Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Thursday, April 26, 2012

PAKEJ PENGURUSAN STRESS ...


Pakej  Pengurusan  Stress  dan 

Saringan Minda  Sihat .

Kenyataan …

Kami mengenal pasti dan umum mengakui bahawa tekanan atau ’stress’ merupakan fenomena yang lumrah di alaf baru .

 · Stress di tempat kerja .

· Stress  dalam pergaulan .

· Stress di rumah tangga .

· Stress di kalangan remaja  dan anak sekolah .

· Stress di jalan raya .

· Malah di mana mana tanpa mengira peringkat umor. Stress atau tekanan merupakan gejala yang begitu lumrah .

Semua ini menyebabkan berlakunya insiden yang sukar dipercayai  tetapi telah berlaku .

- Pembunuhan kanak-kanak yang tidak berdosa , membunuh diri beramai ramai ( sekeluarga) .

- Cubaan membunuh diri dan kejadian membunuh diri di kalangan remaja / anak sekolah ,    

   membunuh ahli  keluarga sendiri dsb .

SEMUA INI … 

“ BERPUNCA DARI TEKANAN @ STRESS YANG TIDAK DI URUS “

SEHUBUNGAN ITU : 

Kami  menawarkan kepada mana mana  Jabatan Kerajaan , Sektor Awam dan  Swasta , 

NGO ,  Sekolah Sekolah dan semua anggota masyarakat .

Satu Pakej Pengurusan Stress  dan  Saringan Minda Sihat yang istimewa.

     ( masa 2-3 jam / sesi )

· Di  sampaikan oleh Pakar dan di uruskan oleh kakitangan terlatih .

· Di tempat pilihan anda .

· Pakej lengkap :-

- Ceramah Kesihatan Mental

   ( overview)

- mengenali Stress ,

- bimbingan /bengkel teknik relaksasi ,

- Ujian @ Saringan minda Sihat

- kaunseling terus oleh pakar ( jika perlu ) / sesi QA

* KOS yang berpatutan :

  RM20.00  seorang termasuk   nota bimbingan dan salinan CD teknik 

  relaksasi (penganjur) .    

 UNTUK KETERANGAN  LANJUT  SILA HUBUNGI :-

 BADAN KEBAJIKAN PSIKIATRI HoSHAS .
 D/ A KLINIK  PSIKIATRI DAN  KESIHATAN MENTAL ,  
 HOSPITAL SULTAN HAJI  AHMAD SHAH , 
 TEMERLOH .  PAHANG .

TEL.      09-2955333   EXT
             KLINIK PSIKIATRI / WAD  K9
             Dan  AJK  .

pamplet BKP untuk kempen ahli ..

Kepada, 

Semua  rakan dan sahabat handai , keluarga dan waris pesakit malah semua , adalah di pelawa untuk menyertai BKP .
Sila  dapatkan borang permohonan ahli dari staff di klinik psikiatri HoSHAS ( waktu pejabat ) dan Wad Kenanga 9 HoSHAS dan kembalikan dengan yuran keahlian . 

Terima kasih .

BADAN  KEBAJIKAN PSIKIATRI  HoSHAS
TEMERLOH … (3668-11-Phg.)

 Tujuan / matlamat  :
      1. Memberikan sokongan dan dorongan kepada ahli keluarga dan penjaga pesakit mental dalam aspek 
          penjagaan dan aktiviti yang berkaitan.
      2. Berusaha untuk mengubah pemikiran / pandangan masyarakat terhadap pesakit mental;..
      3. Meningkatkan nilai penjagaan / pemeliharaan kepentingan pesakit mental di Malaysia;
      4. Mencegah kes-kes berkaitan penyakit mental;
      5. Menggalakkan dan mempertingkatkan lagi penyelidikan ke atas kesihatan mental ..
     6.  Menambahkan tabung kewangan dengan cara yang tidak bercanggah dengan undang-undang untuk   
          melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan badan  ini dan untuk sebarang pembayaran   
          yang dibuat dengan tujuan baik @ membayar gaji atau insentif kepada mana mana  ahli atau pekerja   
         yang memberikan sumbangan setelah di benarkan oleh  AJK.  Rujuk : Mesy AJK1 @ manfaat sebagai  
          ahli badan dsb . 

