Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Sunday, September 30, 2012

MESYUARAT RUMAH SEJAHTERA ..

28.9.2012 @ Jumaat 
Berikut adalah gambar sebahagian dari persiapan menjayakan program Rumah Sejahtera @ jagaan dan pemulihan  pesakit mental ( OKU Mental )  yang di putuskan menjadi aktiviti BKP bagi tahun 2012 .. 

Mesyuarat pembentukan AJK Kerja telah berlangsung seperti di bawah .

 pemandangan dari  surau / balai tetamu  ...  hari hujan .dengan lebat sewaktu gambar di ambil ...

 pemandangan ke bahagian dalam kawasan 

 asrama yang sedang di siapkan .. fasa akhir ..

asrama / rumah sejahtera di lihat dari hadapan ..

28.9.2012  @ Jumaat @ 03.00pm

Hari yang bersejarah kerana telah selesai menubuhkan AJK Operasi Rumah Sejahtera yang berlangsung  di Bilik Seminar Kenanga 9 HoSHAS . Ahli ahli jemputan BKP dan  Pengerusi turut sama hadir menjayakan mesyuarat bagi menyokong dan mendapat maklumat lanjut berkaitan Rumah Sejahtera . Buat pengetahuan semua pada mesyuarat BKP ke 3 2012 @ 5 Sept. 2012 yang lalu majlis telah bersetuju  program / aktiviti penjagaan dan pemulihan pesakit mental ( OKU Mental ) yang di rancang oleh ahlinya di jadikan sebagai aktiviti BKP sebagaimana cabutan minit berikut :      

6.2  Aktiviti Rumah Jagaan dan Pemulihan di komuniti .

Kertas cadangan Rumah Sejahtera sebagai pusat untuk menjalankan perkhidmatan penjagaan dan pemulihan OKU Mental di komuniti telah di bentangkan .

Majlis bersetuju Rumah Sejahtera ini dijadikan sebagai aktiviti BKP khusus menjalankan khidmat penjagaan dan pemulihan OKU Mental @ pesakit mental di komuniti yang di kenal pasti boleh membantu mengurangkan risiko ’relapse’ dan kemasukan semula ke wad . Rumah atau aktiviti ini akan di uruskan oleh Ahli Jawatankuasa sendiri dengan syarat dan peraturan mereka di bawah nasihat dan pemantauan Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS . Mereka di benarkan mempunyai dana sendiri bagi menampung kos operasi dan kegiatannya melalui yuran peserta dan sumbangan orang awam , swasta dan sebagainya. Mereka juga akan mengikut peraturan Akta Kesihatan Mental 2010 dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat .
                                                Tindakan Setiausaha  /  Penganjur Rumah Sejahtera

Berikut adalah ringkasan kertas cadangan yang di bentangkan :

Ringkasan - KERTAS CADANGAN  RUMAH SEJAHTERA .
Adalah dengan ini  mencadangkan  kepada sidang yang bermesyuarat pada  hari ini supaya  bersama  menjayakan program  Pemulihan Dalam Komuniti khas bagi OKU Mental  yang di namakan Rumah Sejahtera di  Lot 1848  KM 11 Jln Triang  , Kg Tg Belengu  Lebak , 28000 Temerloh , Pahang Darul Makmur .

1.       PENDAHULUAN .

Rumah Sejahtera adalah di cadangkan sebagai sebuah  rumah penjagaan dan pemulihan OKU Mental sesuai dengan dasar perawatan terkini  pesakit psikiatri  yang menekankan peranan keluarga dan komuniti  bagi membantu pemulihan pesakit yang lebih berkesan . Ia juga  selaras dengan akta Kesihatan Mental 2010 yang memberi  ruang kepada  komuniti  menjalankan  dan mengujudkan pusat atau rumah penjagaan bagi golongan OKU mental.

Misi Rumah Sejahtera adalah untuk memberi sumbangan menjayakan misi bersama kearah mengujudkan masyarakat yang sihat sejahtera fizikal dan mental demi  menjadikan persekitaran komuniti dan Negara yang aman , maju dan di redhai .

