Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Thursday, April 26, 2012

PAKEJ PENGURUSAN STRESS ...


Pakej  Pengurusan  Stress  dan 

Saringan Minda  Sihat .

Kenyataan …

Kami mengenal pasti dan umum mengakui bahawa tekanan atau ’stress’ merupakan fenomena yang lumrah di alaf baru .

 · Stress di tempat kerja .

· Stress  dalam pergaulan .

· Stress di rumah tangga .

· Stress di kalangan remaja  dan anak sekolah .

· Stress di jalan raya .

· Malah di mana mana tanpa mengira peringkat umor. Stress atau tekanan merupakan gejala yang begitu lumrah .

Semua ini menyebabkan berlakunya insiden yang sukar dipercayai  tetapi telah berlaku .

- Pembunuhan kanak-kanak yang tidak berdosa , membunuh diri beramai ramai ( sekeluarga) .

- Cubaan membunuh diri dan kejadian membunuh diri di kalangan remaja / anak sekolah ,    

   membunuh ahli  keluarga sendiri dsb .

SEMUA INI … 

“ BERPUNCA DARI TEKANAN @ STRESS YANG TIDAK DI URUS “

SEHUBUNGAN ITU : 

Kami  menawarkan kepada mana mana  Jabatan Kerajaan , Sektor Awam dan  Swasta , 

NGO ,  Sekolah Sekolah dan semua anggota masyarakat .

Satu Pakej Pengurusan Stress  dan  Saringan Minda Sihat yang istimewa.

     ( masa 2-3 jam / sesi )

· Di  sampaikan oleh Pakar dan di uruskan oleh kakitangan terlatih .

· Di tempat pilihan anda .

· Pakej lengkap :-

- Ceramah Kesihatan Mental

   ( overview)

- mengenali Stress ,

- bimbingan /bengkel teknik relaksasi ,

- Ujian @ Saringan minda Sihat

- kaunseling terus oleh pakar ( jika perlu ) / sesi QA

* KOS yang berpatutan :

  RM20.00  seorang termasuk   nota bimbingan dan salinan CD teknik 

  relaksasi (penganjur) .    

 UNTUK KETERANGAN  LANJUT  SILA HUBUNGI :-

 BADAN KEBAJIKAN PSIKIATRI HoSHAS .
 D/ A KLINIK  PSIKIATRI DAN  KESIHATAN MENTAL ,  
 HOSPITAL SULTAN HAJI  AHMAD SHAH , 
 TEMERLOH .  PAHANG .

TEL.      09-2955333   EXT
             KLINIK PSIKIATRI / WAD  K9
             Dan  AJK  .

No comments:

Post a Comment