Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Tuesday, January 17, 2012

mesyuarat AJK BKP HoSHAS kali 1

16.01.2012 @ 3.30 pm - 05.00 pm

Telah berlangsung mesyuarat AJK BKP ke 1 .. di Bilik Seminar Wad K9 . Majlis telah menerima minit mesyuarat Agung kali ke 1 dan telah mengambil usaha untuk menggerakkan BKP pada 2012 nanti . Antara yang penting ialah perlantikan ketua biro dan di harap akan dapat merancang program bagi memenuhi tujuan dan matlamat BKP di tubuhkan . Di samping itu promosi bagi menambah keahlian BKP perlu di giatkan se iring dengan aktiviti yang di jalankan .

BKP akan banyak mengambil usaha menganjurkan beberapa program demi kebajikan semua ahli , pesakit dan keluarga pesakit yang akhirnya akan ujud satu persefahaman antara kakitangan dan ahli keluarga . Kakitangan akan melalui kursus / CME dalaman dan ahli lain akan di jemput hadir dalam program umum . Taklimat dan kursus pendek berdasarkan modul tertentu bagi melengkap dan meningkatkan pengetahuan mereka .

Anatara biro yang di bentuk ialah :

1. Sukan dan rekreasi di ketuai oleh Pn Aminah binti Amat yang di amanahkan merancangkan aktiviti meningkatkan silaturrahim antara ahli seperti Hari Keluarga , aktiviti rekreasi dan sukan antara kakitangan jabatan dan sebagainya .

2. Biro Pendidikan di ketuai oleh Dr Hasnan yang bertanggungjawab menganjurkan aktiviti pendidikan dalaman bagi kakitangan dan paramedic .

3. Biro Promosi

4. Biro Dana dan Kebajikan - Dr Chan Tze

5. Biro Kerohanian -

Semua kakitangan psikiatri HoSHAS Temerloh adalah secara langsung menjadi ahli dananda sila isikan borang ahli bersama yuran pendaftaran dan tahunan ( pendaftaran RM5.00 dan tahunan RM30.00 ) . Bagi mereka yang bukan kakitangan juga di pelawa menjadi ahli dan bersama lah kita memberi masa dan tenaga mendalami masalah kesihatan mental yang boleh di kongsi bersama masyarakat di keliling kita . Anda akan mendapat manfaat 'kebajikan' sebagaimana badan kebajikan lain seperti sumbangan ehsan kemasukan ke wad , anak cemerlang , kelahiran anak pertama , hadiah perkahwinan dan sebagainya bila perlu dengan syarat anda ahli yang aktif @ membayar yuran .

Selain dari itu ialah anda semua akan secara langsung akan di jemput terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan psikiatri sebagai penyumbang tenaga , mendapat bimbingan dan ilmu secara langsung dari pakar pakar yang ada . Ianya akan membuka minda kita untuk terus bersimpati dan menyemai khidmat dan membetulkan salah anggap terhadap mereka yang mempunyai masalah mental . Tiada siapa yang meminta untuk mendapat masalah @ mental namun era dan persekitaran kita berada memungkinkan kita semua tiada jaminan akan bebas dari masalah mental . Masalah sosial , kewangan , keluarga , pembelajaran dan gaya hidup banyak mendorong kearah masalah mental lebih lagi kegiatan sosial yang 'bebas' , penggunaan dadah dan sebagainya menjadi punca yang tidak dapat di nafikan lagi . Menyertai BKP dan memahami masalah ini akan membuat kita lebih bertanggungjawab menjalankan amanah sebagai ibu bapa , anggota masyarakat , pendidik dan pendakwah atau penggerak sosial .. ini adalah cabaran kita .

Apa pun , kita semua mempunyai peranan seperti di atas . Ini dapat kita jadikan landasan untuk peranan kita yang lebih besar ' membendung' dan meningkatkan kesedaran umum tentang kehidupan dan peranan mereka . Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkran . ' Amar makruf nahi mungkar ' dan ini adalah matlamat insan di jadikan .

Sampai di sini dulu .. kepada yang belum menjadi ahli dan berminat menjadi ahli sila hubongi AJK BKP HoHAS d/a Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental . SU En Shohaimi , Bendahri Pn Asiah Tahir , Pen Bendahari Cik Mairani dan Pen SU En Ahmad Faizun .. atau kakitangan kaunter klinik Pakar Psikiatri HoSHAS .

Sekian .

Wednesday, January 4, 2012

Hari Keluarga ..2011

persiapan memanggng kambing oleh petugas ..
tengok ape tu ..
siapkan puzzle tu ..
nurin dan kak nik ..
satu kelurga sedang selesaikan puzzle .. menang ni ..
HOD .. mencuba nasib memancing .. dah training banyak kali .. dapat cara nye ..
tapi entah lah kat tempat lain boleh ( aci ) tak pakai taktik tu ..
keluarga Bib sedang santai ..
nurin ( anak bongsu koi @ admin) .... 'sedap makan kambing panggang ni nanti ...ha ha'
ada orang pangil acara ni 'baling sayang' antara pasangan .. seronok

di akhir program .. bergambar ramai .. gaya bebas .. tak sempat cover semua ..

31.12.2011 Sabtu .
Telah di adakan satu aktiviti bersama staff Psy HoSHAS bagi memupuk dan meningkatkan silaturrahim antara mereka dan keluarga . Bagi mereka yang hadir berpeluang mengenali dan beramah mesra dalam suasana yang mesra , santai dan natural . Di samping dapat melepaskan sedikit rasa 'tension' sewaktu bertugas sama ada di wad , klinik pakar , klink methadone dan psikiatri komuniti (unit unit dalam jabatan psikiatri ) .

Berbagai acara di adakan bagi semua peringkat umor di mana penyertaan begitu meriah dan membanggakan . Tidak kurang mereka yang duduk sambil berbual dan memberikan perhatian dan sokongan kepada acara yang di adakan . Syabas dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan aktiviti sukaneka yang di jalankan khasnya HOD sendiri , En Faizun , En Fendi yang sibuk sejak mula hingga akhir program .

Admin .. sebagai staff senior ( dah pencen pun ) telah di jemput hadir sama bagi mengimbau kembali zaman 'bertugas' di jabatan . Terima kasih kepada HOD dan urusetia yang sudi menjemput saya . Bagaimanapun saya tetap akan bersama psy dan mengikuti perkembangan nya apatah lagi setelah Badan Kebajikan Psikiatri secara rasmi di tubuhkan dengan kelulusan pndaftarannya dengan ROS baru baru ini. AGM pertama @ penubuhan nya telah selesai dan saya di lantik sebagai Setiausaha . Inmi menambahkan lagi penglibatan saya dengan jabatan psy HoSHAS .

PS: Di atas adalah beberapa gambar yang sempat di rakamkan sebagai kenangan dan di kongsi bersama .

- baju program memang cantik .. warna lembut dan menyenangkan ..
- panggang kambing cukup ke se ekor .....

Terima kasih .. jumpa lagi ..
Selamat Tahun Baru ..