2.       MENGAPA  @  KEWAJARAN  OKU  MENTAL .

a.       Di Pahang khasnya di  Temerloh tiada rumah seperti ini  di ujudkan manakala keperluan dan gulongan yang memerlukan meningkat.
b.      Keluarga pesakit mempunyai kemampuan secara  bersama  menampung pembiayaan kos dan bersedia untuk  menghantar pesakit tinggal dan menjalani rawatan serta penjagaan .
c.       Rumah Sejahtera boleh memanfaatkan institusi  perubatan dan kesihatan sedia ada di segi tunjuk ajar dan sokongan kakitangan ( kakitangan yang berkemahiran  yang menjadi ahli BKP atau yang berminat ).

RUMAH SEJAHTERA - TERLETAK  DI  KEM  DESA SEJAHTERA  IAITU   SEBUAH  PUSAT REKREASI  DAN LATIHAN  AWAM  .
Di urus tadbir  oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan  dari kalangan masyarakat 
profesional dan orang awam yang  prihatin .

3.       PERLAKSANAAN .
a.       Tempat : Lot 1848 Paya Teratai , KM 11 Jalan Triang , Lebak , 28000 Temerloh Pahang .
b.      Status tanah : Milik persendirian @ pemilikan Pajakan  Mukim  99 tahun
c.   Keluasan  : 0.85 hektar  sedia untok  mewakafkan seluas tapak Rumah Kebajikan .                                                       
                      ( kawasan persekitaran @ kawasan rekreasi  di benarkan untuk aktiviti pemulihan 
                        di samping aktiviti rekreasi , pertanian dan lain lain )
                               
Nota : Tanah buat masa ini di tanam dengan kelapa sawit sebagai  pendapatan  sampingan pemilik dan sesuai bagi pembinaan rumah penginapan ( chalet ) dan aktiviti rekreasi awam dan  pemulihan pesakit .

Pemilik : En Shohaimi bin Abdul Latiff  No KP. 550702065391 (Penganjur)
Status dan pengalaman pemilik : Pesara Kementerian Kesihatan @ Penolong Pegawai Perubatan  di Klinik Kesihatan dan Hospital  kerajaan  . Pengalaman bertugas di unit perawatan pesakit mental selama 10 tahun .

Ahli Jawatankuasa  Kerja Rumah Sejahtera yang di lantik adalah seperti berikut :-

Penasihat      : Dr Firdaus binti Abd Gani  ( Pengerusi BKP )

Pengerusi           : En Shohaimi bin Abdul Latiff
T. Pengerusi      : Pn Rosnani binti Malek Muin
Setiausaha         : Cik Mariani binti Ramli
Bendahari          : Pn Nor Azah binti A Aziz
Kebajikan         : En M Firdaus bin Abdullah
Rehabilitasi        : Cik Farah Waheda binti Zulkifli
Rekreasi            : Pn Azwahida binti Abu Bakar
Sajian                : Pn Asiah binti Tahir
Keselamatan      : En Ahmad bin Hashim
Kerohanian        : Ust A Hamid bin Isa
Pengangkutan    : En M Salehin bin Mahmud
Rencam             : En Shamsul Kamal bin Manaf
Keceriaan          : Nik Zuriah binti Nik Ibrahim

Tahniah dan marilah kita bekerja bersama sama berbakti kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Terima kasih .

Friday, September 21, 2012

MENGENALI PENYAKIT BIPOLAR ..

Memahami Penyakit Bipolar ( Bipolar mood Disorder )  dan mengurusnya …Sumbangan MAP  dan sokongan AstraZeneca disunting oleh   SU BKP untuk semua .


Pendahuluan .
Kita biasanya merasai pelbagai jenis mood . Perubahan mood adalah reaksi biasa terhadap perkara perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita . Tetapi dalam penyakit bipolar mood anda boleh meningkat secara tiba tiba ke satu tahap yang terlampau ‘tinggi’ ( mania) atau menjunam ke tahap yang sangat rendah ( kemurungan ) . Perubahan mood sebegini berulang . Anda akan mengalami mood yang tinggi , rendah dan normal untuk tempoh yang berlainan

Apakah symptom simptomnya ? ( tanda tanda dan gejala ).
Simptom –simptom yang mungkin berbeza antara individu antaranya termasuk : -

