsu ke sekolah ke bandar ( Sekolah Al Mukmin Temerloh Darjah 4 ) ..kemudian ngeteh dengan kawan , sembang sembang sambil tunggu masa nak masuk kerja di kebun sendiri , mengemas di rumah dan sekitar .. baca buku sikit sikit dan FB . Mengemas kini  dan menyiapkan kerja kerja akhir Rumah Sejahtera .... kemudian jemput anak balek sekolah ..begitu lah ,  malam pergi masjid , dengar kuliah , dengar ceramah dsb . Sikit sikit aktiviti politik  semasa .. bersih dll. 
Komen .. okay la tu .. apa lagi pencen .. merdeka buat la apa yang baik .. asal hati senang .. apakah hati kita senang .. apabila ketidak tentuan masyarakat berlaku .. rompak samun , bunuh , tipu rasuah dan sebagainya .terus berlaku .. '  Siapa yang tak ambil tahu ini tenang kah dia .. boleh kah duduk senang .. ? Fikirlah .. 

Soalan keitiga tentang  projek ..
Ada yang tahu dan memang saya ingin ramai yang tahu saya sedang menyiapkan sebuah penempatan @ rumah untuk  penjagaan pesakit pesakit @ OKU Mental . Di samping itu di sekitarnya saya ingin mengujudkan pusat rekreasi  bagi penduduk sekitar dan bagi mereka yang ingin mengadakan program atau aktiviti hari keluarga , kenduri , tempat peginapan kursus luar rumah (outdoor) . 'summer camp'  . kem solah dan sebagainya di tempat berkenaan dengan kos yang minima . Tempat berehat hujung minggu sekeluarga dengan aktiviti 'agro-tourism' mengikut permintaan dan kemudahan sedia ada . 

Komen ... Mereka menambah berbagai cadangan .. 

Mengenai rumah penjagaan OKU Mental banyak yang terdiam .. entah apa yang berlegar di fikiran mereka .. Saya cuba meneka .. 
a. mungkin ramai yang masih janggal dengan istilah mental .. di kaitkan pula dengan OKU .
b. Apa dia OKU Mental .. ?
c. mungkin ramai yang ragu ragu macam mana nak jaga  OKU Mental @ orang gila ..?
d. Kos macam mana .. siapa yang akan bayar keperluan makan minum dan penjagaan mereka nanti ..
e. Bagaimana  nak operasi .. daftar dengan siapa ?
f. Berapa dah habis .. ? apa bila saya tunjukkan gambar fasa akhir persiapan rumah tersebut . 

Saya namakan Rumah Sejahtera dengan harapan perkhidmatan yang akan di berikan memberikan kesejahteraan dalam kehidupan kita semua .. dunia dan akhirat . Rumah beroperasi  sebagai salah satu aktiviti  Badan Kebajikan Psikiatri  berpaksikan khidmat kebajikan . Berdaftar dengan JKM dan mengikut keperluan semasa penjagaan OKU Mental mengikut misi dan visi KKM namun tidak lah percuma .

Kos pembinaan tentu banyak juga hingga habis duit pencen .. terpaksa loan pula dengan RHB Islamic melalui skim orang pencen .. Namun demi khidmat dan visi  berkhidmat dan berkebajikan hingga akhir hayat semuanya adalah kecil bagi saya asalkan loan dan sebagainya masih mematuhi  ketentuan Islam dan saya mampu bertahan . Ramai yang tidak faham . Duit banyak pun simpan di bank tak ada guna  / tidak memberi kebaikan . Mati  akan jadi rebutan ,  salah guna dan sebagainya .  

Simpan untuk akhirat , untuk kegunaan kita di akhirat ialah dengan berderma , infaq , wakaf dan sebagainya .  Itu lah hak kita sebenarnya .. saya berhujah sejak lama dulu . Jadi itu lah yang saya amalkan .. biarlah mati saya tidak mewariskan apa apa untuk anak anak . Cukup ilmu dan bimbingan kehidupan yang mengikut peraturan dan bahagia di sudut kerohanian dan amalan Islam mereka sudah memadai . Tidak guna harta bertimbun tetapi dalam maksiat kepada Allah .. Doa dan harapan saya .

