Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Wednesday, June 27, 2012

Remaja dan masalah mental ..

28.6.12 @ Khamis .


Beberapa hari yang lalu saya menerima SMS dari seorang rakan ..' anak saya keluar rumah lagi ..dah lebih 24 jam belum balik , doakan semoga beliau selamat dan balik ke rumah ..'  


Bagaimana perasaaan anda sekiranya situasi ini anda lalui , sedih , marah , kecewa dan pelbagai perasaan yang menghantui . Begitu bapa ini , kawan yang lama di kenali .. namun sejauh mana kita mengenali seorang kawan , bagaimana keluarganya , perangai sebenarnya , bagaimana anak anak nya . Kita hanya mampu berdoa saat ini . Apakah yang berlaku sebenarnya , apa yang di lakukan oleh anak kawan kita saat ini .. sunguh menyesakkan .

Memang fenomena lari dari rumah biasa kita  dengar . Berbagai pula tanggapan dan hasil dari penemuan semula anak yang lari dan hilang . Mati di bunuh , menjadi mangsa 'perdagangan'  , dadah , seks dan lain lain yang mengerikan sebagai ibu bapa . Ramai yang tidak di temui dan 'hilang' tingallah keluarga yang mengharapkan 'keajaiban' dan takdir yang menentukan . Begitulah sebagai hamba , akhirnya kepada Tuhan yang Maha Esa kita pasrah . Berdoalah agar kita tidak di uji sedemikian .

bagaimana masa depan anak anak ini ..

dan yang ini .. 
Lantas , bagaimana harus kita berusaha membantu dan membendung masalah ini . Kita harus menyedari kanak kanak yang membesar  berhadapan dengan pelbagai masalah . Belajar , rakan sebaya di sekolah , rakan di luar sekolah , pengaruh hiburan , kewangan dan mereka yang tidak bertanggungjawab . nak anak kita sebenarnya terdedah dengan segala macam bahaya . Oleh itu jangan sekali kita lupa berdoa agar Allah swt melindungi mereka dari segala musibah . Pun begitu harus kita sedar Allah swt menguji dan menunaikan doa dan harapan kita setimpal dengan usaha dan 'penyerahan' kita kepada Nya dengan jalan ' kepatuhan' yang benar terhadap nya . Ini bererti kita mematuhi peraturan dan 'syarat syarat ' untuk mendapat rahmat dan pemeliharaan Allah . Apakah kita benar iman nya , tingkah laku dan segala rezeki kita dari sumber yang halal  untuk keluarga kita . Semua nya itu menjadi 'syarat' keberkatan dan pemeliharaan Aallah swt .

Bagi ibu dan bapa apakah kita ber'sopan' dalam melayani anak anak kerana mereka adalah gulongan yang sensitif , kawan mereka (peer group) adalah lebih utama bagi mereka , perasaan ingin mencuba begitu memuncak . Pergaulan di rumah bersama adik beradik dan anggota keluarga menjadi faktor  'ketenangan' yang di harapkan . Andai semua nya pincang mereka tidak akan betah dan selesa di rumah . Bagi mereka rumah adalah 'neraka' . Pernahkah kita bertanya dan menunggu  anak anak untuk bersarapan sambil berbual mesra dan memuji kebesaran Allah ketika menikmati makanan , berehat di rumah dan lebih penting solah berjemaah di rumah atau di masjid . 

Fakta ini menakutkan juga ...   "   6 Okt 2011 - Lebih 27 peratus atau sekitar 1,765 daripada 6,540 pelajar enam sekolah menengah dikesan mengalami tanda-tanda masalah kesihatan mental yang teruk. Kajian membabitkan 6,540 pelajar dengan 4.8 peratus daripadanya didapati mengalami tekanan teruk, 17.1 peratus keresahan teruk dan 5.2 peratus kemurungan teruk..." laporan seorang pengkaji .. dari blog ..Tranungkite...

Akhirnya mari kita bersama memahami  anak anak kita dan memberi yang terbaik ..dengan fokus yang jelas .. " anak-anak yang soleh dan solehah, itu prioriti . Utamakan Akhirat, InsyaAllah Dunia akan datang menggolek. Terlalu kejarkan dunia, inilah jadinya, akhirat entah ke mana , dunia entah ke mana. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..." 

Berilah masa emas kita untuk anak anak kita .. berusaha menjadi terbaik dan cemerlang dunia dan akhirat .. Muhasabah diri .. adakah aku berlaku baik dan sepatutnya untuk keluarga ku .. 

Sekian ..




No comments:

Post a Comment