Mania ( ‘tinggi’ )
  • Mood terlampau tinggi contohnya terlampau gembira .
  • Cuma memerlukan masa tidur yang pendek .
  • Cepat marah .
  • Lebih aktif daripada biasa .
  • Bercakap dengan kuat dan cepat .
  • Fikiran yang berserabut .
  • Kesukaran memfokus (menumpukan perhatian)
  • Lemah pertimbangan .
Kemurungan :
  • Murung dan sedih .
  • Rendah diri ( rasa rendah diri )
  • Hilang minat terhadap perkara yang biasanya di gemari.
  • Tidak dapat tidur
  • Hilang selera makan .
  • Sentiasa letih
  • Tidak dapat menumpukan perhatian .
  • Lemah pertimbangan
  • Berfikir tentang bunuh diri atau kematian .
Apakah rawatan nya ??
Rawatan bagi penyakit bipolar secara amnya terdiri daripada beberapa komponen .

Ubat ubatan . 
Sesetengah jenis ubat di gunakan untuk melegakan episode mania atau kemurungan dengan segera , manakala ada yang membantu mengwal symptom pada hari biasa . Terdapat juga ubat ubatan yang di gunakan untuk jangka panjang demi mencegah episode yang berulang . Ubat ubatan yang biasanya di preskripsikan untuk penyakit bipolar .

Ubat penstabil mood .
  • Untuk melegakan segera daripada episode mania atau kemurungan akut.
  • Untuk mencegah episode yang berulang .
  • Contoh : Lithium , Sodium Volprate , Carbamazepine dan lamotrigine
 Ubat anti psikotik .
  • Untuk merawat symptom symptom mania .
  • Lazimnya di gunakan bersama ubat penstabil mood ( mood stabilizer )
  • Contoh : Haloperidol , Chlorpromazine , quetiapine , olanzapine , resperidone , ziprasidone .
Ubat anti-kemurungan ( anti depressant ).
  • Untuk merawat symptom symptom kemurungan .
  • Perlu di gunakan bersama ubat penstabil mood .
  • Contohnya : Fluoxetine , sertraline , venlafaxine , amitriptyline .
** Cara cara untuk menangani kesan sampingan ubat : 
  • Kesan sampingan ubat yang biasa termasuklah mulut kering , pening , loya , mengantuk , insomnia , cemas dan kenaikan berat badan . Tetapi anda boleh mempelajari cara cara untuk menangani kesan sampingan tersebut .
  • Hirup air dengan kerap untuk mencegah mulut kering .
  • Bangun perlahan lahan daripada keadaan duduk untuk mengelakkan kepeningan .
  • Tidur sebentar pada waktu siang jika anda berasa mengantuk selepas pengambilan ubat .    
  • Ambil ubat pada waktu pagi untuk mengatasi insomnia .
  • Jika anda merasa cemas atau gelisah cuba senaman seperti berjalan secara  pantas.
  • Kurangkan pengambilan pencuci mulut dan makanan segera untuk mengelakkan kenaikan berat badan 
Penting : Maklumkan kepada doctor anda tentang semua kesan sampingan yang di alami semasa rawatan . Jangan berhenti mengambil ubat tanpa nasihat doctor anda .

Terapi Elektrokonvulsif .
Rawatan ini di berikan untuk menghentikan episode mania atau murung dalam kes kes seperti berikut :
  • Jika ubat tidak berkesan untuk anda .
  • Jika ubat tidak sesuai untuk anda di sebabkan penyakit tertentu atau kehamilan .
  • Jika terdapat delusi ( pendayaan) atau helusinasi ( rayan)
Rawatan psikososial . 
  • Rawatan psikososial bertindak bersama sama dengan ubat ubatan untuk membantu meningkatkan kestabilan mood anda dan memperbaiki fungsi harian anda . Ia membantu mendidik dan memberi panduan kepada anda serta keluarga anda tentang penyakit ini . Di samping itu ia juga dapat memberi sokongan dan galakan demi mengahrungi cabaran .
Jenis rawatan psikososial .
Pendidikan pesakit      : Untuk membantu anda mengenalpasti keadaan anda serta rawatannya . 

