Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Saturday, February 18, 2012

Kayangan Terbakar .. part 3



KAYANGAN TERBAKAR ( SYAIR , GURINDAM DAN SENANDUNG ) PART 3 .

SERI UDANI – KG GAJAH MATI , 28400 MENTAKAB , PAHANG .

12 JANUARI 2006

SYAIR KAYANGAN TERBAKAR .

Ayahanda …

Siang membakar malamnya diri..

Bulan dan bintang penunjuk bistari …

Di kamar hitam lagi tersembunyi

Suluh yang terang tercari cari ..


Inilah syair pejalan kaki

Di Gurun Silan lembah yang sunyi ..

Terlupa diri , anak dan isteri ..

Mencari redha Ilahi ya Robbi


Dengar lah ayahanda syair ku ini

Kayangan terbakar nama di peri ..

Seruannya alam anak pari pari ..

Memangku gading di dalam puri ..


Bismillah nama Allah Yang Esa ..

Pena terletak atas kalam Nya ..

Dakwat mengalir kali di syurga ..

Nun tersembunyi titik rahmat Nya ..


AlhamduliLlah syukor rasa di hati ..

Robbil Alamin memuji diri ..

Tenggelam nun dalam ufuk sanubari ..

Fatihah di baca berulang kali ..


Fatihah di baca , ikhlas lah diri ..

Munajat kepada Syeikh Naqsyabandi ..

Kepadanya Allah tawakkal berdiri ..

Baru bermula ceritera ku ini ..


Kepada Baginda Rasul yang mulia ..

Selawat dan salam pembuka kata ..

Izin di pohon restu di pinta ..

Membaca nazam tidak bermakna ..


Bulan purnama sinar gemerlapan ..

Nabi Muhamad Sohibul Quran ..

Nyata Baginda akmalul Insan ..

Pemberi syafaat tempat naungan ..


Terlafaz ucapan Aulia’ di syurga

Penjaga alam , maya dan buana ..

Pada berpada berlapis tiada ..

Terhimpun satu menjadi tanda ..


Inilah rasa zaman berzaman

Dari nya Allah Tuhan Yang Rohman

Menadah tangan mohon perkenan ..

Daulat Paduka Nabi Junjungan ..


Muqaddimah di baca selunak suara ..

Bunyian mendayu menyeru manusia ..

Peganglah iman mutiara yang ada ..

Rangkullah ia sekuat kuasa ..


Bangkitlah umat Islam semua ..

Kepada Allah menyerah pada ..

Kebenarannya nyata tiada bandingan nya

Nur memancar di kulit naga ..


Sisik berlapis di dalam gua ..

Siruman menjelma dalam bentuknya ..

Bercahaya putih bersilang di dada ..

Siku keluang membelah dunia ..


Noh nakhoda bahtera terbangnya ..

Ummat Muhamad di seru mula ..

Cepat mendapat lambat nestapa ..

Sebelum labuh layar sauhnya ..


Al Quran menyimpan rahsia abadi ..

Asma’ Al Husna nama yang ‘azmi ..

Di dalam kolam terbuka diri ..

Mengalun takbir puja dan puji ..


Allah Taala yang Maha Agung ..

Nama yang indah bersusun susun ..

Maksud terperi tiada teralun ..

Zikir yang ikhlas munajat di pohon ..


Kepada Mu ku persembahan pada ,

Wujud yang Esa lain tiada ..

Sifat yang nyata Zat Kebenaran Nya ..

Ruhi hayati Maha Pengampunnya Ia ..


Ya Allah ku pohon ampun semua

Hamba yang leka jangan di siksa …

Makhluk berharap kasih Mu jua ..

Mengingat Mu tetap walau di mana ..


Bumi berlapis tujuh semua ..

Berbagai makhluk di cipta padanya ..

Keagungan Allah zahir menjelma ..

Asma’ul Husna menjadi tanda ..


Tersebut kisah kayangan di kata ..

Negeri terletak di atas petala ..

Begitulah Allah yang Maha segala..

Mencipta segala harus bagi Nya ..


Dia mencipta dengan rahmat Nya ..

Ar Rohman pemula segala umpama

Apa yang terzahir bayangan semata ..

Di cermin wujud , wajah Nya nyata ..


Ya Rohman Engkaulah yang Maha Pengasih ..

Ayahanda menggendong anak nya masih ..

Manakan di sapu kapur yang putih ..

Gambir terletak di lipat sirih ..


Ya Allah Ar Rohim Yang Maha Penyayang ..

Dengan murah Nya berkasih sayang ..

Terbelah pinang dalam seludang ..

Di benak bumi beradik berabang .


Itulah umpama Rohim nya Tuhan ..

Kepada setiap makhluk ciptaan ..

Sebelumnya ada di beri kurniaan ..

Agar mengenal nikmat kesyukoran ..


Al Malik Allah Kuasa dan Raja ..