KEAHLIAN :

(a) Ahli Biasa
     Keahlian adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang bermastautin di Pahang tanpa 
     mengira jantina dan telah mencapai umur 18 ke atas.....

(b) Ahli Seumur Hidup

    1. Ahli-ahli biasa yang membayar RM150.00 sekaligus layak menjadi Ahli Seumur Hidup. ... Ahli-Ahli  
        Seumur Hidup mempunyai hak-hak yang sama dengan Ahli-Ahli Biasa.
    2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan 
        dihantar kepada Setiausaha .....
    3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah    
        setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditetapkan .... diterima menjadi ahli Kelab dan  
        berhaklah ia sebagai ahli .

Kewajiban ahli  ahli :

   1. Membayar yuran tahunan ahli .
   2. Menghadiri mesyuarat agung tahunan.
   3. Menghadiri aktiviti yang di anjurkan .
   4. Memaklumkan kepada AJK mengenai perkembangan dan keperluan ahli untuk perhatian
       dan tindakan sekiranya ada .

   YURAN 

   Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

   1. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 5.00 serta
   2. Yuran Tahunan bagi ahli biasa adalah sebanyak RM 30.00.  Yuran tahunan hendaklah dijelaskan
       kepada Bendahari terlebih dahulu  sebelum 31hb Disember setiap tahun.
       “ Ahli yang membiarkan hutangnya lebih dari  satu tahun akan menerima surat peringatan dan hilanglah
       hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar.”

 MANFAAT AHLI
 ( minit mesyuarat ke 1 @ 16 Januari 2012 )

  a. Sumbangan  insentif dan ehsan :
  -  Anak cemerlang PMR / SPM dll
  -  Sumbangan  melahirkan  ( anak pertama) @budibicara.
  -  Kemasukan ke wad .
  -  Perkahwinan  (pertama)
  b. Penglibatan dalam akitviti ’badan’  iaitu kursus dan latihan ’Family support Group’    
       penerangan dan promosi .
  c. Bantuan ehsan kepada pesakit yang  keluarga / pesakit menjadi ahli BKP  secara ’one offf ’ dengan
      permohonan  atau cadangan melalui pegawai  perubatan atau kakitangan  psikiatri.
  d. Pinjaman / bantuan kewangan kepada  ahli (kakitangan  HoSHAS sahaja) dengan syarat membayar
      semula di bulan berikutnya.
  e. Mengikuti kursus dan aktiviti BKP  dan jabatan seperti lawatan dsb .
  f. Kakitangan awam / HoSHAS  layak  menuntut manfaat mata CPD ( 2 pt)  bagi prestasi tahunan .

     ‘Apa lagi .. sertai kami !! dan sama sama beramal ..

Terima Kasih ..’

Pertanyaan / borang ahli :


Setiausaha :012-9504278 : Pen SU : 019-9682601
Bendahari : 016-9334639  dan Staff di :-
Klinik Psikiatri HoSHAS
Wad Kenanga 9 HoSHAS
www.Satu Jiwa BKP blogspot.com
  
Barisan AJK  2011-2013 ..

Penasihat : Dr Hj Lazli bin Bakar

1.Pengerusi :
   Dr Firdaus binti Abd Gani
2.Naib Pengerusi :
   Dr Nor Azlina binti Abd Aziz
3.Setiausaha :
   En Shohaimi bin Abdul Latiff
4.Pen Setiausaha  :
   En Ahmad Faizun bin Yunus
5.Bendahari :
   Pn Asiah binti Tahir
6.Pen. Bendahari  :
   Cik Mariani binti Ramli

7.Ahli Jawatankuasa :
   Dr M Hafiz bin Norzan
   Dr Ahmad Hasnan bin Abdullah
   Dr Chan Tze Lin 
   Pn Aminah binti Amat
   En Wan Zulkifle  bin Wan Ibrahim
   Pn Rosnani binti Malik Muin 

8.Pemeriksa Kira kira
   Pn Maimun binti Abd. Wahab
   Dr Meera a/p Muniandy