Bagaiamnapun  OKU Mental @ 'orang gila'  .. di hati masyarakat . Salah anggap , 'Stigma' masih terlalu tebal . Masih ramai yang tidak ambil peduli .. masih ramai yang 'berubat' dangan jalan yang tidak  tepat dan  berada di atas khayalan  dan prasangka pengamal tradisi .. Saya rasa lambat laun perkara ini akan terjawab dan selesai .. apabila Rumah Sejahtera beroperasi  seperti mana di tempat lain yang mendahului program yang serupa di Johor dan Perak  dll .    

Kepada AJK Rumah Sejahtera mari kita bersama memikul  misi ini .. sekian dulu .. Terima kasih . 

hiasan  n kenangan 

hiasan n knangan 

hiasan ..

makluman dan perhatian .. sekitar Rumah Sejahtera ..

hiasan .. 

hiasan dan iktibar .. siapa yang berani .. menjaga ..

hiasan .. future chalet nearby  RS ..camner sokong ? 
Simi latif .. 
           

Sunday, September 30, 2012

MESYUARAT RUMAH SEJAHTERA ..

28.9.2012 @ Jumaat 
Berikut adalah gambar sebahagian dari persiapan menjayakan program Rumah Sejahtera @ jagaan dan pemulihan  pesakit mental ( OKU Mental )  yang di putuskan menjadi aktiviti BKP bagi tahun 2012 .. 

Mesyuarat pembentukan AJK Kerja telah berlangsung seperti di bawah .

 pemandangan dari  surau / balai tetamu  ...  hari hujan .dengan lebat sewaktu gambar di ambil ...

 pemandangan ke bahagian dalam kawasan 

 asrama yang sedang di siapkan .. fasa akhir ..

asrama / rumah sejahtera di lihat dari hadapan ..

28.9.2012  @ Jumaat @ 03.00pm

Hari yang bersejarah kerana telah selesai menubuhkan AJK Operasi Rumah Sejahtera yang berlangsung  di Bilik Seminar Kenanga 9 HoSHAS . Ahli ahli jemputan BKP dan  Pengerusi turut sama hadir menjayakan mesyuarat bagi menyokong dan mendapat maklumat lanjut berkaitan Rumah Sejahtera . Buat pengetahuan semua pada mesyuarat BKP ke 3 2012 @ 5 Sept. 2012 yang lalu majlis telah bersetuju  program / aktiviti penjagaan dan pemulihan pesakit mental ( OKU Mental ) yang di rancang oleh ahlinya di jadikan sebagai aktiviti BKP sebagaimana cabutan minit berikut :      

6.2  Aktiviti Rumah Jagaan dan Pemulihan di komuniti .

Kertas cadangan Rumah Sejahtera sebagai pusat untuk menjalankan perkhidmatan penjagaan dan pemulihan OKU Mental di komuniti telah di bentangkan .

Majlis bersetuju Rumah Sejahtera ini dijadikan sebagai aktiviti BKP khusus menjalankan khidmat penjagaan dan pemulihan OKU Mental @ pesakit mental di komuniti yang di kenal pasti boleh membantu mengurangkan risiko ’relapse’ dan kemasukan semula ke wad . Rumah atau aktiviti ini akan di uruskan oleh Ahli Jawatankuasa sendiri dengan syarat dan peraturan mereka di bawah nasihat dan pemantauan Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS . Mereka di benarkan mempunyai dana sendiri bagi menampung kos operasi dan kegiatannya melalui yuran peserta dan sumbangan orang awam , swasta dan sebagainya. Mereka juga akan mengikut peraturan Akta Kesihatan Mental 2010 dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat .
                                                Tindakan Setiausaha  /  Penganjur Rumah Sejahtera

Berikut adalah ringkasan kertas cadangan yang di bentangkan :

Ringkasan - KERTAS CADANGAN  RUMAH SEJAHTERA .
Adalah dengan ini  mencadangkan  kepada sidang yang bermesyuarat pada  hari ini supaya  bersama  menjayakan program  Pemulihan Dalam Komuniti khas bagi OKU Mental  yang di namakan Rumah Sejahtera di  Lot 1848  KM 11 Jln Triang  , Kg Tg Belengu  Lebak , 28000 Temerloh , Pahang Darul Makmur .

