Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Saturday, July 21, 2012

RAMADHAN AL MUBARAK .. 1433

22.7.2012
Hari kedua umat Islam di Malaysia berpuasa .. bagai biasa ada azam nak khatam Quran 30 juzu' .. ada bermacam  cara , dua helai ( muka surat ) sebelum dan selepas solah fardhu ... akhirnya tamat / khatam . Pun begitu banyak amalan yang baik di amalkan dan sebenarnya terlalu mudah , tapi tidak menjadi kebiasaan  kita . Antaranya .. perbanyakkan mengucap 'la ilaha illallah '  dan ' astaghfirullah '@ ratib dan mohon  keampunan ,  kemudian banyak meminta di masukan ke syurga dan di jauhkan dari neraka .. Namun yang penting .. banyakkan semua amal kebaikan ..lipat gandakan .. Baca Al Quran , solah sunat .. sedekah jariah , infaq @ derma dan memberi makan orang yang berpuasa .. 

Rumah Sejahtera .. rumah jagaan untuk OKU  mental dalam pembinaan . Asrama dan perabut seperti  katil dan tilam , bantal serta loker antara keperluan yang terkini ke arah mengoperasikan rumah jagaan dan pemulihan ini . Sekiranya siap , menjelang akhir tahun bolehlah di tempatkan  beberapa orang client  sebagai permulaan . Moga Ramadhan membuka hati anda yang budiman dan dermawan untuk menyokong usaha murni ini .. anda boleh membuat sumbangan melalui akaun BIMB Badan Kebajikan Psikiatri HoSHAS  .. 06028010056960  tetapi jangan lupa menghantar resit atau bank in slip kepada urusetia / Setiausaha En Shohaimi Abdul Latif   hp 012-9504278  sebagai bukti sumbangan anda ke Rumah Sejahtera dan boleh  di tuntut oleh pihak pengurusan Rumah Sejahtera daripada akaun tersebut .     

Beberapa gambar di kepilkan untuk rujukan tuan tuan sekelian .

asrama di fasa akhir .. mengecat dan furnish ..
bangunan serbaguna . ruang solah , kantin dan info centre / pejabat . 

tapak padang serbaguna .. sukan dan rekreasi
bangunan asrama dari sudut lain ..

Tempat yang di cadangkan ialah di ladang kelapa sawit  behampiran kampong  yang
jalanya (jalan kampong ) menjadi laluan penduduk kampung dan kanak kanak sekolah 
lebih kurang 800 meter dari  jalan besar  KM 11  Temerloh  Triang ..   

Segala sumbangan semoga menjadi amal soleh dan  di ganjari dengan pahala sebaggaimana di janjikan .

Sekian ..