Pemilik segala alam dan maya

Tiada tertinggal sebesar hama ..

Tetaplah ada dalam gedung nya ..


Kayangan di perintah warisatul Ambia’

Karomah sudah tiada teraula’ ..

Menjunjung tinggi Tauhid yang Haq ..

Umpama dinar di genggaman atqia’ ..


Baginda pemerintah yang amat saksama ..

Sura dan Dewa tunduk padanya ..

Embun pelangi menurut kata ..

Hamba terbebat dalam istana ..


Al Quddus Robbi Yang Maha Suci

Rohani pengubat kekasih hati ..

Kebersihan batin utama di beri ..

Kotoran zahir mesti di jauhi ..


Bersambung … part 4 ..

Thursday, February 16, 2012

KAYANGAN TERBAKAR .. sebuah karya psikik ? Part 2

KAYANGAN TERBAKAR ( SYAIR , GURINDAM DAN SENANDUNG ) PART 2 .

SERI UDANI – KG GAJAH MATI , 28400 MENTAKAB , PAHANG .

12 JANUARI 2006 (M DANIAL M RAMLY)

EPIGRAF ??? MULA BICARA .

Duhai

Indra tujuh saudara ..

Lima berkongsi rasa ..

Dua di dalam rahsia

Kerana delima berpanca warna

Berlapis pelangi menjadi cahaya ..

Kerana tuah jatuh ke riba ..

Taatlah kami menjadi tanda ..


Telahan maksud ..boleh kongsi .. boleh berbeza .. mungkin lain maksudnya ..

Satu ‘kekaguman’ terhadap diri ..merasakan mempunyai ‘tujuh indra’ .. iaitu ‘deria’ yang di jadikan oleh Maha Esa .. namun yang nyata ‘lima berkongsi rasa’ iaitu hanya lima yang di rasai kehadiran dan di nikmati fungsi ( rasa / derianya ) terhadap diri manusia .. bau , sentuh , dengar , lihat dan rasa @ ‘hidung , kulit , telinga , mata dan lidah merasa ‘ .. Semua lima indra ini memberi ‘kehidupan’ pada manusia ..

Sedang yang ini ( kelima lima indra ) nyata dan dapat di nikmati zahir namun ‘dua lagi menjadi rahsia’ .. apa dia ?? ‘roh dan mimpi’ atau ‘khayal dan igauan’ apa saja .. antara sedar dan tidak . Dan hakikat inilah ‘kehidupan’ bak ‘delima yang menghiasi’ jasad manusia itu dan ‘pelangi’ yang berwarna warni adalah lambang ‘kehidupan’ menghiasi alam .. memberi nafas ‘menghidupkan alam’ dan itulah’ kurnia’ yang Maha Esa .. kehidupan yang indah dan penuh warna warni di tanggap dan di rasai dengan indra yang lima / tujuh ( dua yang tersembunyi ) .

* mungkin dari indra yang tersembunyi ' rahsia' lahir karya ini .. @ pengalaman indra ke enam / ke tujuh ...

Kurniaan @ kehidupan ini adalah’ tuah yang jatuh ke riba’ , ‘anugerah dari yang Maha Kuasa’ maka hanya dengan ‘ketaatan’ kepadaNya lah tanda kesyukuran dan terima kasih seorang hamba ..

Ringkasan : manusia yang insaf akan kejadian dirinya di jadikan oleh Maha Kuasa dengan sempurna dan tiada lain harus taat kepada Maha Kuasa sebagai tanda keinsafan dan syukor atas anugerah iaitu kehidupan .. yang indah dan beranika warna ..berseri .

** lagi di entry akan datang .. part 3

17.2.2012 ..

KAYANGAN TERBAKAR .. sebuah karya psikik ?

insan yang ...
ayat yang tidak di makan anai anai manakala kertas yang sekeliling dan
tafsir ayat dalam tulisan rumi habis di makan anai anai .

16.2.2012 @ Khamis

KAYANGAN TERBAKAR ..

Pengantar dari InsanPrihatin :

Naskhah ini aku dapati dari seorang pesakit ‘ Bipolar Disorder ‘ M Danial sekitar tahun 2011 semasa aku membuat lawatan kerja ke rumahnya . Aku tidak pasti apakah ianya naskhah asal karya beliau sendiri atau plagiat . Namun menurut beliau ini adalah karya beliau sendiri . Baru inilah pertama kali aku ‘menjumpai’ karya ini @ tajuk Kayangan Terbakar ini , jadi aku tidak dapat memastikan . Sekiranya ada sesiapa yang mengetahui karya ini yang mungkin beliau ambil dari sumber tertentu maka tolong maklumkan kepada ku .