1.       PENDAHULUAN .

Rumah Sejahtera adalah di cadangkan sebagai sebuah  rumah penjagaan dan pemulihan OKU Mental sesuai dengan dasar perawatan terkini  pesakit psikiatri  yang menekankan peranan keluarga dan komuniti  bagi membantu pemulihan pesakit yang lebih berkesan . Ia juga  selaras dengan akta Kesihatan Mental 2010 yang memberi  ruang kepada  komuniti  menjalankan  dan mengujudkan pusat atau rumah penjagaan bagi golongan OKU mental.

Misi Rumah Sejahtera adalah untuk memberi sumbangan menjayakan misi bersama kearah mengujudkan masyarakat yang sihat sejahtera fizikal dan mental demi  menjadikan persekitaran komuniti dan Negara yang aman , maju dan di redhai .

2.       MENGAPA  @  KEWAJARAN  OKU  MENTAL .

a.       Di Pahang khasnya di  Temerloh tiada rumah seperti ini  di ujudkan manakala keperluan dan gulongan yang memerlukan meningkat.
b.      Keluarga pesakit mempunyai kemampuan secara  bersama  menampung pembiayaan kos dan bersedia untuk  menghantar pesakit tinggal dan menjalani rawatan serta penjagaan .
c.       Rumah Sejahtera boleh memanfaatkan institusi  perubatan dan kesihatan sedia ada di segi tunjuk ajar dan sokongan kakitangan ( kakitangan yang berkemahiran  yang menjadi ahli BKP atau yang berminat ).

RUMAH SEJAHTERA - TERLETAK  DI  KEM  DESA SEJAHTERA  IAITU   SEBUAH  PUSAT REKREASI  DAN LATIHAN  AWAM  .
Di urus tadbir  oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan  dari kalangan masyarakat 
profesional dan orang awam yang  prihatin .

3.       PERLAKSANAAN .
a.       Tempat : Lot 1848 Paya Teratai , KM 11 Jalan Triang , Lebak , 28000 Temerloh Pahang .
b.      Status tanah : Milik persendirian @ pemilikan Pajakan  Mukim  99 tahun
c.   Keluasan  : 0.85 hektar  sedia untok  mewakafkan seluas tapak Rumah Kebajikan .                                                       
                      ( kawasan persekitaran @ kawasan rekreasi  di benarkan untuk aktiviti pemulihan 
                        di samping aktiviti rekreasi , pertanian dan lain lain )
                               
Nota : Tanah buat masa ini di tanam dengan kelapa sawit sebagai  pendapatan  sampingan pemilik dan sesuai bagi pembinaan rumah penginapan ( chalet ) dan aktiviti rekreasi awam dan  pemulihan pesakit .

Pemilik : En Shohaimi bin Abdul Latiff  No KP. 550702065391 (Penganjur)
Status dan pengalaman pemilik : Pesara Kementerian Kesihatan @ Penolong Pegawai Perubatan  di Klinik Kesihatan dan Hospital  kerajaan  . Pengalaman bertugas di unit perawatan pesakit mental selama 10 tahun .

Ahli Jawatankuasa  Kerja Rumah Sejahtera yang di lantik adalah seperti berikut :-

Penasihat      : Dr Firdaus binti Abd Gani  ( Pengerusi BKP )

Pengerusi           : En Shohaimi bin Abdul Latiff
T. Pengerusi      : Pn Rosnani binti Malek Muin
Setiausaha         : Cik Mariani binti Ramli
Bendahari          : Pn Nor Azah binti A Aziz
Kebajikan         : En M Firdaus bin Abdullah
Rehabilitasi        : Cik Farah Waheda binti Zulkifli
Rekreasi            : Pn Azwahida binti Abu Bakar
Sajian                : Pn Asiah binti Tahir
Keselamatan      : En Ahmad bin Hashim
Kerohanian        : Ust A Hamid bin Isa
Pengangkutan    : En M Salehin bin Mahmud
Rencam             : En Shamsul Kamal bin Manaf
Keceriaan          : Nik Zuriah binti Nik Ibrahim

Tahniah dan marilah kita bekerja bersama sama berbakti kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Terima kasih .

Friday, September 21, 2012

MENGENALI PENYAKIT BIPOLAR ..

Memahami Penyakit Bipolar ( Bipolar mood Disorder )  dan mengurusnya …Sumbangan MAP  dan sokongan AstraZeneca disunting oleh   SU BKP untuk semua .