Terapi interpersonal     : Untuk membantu anda memperbaiki hubungan dengan dan rhythm social orang di    
                                     sekitar anda dan membentuk rutin harian .
Terapi kognitif             : Untuk mendidik anda tentang cara cara mengubah bentuk tingkahlaku               
                                     fikiran dan tingkahlaku negatif .
Terapi keluarga            : Untuk mendidik tentang cara mengurangkan paras  Tekanan di dalam keluarga anda Terapi pemulihan         : Untuk  memberi anda latihan dalam bidang kemahiran carakerja tertentu supaya
                                     anda bersedia kembali kepada masyarakat.
Kumpulan sokongan   : Untuk memberi sokongan dan galakan kepada anda dan jaringan social     
                                    keluarga anda .

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan kesejahteraan diri ??
Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menangani penyakit anda dan mengekalkan kesejahteraan diri .

  • Makan ubat , penuhi janji dengan doctor anda dan hadiri sesi rawatan psikososial .
  • Kekalkan jadual tidur yang tetap . Tidur sekurang kurangnya 8 jam setiap malam .
  • Kekalkan pola aktiviti yang biasa , jangan terlalu memaksa diri anda .
  • Periksa mood anda secara tetap dengan carta mood .
  • Jangan ambil alcohol , caffeine  atau dadah kerana ia mungkin mengganggu tindakan ubat , tidur atau mood anda .
  • Berhenti atau kurangkan merokok .
  • Dapatkan sokongan keluarga dan rakan rakan anda .
  • viii Cuba kurangkan  tekanan kerja dan tekanan di sebabkan konflik interpersonal .
  • Belajar mengenalpasti tanda tanda awal satu episode .
  • Serta kuimpulan sokongan .
**5 Kenalpasti tanda tanda awal anda 

Tanda tanda awal satu episode mood berbeza antara setiap individu . Kenalpasti tanda anda awal ANDA supaya anda boleh mendapatkan bantuan dengan lebih cepat dan mencegah episod  akut 

Tanda tanda yang lazim :
          Mania 
  • Cemas , tegang dan cepat marah , cepat melenting .
  • Perubahan pola tidur , meracau , hilang  kawalan pemikiran.
  • Leka dengan satu perkara atau dua perkara , lemah daya tumpuan.
  • Masalah ingatan .
  • Kemurungan
  • Berasa sedih dan hilang semangat .
  • Takut dan kurang keyakinan
  • Perubahan waktu makan dan tidur .
  • Mengasingkan diri .
  • Peningkatan pengambilan alcohol , merokok dan penggunaan ubat yang tidak di preskripsikan .
  • Lemah daya tumpuan dan terpaksa mengingati perkara yang menyedihkan.
Menguruskan krisis.

Jika penyakit anda belum di kawal sepenuhnya kemungkinan anda mengalami kelakuan yang tidak dapat di kawal ( contohnya berbelanja berlebihan , memandu secara berbahaya ) dan kelakuan agresif ( contohnya menyerang orang lain dan mencederakan diri sendiri ) adalah lebih tinggi . Jadi sebelum suatu krisis berlaku :
  • Senaraikan tanda tanda awal anda untuk embantu orang lain mengenalpasti bila anda perlukan bantuan 
  • Sediakan satui pelan krisis bersama keluarga dan doctor anda mengenai apa yang perlu di lakukan apabila satu krisis berlaku dan bila sepatutnya anda perlu di hantar ke hospital .
  • Dapatkan bantuan perubatan sebaik sahaja anda berasa mood atau paras tenaga anda  berubah .
  • Simpan nombor talipon yang penting ( contohnya hospital , klinik , pekerja social di tempat yang mudah di perolehi semasa krisis .
  • Sediakan arahan untuk penjagaan harta benda anda jika anda perlu tinggal di hospital .
  • Sentiasa pastikan bahawa persekitaran anda selamat .Apabila suatu krisis berlaku laksanakan pelan yang telah anda sediakan bersama dengan keluarga dan doctor anda . Dapatkan bantuan professional secepat mungkin. Hubungi Klinik Psikiatri terdekat ( HosHAS  Temerloh misalnya ).
Sekian .. semoga mendapat sedikit manfaat ..