Meneliti hasil karya ini mengimbau kenangan aku ke zaman persekolahan .. memang aku dari aliran sastera dan biasa dengan karya begini namun masa telah berlalu , aku sudah tidak lagi menjelajah dunia sastera . Minatku telah berubah meneliti dan memahami dunia perjuangan mendaulatkan Islam di dalam diri dan jagat ini . Meneliti karya , Syekh As Syahid Hasan Al Banna , Sy Qutb , Dr Yusuf Al Qhardawi , Ust Fathy Yakan , Ust Mustafa Masyhur dan lain lain . Sekali aku di runtun juga menghabisi novel ‘Musafir Cinta‘ karya novelis Indonesia Taufiqurrahman Al Azizy dan filem Aayat ayat Cinta . Kalau dulu aku juga meminati Prof dr HAMKA dengan novel Tenggelamnya Kapal Van De Veight , Falsafah Hidup Muslim dan lain lain . Aku lakukan untuk mendekatkan diri dengan gulongan muda khasnya ‘dunia’ anak anak ku yang meniti usia remaja mereka .

Berbalik kepada Kayangan Terbakar , memang mempunyai nilai yang tinggi dan sukar untuk memahaminya . Aku menyalin karya ini untuk di kongsi di dunia maya dan sebagai kenangan hormat ku kepada beliau . Karya ini di beri tajuk Kayangan Terbakar .. masih aku tidak sempat menelaaah dan memahami keseluruhan isi nya . Ianya tersusun indah dan umpama satu karya @ manuskrip yang sedia untuk di cetak . Menurut beliau tiada yang berminat menaja percetakan karya ini . Aku tak pasti beliau mempunyai karya lain dengan nama lain yang telah menempatkan dirinya dalam dunia ‘ sastera’ tanah air . Jadi untuk menaja dan mencetak karya beliau hanyalah satu ‘minat’ dan menghargai persahabatan dan perkenalan bukan mengharapkan pulangan apa pun .

Aku berusaha menyalin semula karya ini agar aku bisa mengenal dan memahami lebih mendalam lukisan rasa dan alir pemikiran beliau . Ini adalah penghargaan ku terhadap ‘seni’ yang mengalir dalam dirinya lebih lagi pengembaraan psikik yang mungkin satu kelainan yang dapat dicungkil . Dengan menyalin semula karya ini aku dapat meneliti satu persatu ayat yang beliau nukilkan . Moga aku dapat mendekati beliau dan memahami pemikiran yang tersirat dengan pelbagai ‘ilusi ‘ , halusinasi dan ‘tought insertion’ dan ciri ciri grandiose yang melingkari beliau semasa sakit @ manic phase dan mungkin di kala ‘depression ‘ melanda beliau sehingga menjadi beliau ‘aggressive’ dan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik atau terpaksa di masukkan ke wad .

Sekarang aku telah bersara secara resmi dan masa yang terluang aku harap dapat menyelesaikan menyalin karya beliau ini . Aku berdoa agar beliau dapat menjalani kehidupan ini dengan selesa dan terus ‘ mendampingkan’ diri dengan Maha Kuasa dan beroleh bahagia . Aku juga menulis semula karya ini untuk tatapan rakan rakan dan kakitangan Jabatan Psikiatri HoSHAS dan boleh di ikuti melalui blog www. Satu Jiwa BKP HoSHAS iaitu blog Badan Kebajikan Psikiatri HoSHAS Temerloh yang aku menjadi Setiausaha nya .

Selamat membaca . Simi latif 16.2.2012

TAJUK KARYA : KAYANGAN TERBAKAR ( SYAIR , GURINDAM DAN SENANDUNG )

SERI UDANI – KG GAJAH MATI , 28400 MENTAKAB , PAHANG .

12 JANUARI 2006

KANDUNGAN :

- ANGGERIK @ PENGANTAR / PERSADA KATA / PENDAHULUAN .

BAHAGIAN PERTAMA

- EPIGRAF

1. SYAIR KAYANGAN TERBAKAR

BAB 1 – 8

2. SYAIR CINTA LAILA

BAHAGIAN KEDUA

- EPIGRAF

a. GURINDAM ANAKANDA

b. SENANDUNG ANAK GEMBALA

c. SENANDUNG SUKMA

d. SENANDUNG ANAK PARI PARI

SEKADAR RENUNGAN .

ANGGERIK

Bila aku memuji Diri Mu

Dari tangkai hingga ke kelopak ..

terus ku layu .

Bila Engkau memuja diriku

Terus ku reput menjadi abu .

Namun .. apabila

Engkau memuja dan memuji Diri Mu

Tinta yang beku cair mendayu

Tiada terlukis Nama Mu Yang Satu

Melainkan warna ku menjadi milik Mu ..

Oh anggerik …!

Engkau tiada bau …

Jermian mu hilang dalam cahaya kundang ..

Dan sinaran lampu ungu yang meleburkan

Memecah pasu mu hingga bertaburan arang .. !

** lagi di entry akan datang ..

simi ..