Pendahuluan .
Kita biasanya merasai pelbagai jenis mood . Perubahan mood adalah reaksi biasa terhadap perkara perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita . Tetapi dalam penyakit bipolar mood anda boleh meningkat secara tiba tiba ke satu tahap yang terlampau ‘tinggi’ ( mania) atau menjunam ke tahap yang sangat rendah ( kemurungan ) . Perubahan mood sebegini berulang . Anda akan mengalami mood yang tinggi , rendah dan normal untuk tempoh yang berlainan

Apakah symptom simptomnya ? ( tanda tanda dan gejala ).
Simptom –simptom yang mungkin berbeza antara individu antaranya termasuk : -

Mania ( ‘tinggi’ )
  • Mood terlampau tinggi contohnya terlampau gembira .
  • Cuma memerlukan masa tidur yang pendek .
  • Cepat marah .
  • Lebih aktif daripada biasa .
  • Bercakap dengan kuat dan cepat .
  • Fikiran yang berserabut .
  • Kesukaran memfokus (menumpukan perhatian)
  • Lemah pertimbangan .
Kemurungan :
  • Murung dan sedih .
  • Rendah diri ( rasa rendah diri )
  • Hilang minat terhadap perkara yang biasanya di gemari.
  • Tidak dapat tidur
  • Hilang selera makan .
  • Sentiasa letih
  • Tidak dapat menumpukan perhatian .
  • Lemah pertimbangan
  • Berfikir tentang bunuh diri atau kematian .
Apakah rawatan nya ??
Rawatan bagi penyakit bipolar secara amnya terdiri daripada beberapa komponen .

Ubat ubatan . 
Sesetengah jenis ubat di gunakan untuk melegakan episode mania atau kemurungan dengan segera , manakala ada yang membantu mengwal symptom pada hari biasa . Terdapat juga ubat ubatan yang di gunakan untuk jangka panjang demi mencegah episode yang berulang . Ubat ubatan yang biasanya di preskripsikan untuk penyakit bipolar .

Ubat penstabil mood .
  • Untuk melegakan segera daripada episode mania atau kemurungan akut.
  • Untuk mencegah episode yang berulang .
  • Contoh : Lithium , Sodium Volprate , Carbamazepine dan lamotrigine
 Ubat anti psikotik .
  • Untuk merawat symptom symptom mania .
  • Lazimnya di gunakan bersama ubat penstabil mood ( mood stabilizer )
  • Contoh : Haloperidol , Chlorpromazine , quetiapine , olanzapine , resperidone , ziprasidone .
Ubat anti-kemurungan ( anti depressant ).
  • Untuk merawat symptom symptom kemurungan .
  • Perlu di gunakan bersama ubat penstabil mood .
  • Contohnya : Fluoxetine , sertraline , venlafaxine , amitriptyline .
** Cara cara untuk menangani kesan sampingan ubat : 
  • Kesan sampingan ubat yang biasa termasuklah mulut kering , pening , loya , mengantuk , insomnia , cemas dan kenaikan berat badan . Tetapi anda boleh mempelajari cara cara untuk menangani kesan sampingan tersebut .
  • Hirup air dengan kerap untuk mencegah mulut kering .
  • Bangun perlahan lahan daripada keadaan duduk untuk mengelakkan kepeningan .
  • Tidur sebentar pada waktu siang jika anda berasa mengantuk selepas pengambilan ubat .    
  • Ambil ubat pada waktu pagi untuk mengatasi insomnia .
  • Jika anda merasa cemas atau gelisah cuba senaman seperti berjalan secara  pantas.
  • Kurangkan pengambilan pencuci mulut dan makanan segera untuk mengelakkan kenaikan berat badan 
Penting : Maklumkan kepada doctor anda tentang semua kesan sampingan yang di alami semasa rawatan . Jangan berhenti mengambil ubat tanpa nasihat doctor anda .

Terapi Elektrokonvulsif .
Rawatan ini di berikan untuk menghentikan episode mania atau murung dalam kes kes seperti berikut :
  • Jika ubat tidak berkesan untuk anda .
  • Jika ubat tidak sesuai untuk anda di sebabkan penyakit tertentu atau kehamilan .
  • Jika terdapat delusi ( pendayaan) atau helusinasi ( rayan)
Rawatan psikososial . 
  • Rawatan psikososial bertindak bersama sama dengan ubat ubatan untuk membantu meningkatkan kestabilan mood anda dan memperbaiki fungsi harian anda . Ia membantu mendidik dan memberi panduan kepada anda serta keluarga anda tentang penyakit ini . Di samping itu ia juga dapat memberi sokongan dan galakan demi mengahrungi cabaran .
Jenis rawatan psikososial .
Pendidikan pesakit      : Untuk membantu anda mengenalpasti keadaan anda serta rawatannya . 

