Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Tuesday, June 26, 2012

Kaunseling 'online' Kesihatan Mental ??

26.6.2012 ...


Masyarakat kita makin parah, usaha pemulihan tak serius
Posted on Friday, June 22 @ 14:39:54 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever


Oleh: rozmal



"
Cadangan kaunseling online telah lama saya utarakan. Apakan daya, saya ni bukan pemimpin negara atau pemimpin negeri, pun bukan yang ada PhD. Kini yang ada PhD pun mendesak betapa perlunya kaunseling online ini.

 Tubuh unit kaunseling sakit mental online
22 Jun 2012 Oleh Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Sabri 

JIKA disoroti sejak kebelakangan ini, masyarakat dikejutkan pelbagai kes bunuh diri dan cubaan membunuh diri. Lebih terkejut, apabila ada golongan profesional seperti doktor dan peguam yang mengambil keputusan membunuh diri, ramai yang tidak dapat memahami kenapa jalan terakhir itu yang dipilih.  

Belum lagi dikira dengan kes terminum racun dan terjatuh bangunan. Jika orang dewasa yang matang tidak dapat mengawal perasaan, apatah lagi remaja dan kanak-kanak. Semuanya dikaitkan dengan tekanan dan konflik hidup sebagai puncanya. 

Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.  

Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya. 

(PENULIS ialah penyelaras/pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia)


Semalam ..ada terbaca dalam Tranungkite .. posting di atas ' Kauseling Kesihatan Mental 'online' . Idea yang baik tetapi  kita masih kekurangan pakar , persoalan bagaimana nak di jalankan dan siapa yang akan menyelaraskan . Psychiatrist yang  ada tidak mempunyai  masa  untuk 'melayani keperluan ini di tambah dengan kepekaan yang rendah terhadap kesihatan mental itu sendiri ..  Namun  kita berdoa suatu hari nanti idea ini akan menjadi kenyataan dengan syarat :

1. Masyarakat semakin terbuka , berminat , sedar dan bersedia untuk  'beramal' ....
2. Semua pihak khasnya yang berkenaan  membetulkan sikap 'negatif'  dan 'meminggirkan' bidang ini. 
3. Menambah gulongan pakar di bidang ini (@ Kesihatan mental ( psychiatrist , kaunselor ,  paramed.dsb )
4. Mengujud dan menggalakkan peningkatan ilmu dan pengetahuan sukarelawan  juga masyarakat . 
5. Peruntukan .. dalam semua sudut , kewangan , manpower dan kemudahan . 

Semuanya memerlukan  penglibatan dan pengorbanan yang tidak sedikit .. bagi pegawai perubatan ( doktor kita ) mungkin beberapa persoalan ini bermain main di fikiran : Adakah bidang ini menarik , mencabar glamour dan sebagainya . Tidak kurang adakah bidang ini  lumayan ?? 

Fikir fikirkanlah .. 

Terima kasih ...    








No comments:

Post a Comment