Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Sunday, August 26, 2012

SELAMAT HARI RAYA .. 1433H / 2012 M

26.8.2012
Dah seminggu umat Islam menyambut hari raya .. pun begitu tidak terlambat saling mengucapkan selamat hari raya @  ' taqabalallahu minna wa minkum .. ' . Ucapan salam .. di anjurkan agar setiap masa  di ucapkan sesama Islam .. doa agr kita semua dalam keadaan selamat dan sejahtera .. dalam keadaan beriman dan di pelihara oleh Allah swt .

BKP  mengharapkan semua ahli , rakan dan taulan sentiasa berada dalam keadaan baik dan di redhai Allah , . Terlalu banyak berita dan isu yang boleh di perkatakan . Namun di hari hari akhir 'cuti  raya ' BKP  nak ucapkan dan berharap agar  semua sentiasa berhati hati kerana 'trafik' mula sibuk . Hari minggu @ Ahad 26.8.2012  ramai yang akan kembali semula ke tempat kerja dan ke asrama sekolah  memulakan rutin kehidupan seperti biasa .

Semalam petang  menghadiri Jamuan Hari Raya @ Rumah Terbuka  Dr Lazli ( Penaung BKP )  ..  kami berharap 'projek' nursing home / Rumah Sejahtera yang di rancang akan di bawa ke mesyuarat BKP dan akan di cadangkan sebagai salah satu projek BKP @ aktiviti BKP  yang  akan mempelawa semua ahli BKP  terlibat dan cakna kerana ' rumah penjagaan OKU Mental ' ini adalah kesinambungan dari  keperluan rawatan pesakit di wad  ke dalam masyarakat . Ini adalah selaras dengan penubuhan BKP yang  berhasrat untuk  mengambil cakna berkaitan nasib dan kabajikan OKU Mental @  pesakit @ client kita yang mungkin saudara , kenalan , ahli keluarga atau  jiran kita ..          

Anda yang sedang bercuti kerana tidak dapat bercuti di hari raya .. di ucapkan selamat bercuti  dan bertemu keluarga tersayang di kampong  masing masing .. Saya ingin bertemu anda semua  tetapi terpaksa akur kita mempunyai masa yang terhad dan harap bersama BKP kita dapat di pertemukan dalam suasana ceria dan bersemangat selalu .

asrama @ Rumah Sejahtera .. di peringkat akhir ..

Salam untuk anda semua mudah mudahan kita dapat bertemu  di jamuan hari raya / hari keluarga yang akan di adakan tidak lama lagi .



balai tetamu @ pejabat umah Sejahtera .. sedia untuk  memulakan  khidmat .. 

jumpa lagi .. 








No comments:

Post a Comment