Terapi interpersonal     : Untuk membantu anda memperbaiki hubungan dengan dan rhythm social orang di    
                                     sekitar anda dan membentuk rutin harian .
Terapi kognitif             : Untuk mendidik anda tentang cara cara mengubah bentuk tingkahlaku               
                                     fikiran dan tingkahlaku negatif .
Terapi keluarga            : Untuk mendidik tentang cara mengurangkan paras  Tekanan di dalam keluarga anda Terapi pemulihan         : Untuk  memberi anda latihan dalam bidang kemahiran carakerja tertentu supaya
                                     anda bersedia kembali kepada masyarakat.
Kumpulan sokongan   : Untuk memberi sokongan dan galakan kepada anda dan jaringan social     
                                    keluarga anda .

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan kesejahteraan diri ??
Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menangani penyakit anda dan mengekalkan kesejahteraan diri .

  • Makan ubat , penuhi janji dengan doctor anda dan hadiri sesi rawatan psikososial .
  • Kekalkan jadual tidur yang tetap . Tidur sekurang kurangnya 8 jam setiap malam .
  • Kekalkan pola aktiviti yang biasa , jangan terlalu memaksa diri anda .
  • Periksa mood anda secara tetap dengan carta mood .
  • Jangan ambil alcohol , caffeine  atau dadah kerana ia mungkin mengganggu tindakan ubat , tidur atau mood anda .
  • Berhenti atau kurangkan merokok .
  • Dapatkan sokongan keluarga dan rakan rakan anda .
  • viii Cuba kurangkan  tekanan kerja dan tekanan di sebabkan konflik interpersonal .
  • Belajar mengenalpasti tanda tanda awal satu episode .
  • Serta kuimpulan sokongan .
**5 Kenalpasti tanda tanda awal anda 

Tanda tanda awal satu episode mood berbeza antara setiap individu . Kenalpasti tanda anda awal ANDA supaya anda boleh mendapatkan bantuan dengan lebih cepat dan mencegah episod  akut 

Tanda tanda yang lazim :
          Mania 
  • Cemas , tegang dan cepat marah , cepat melenting .
  • Perubahan pola tidur , meracau , hilang  kawalan pemikiran.
  • Leka dengan satu perkara atau dua perkara , lemah daya tumpuan.
  • Masalah ingatan .
  • Kemurungan
  • Berasa sedih dan hilang semangat .
  • Takut dan kurang keyakinan
  • Perubahan waktu makan dan tidur .
  • Mengasingkan diri .
  • Peningkatan pengambilan alcohol , merokok dan penggunaan ubat yang tidak di preskripsikan .
  • Lemah daya tumpuan dan terpaksa mengingati perkara yang menyedihkan.
Menguruskan krisis.

Jika penyakit anda belum di kawal sepenuhnya kemungkinan anda mengalami kelakuan yang tidak dapat di kawal ( contohnya berbelanja berlebihan , memandu secara berbahaya ) dan kelakuan agresif ( contohnya menyerang orang lain dan mencederakan diri sendiri ) adalah lebih tinggi . Jadi sebelum suatu krisis berlaku :
  • Senaraikan tanda tanda awal anda untuk embantu orang lain mengenalpasti bila anda perlukan bantuan 
  • Sediakan satui pelan krisis bersama keluarga dan doctor anda mengenai apa yang perlu di lakukan apabila satu krisis berlaku dan bila sepatutnya anda perlu di hantar ke hospital .
  • Dapatkan bantuan perubatan sebaik sahaja anda berasa mood atau paras tenaga anda  berubah .
  • Simpan nombor talipon yang penting ( contohnya hospital , klinik , pekerja social di tempat yang mudah di perolehi semasa krisis .
  • Sediakan arahan untuk penjagaan harta benda anda jika anda perlu tinggal di hospital .
  • Sentiasa pastikan bahawa persekitaran anda selamat .Apabila suatu krisis berlaku laksanakan pelan yang telah anda sediakan bersama dengan keluarga dan doctor anda . Dapatkan bantuan professional secepat mungkin. Hubungi Klinik Psikiatri terdekat ( HosHAS  Temerloh misalnya ).
Sekian .. semoga mendapat sedikit manfaat ..

Sunday, August 26, 2012

SELAMAT HARI RAYA .. 1433H / 2012 M

26.8.2012
Dah seminggu umat Islam menyambut hari raya .. pun begitu tidak terlambat saling mengucapkan selamat hari raya @  ' taqabalallahu minna wa minkum .. ' . Ucapan salam .. di anjurkan agar setiap masa  di ucapkan sesama Islam .. doa agr kita semua dalam keadaan selamat dan sejahtera .. dalam keadaan beriman dan di pelihara oleh Allah swt .

BKP  mengharapkan semua ahli , rakan dan taulan sentiasa berada dalam keadaan baik dan di redhai Allah , . Terlalu banyak berita dan isu yang boleh di perkatakan . Namun di hari hari akhir 'cuti  raya ' BKP  nak ucapkan dan berharap agar  semua sentiasa berhati hati kerana 'trafik' mula sibuk . Hari minggu @ Ahad 26.8.2012  ramai yang akan kembali semula ke tempat kerja dan ke asrama sekolah  memulakan rutin kehidupan seperti biasa .

Semalam petang  menghadiri Jamuan Hari Raya @ Rumah Terbuka  Dr Lazli ( Penaung BKP )  ..  kami berharap 'projek' nursing home / Rumah Sejahtera yang di rancang akan di bawa ke mesyuarat BKP dan akan di cadangkan sebagai salah satu projek BKP @ aktiviti BKP  yang  akan mempelawa semua ahli BKP  terlibat dan cakna kerana ' rumah penjagaan OKU Mental ' ini adalah kesinambungan dari  keperluan rawatan pesakit di wad  ke dalam masyarakat . Ini adalah selaras dengan penubuhan BKP yang  berhasrat untuk  mengambil cakna berkaitan nasib dan kabajikan OKU Mental @  pesakit @ client kita yang mungkin saudara , kenalan , ahli keluarga atau  jiran kita ..          

Anda yang sedang bercuti kerana tidak dapat bercuti di hari raya .. di ucapkan selamat bercuti  dan bertemu keluarga tersayang di kampong  masing masing .. Saya ingin bertemu anda semua  tetapi terpaksa akur kita mempunyai masa yang terhad dan harap bersama BKP kita dapat di pertemukan dalam suasana ceria dan bersemangat selalu .

asrama @ Rumah Sejahtera .. di peringkat akhir ..

Salam untuk anda semua mudah mudahan kita dapat bertemu  di jamuan hari raya / hari keluarga yang akan di adakan tidak lama lagi .



balai tetamu @ pejabat umah Sejahtera .. sedia untuk  memulakan  khidmat .. 

jumpa lagi .. 








Saturday, July 21, 2012

RAMADHAN AL MUBARAK .. 1433

22.7.2012
Hari kedua umat Islam di Malaysia berpuasa .. bagai biasa ada azam nak khatam Quran 30 juzu' .. ada bermacam  cara , dua helai ( muka surat ) sebelum dan selepas solah fardhu ... akhirnya tamat / khatam . Pun begitu banyak amalan yang baik di amalkan dan sebenarnya terlalu mudah , tapi tidak menjadi kebiasaan  kita . Antaranya .. perbanyakkan mengucap 'la ilaha illallah '  dan ' astaghfirullah '@ ratib dan mohon  keampunan ,  kemudian banyak meminta di masukan ke syurga dan di jauhkan dari neraka .. Namun yang penting .. banyakkan semua amal kebaikan ..lipat gandakan .. Baca Al Quran , solah sunat .. sedekah jariah , infaq @ derma dan memberi makan orang yang berpuasa .. 

Rumah Sejahtera .. rumah jagaan untuk OKU  mental dalam pembinaan . Asrama dan perabut seperti  katil dan tilam , bantal serta loker antara keperluan yang terkini ke arah mengoperasikan rumah jagaan dan pemulihan ini . Sekiranya siap , menjelang akhir tahun bolehlah di tempatkan  beberapa orang client  sebagai permulaan . Moga Ramadhan membuka hati anda yang budiman dan dermawan untuk menyokong usaha murni ini .. anda boleh membuat sumbangan melalui akaun BIMB Badan Kebajikan Psikiatri HoSHAS  .. 06028010056960  tetapi jangan lupa menghantar resit atau bank in slip kepada urusetia / Setiausaha En Shohaimi Abdul Latif   hp 012-9504278  sebagai bukti sumbangan anda ke Rumah Sejahtera dan boleh  di tuntut oleh pihak pengurusan Rumah Sejahtera daripada akaun tersebut .     

Beberapa gambar di kepilkan untuk rujukan tuan tuan sekelian .

asrama di fasa akhir .. mengecat dan furnish ..
bangunan serbaguna . ruang solah , kantin dan info centre / pejabat . 

tapak padang serbaguna .. sukan dan rekreasi
bangunan asrama dari sudut lain ..

Tempat yang di cadangkan ialah di ladang kelapa sawit  behampiran kampong  yang
jalanya (jalan kampong ) menjadi laluan penduduk kampung dan kanak kanak sekolah 
lebih kurang 800 meter dari  jalan besar  KM 11  Temerloh  Triang ..   

Segala sumbangan semoga menjadi amal soleh dan  di ganjari dengan pahala sebaggaimana di janjikan .

Sekian ..

Wednesday, June 27, 2012

Remaja dan masalah mental ..

28.6.12 @ Khamis .


Beberapa hari yang lalu saya menerima SMS dari seorang rakan ..' anak saya keluar rumah lagi ..dah lebih 24 jam belum balik , doakan semoga beliau selamat dan balik ke rumah ..'  


Bagaimana perasaaan anda sekiranya situasi ini anda lalui , sedih , marah , kecewa dan pelbagai perasaan yang menghantui . Begitu bapa ini , kawan yang lama di kenali .. namun sejauh mana kita mengenali seorang kawan , bagaimana keluarganya , perangai sebenarnya , bagaimana anak anak nya . Kita hanya mampu berdoa saat ini . Apakah yang berlaku sebenarnya , apa yang di lakukan oleh anak kawan kita saat ini .. sunguh menyesakkan .

Memang fenomena lari dari rumah biasa kita  dengar . Berbagai pula tanggapan dan hasil dari penemuan semula anak yang lari dan hilang . Mati di bunuh , menjadi mangsa 'perdagangan'  , dadah , seks dan lain lain yang mengerikan sebagai ibu bapa . Ramai yang tidak di temui dan 'hilang' tingallah keluarga yang mengharapkan 'keajaiban' dan takdir yang menentukan . Begitulah sebagai hamba , akhirnya kepada Tuhan yang Maha Esa kita pasrah . Berdoalah agar kita tidak di uji sedemikian .

bagaimana masa depan anak anak ini ..

dan yang ini .. 
Lantas , bagaimana harus kita berusaha membantu dan membendung masalah ini . Kita harus menyedari kanak kanak yang membesar  berhadapan dengan pelbagai masalah . Belajar , rakan sebaya di sekolah , rakan di luar sekolah , pengaruh hiburan , kewangan dan mereka yang tidak bertanggungjawab . nak anak kita sebenarnya terdedah dengan segala macam bahaya . Oleh itu jangan sekali kita lupa berdoa agar Allah swt melindungi mereka dari segala musibah . Pun begitu harus kita sedar Allah swt menguji dan menunaikan doa dan harapan kita setimpal dengan usaha dan 'penyerahan' kita kepada Nya dengan jalan ' kepatuhan' yang benar terhadap nya . Ini bererti kita mematuhi peraturan dan 'syarat syarat ' untuk mendapat rahmat dan pemeliharaan Allah . Apakah kita benar iman nya , tingkah laku dan segala rezeki kita dari sumber yang halal  untuk keluarga kita . Semua nya itu menjadi 'syarat' keberkatan dan pemeliharaan Aallah swt .

Bagi ibu dan bapa apakah kita ber'sopan' dalam melayani anak anak kerana mereka adalah gulongan yang sensitif , kawan mereka (peer group) adalah lebih utama bagi mereka , perasaan ingin mencuba begitu memuncak . Pergaulan di rumah bersama adik beradik dan anggota keluarga menjadi faktor  'ketenangan' yang di harapkan . Andai semua nya pincang mereka tidak akan betah dan selesa di rumah . Bagi mereka rumah adalah 'neraka' . Pernahkah kita bertanya dan menunggu  anak anak untuk bersarapan sambil berbual mesra dan memuji kebesaran Allah ketika menikmati makanan , berehat di rumah dan lebih penting solah berjemaah di rumah atau di masjid . 

Fakta ini menakutkan juga ...   "   6 Okt 2011 - Lebih 27 peratus atau sekitar 1,765 daripada 6,540 pelajar enam sekolah menengah dikesan mengalami tanda-tanda masalah kesihatan mental yang teruk. Kajian membabitkan 6,540 pelajar dengan 4.8 peratus daripadanya didapati mengalami tekanan teruk, 17.1 peratus keresahan teruk dan 5.2 peratus kemurungan teruk..." laporan seorang pengkaji .. dari blog ..Tranungkite...

Akhirnya mari kita bersama memahami  anak anak kita dan memberi yang terbaik ..dengan fokus yang jelas .. " anak-anak yang soleh dan solehah, itu prioriti . Utamakan Akhirat, InsyaAllah Dunia akan datang menggolek. Terlalu kejarkan dunia, inilah jadinya, akhirat entah ke mana , dunia entah ke mana. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..." 

Berilah masa emas kita untuk anak anak kita .. berusaha menjadi terbaik dan cemerlang dunia dan akhirat .. Muhasabah diri .. adakah aku berlaku baik dan sepatutnya untuk keluarga ku .. 

Sekian ..




Tuesday, June 26, 2012

Kaunseling 'online' Kesihatan Mental ??

26.6.2012 ...


Masyarakat kita makin parah, usaha pemulihan tak serius
Posted on Friday, June 22 @ 14:39:54 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever


Oleh: rozmal



"
Cadangan kaunseling online telah lama saya utarakan. Apakan daya, saya ni bukan pemimpin negara atau pemimpin negeri, pun bukan yang ada PhD. Kini yang ada PhD pun mendesak betapa perlunya kaunseling online ini.

 Tubuh unit kaunseling sakit mental online
22 Jun 2012 Oleh Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Sabri 

JIKA disoroti sejak kebelakangan ini, masyarakat dikejutkan pelbagai kes bunuh diri dan cubaan membunuh diri. Lebih terkejut, apabila ada golongan profesional seperti doktor dan peguam yang mengambil keputusan membunuh diri, ramai yang tidak dapat memahami kenapa jalan terakhir itu yang dipilih.  

Belum lagi dikira dengan kes terminum racun dan terjatuh bangunan. Jika orang dewasa yang matang tidak dapat mengawal perasaan, apatah lagi remaja dan kanak-kanak. Semuanya dikaitkan dengan tekanan dan konflik hidup sebagai puncanya. 

Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.  

Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya. 

(PENULIS ialah penyelaras/pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia)


Semalam ..ada terbaca dalam Tranungkite .. posting di atas ' Kauseling Kesihatan Mental 'online' . Idea yang baik tetapi  kita masih kekurangan pakar , persoalan bagaimana nak di jalankan dan siapa yang akan menyelaraskan . Psychiatrist yang  ada tidak mempunyai  masa  untuk 'melayani keperluan ini di tambah dengan kepekaan yang rendah terhadap kesihatan mental itu sendiri ..  Namun  kita berdoa suatu hari nanti idea ini akan menjadi kenyataan dengan syarat :

1. Masyarakat semakin terbuka , berminat , sedar dan bersedia untuk  'beramal' ....
2. Semua pihak khasnya yang berkenaan  membetulkan sikap 'negatif'  dan 'meminggirkan' bidang ini. 
3. Menambah gulongan pakar di bidang ini (@ Kesihatan mental ( psychiatrist , kaunselor ,  paramed.dsb )
4. Mengujud dan menggalakkan peningkatan ilmu dan pengetahuan sukarelawan  juga masyarakat . 
5. Peruntukan .. dalam semua sudut , kewangan , manpower dan kemudahan . 

Semuanya memerlukan  penglibatan dan pengorbanan yang tidak sedikit .. bagi pegawai perubatan ( doktor kita ) mungkin beberapa persoalan ini bermain main di fikiran : Adakah bidang ini menarik , mencabar glamour dan sebagainya . Tidak kurang adakah bidang ini  lumayan ?? 

Fikir fikirkanlah .. 

Terima kasih ...