Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Friday, September 21, 2012

MENGENALI PENYAKIT BIPOLAR ..

Memahami Penyakit Bipolar ( Bipolar mood Disorder )  dan mengurusnya …Sumbangan MAP  dan sokongan AstraZeneca disunting oleh   SU BKP untuk semua .


Pendahuluan .
Kita biasanya merasai pelbagai jenis mood . Perubahan mood adalah reaksi biasa terhadap perkara perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita . Tetapi dalam penyakit bipolar mood anda boleh meningkat secara tiba tiba ke satu tahap yang terlampau ‘tinggi’ ( mania) atau menjunam ke tahap yang sangat rendah ( kemurungan ) . Perubahan mood sebegini berulang . Anda akan mengalami mood yang tinggi , rendah dan normal untuk tempoh yang berlainan

Apakah symptom simptomnya ? ( tanda tanda dan gejala ).
Simptom –simptom yang mungkin berbeza antara individu antaranya termasuk : -

Mania ( ‘tinggi’ )
  • Mood terlampau tinggi contohnya terlampau gembira .
  • Cuma memerlukan masa tidur yang pendek .
  • Cepat marah .
  • Lebih aktif daripada biasa .
  • Bercakap dengan kuat dan cepat .
  • Fikiran yang berserabut .
  • Kesukaran memfokus (menumpukan perhatian)
  • Lemah pertimbangan .
Kemurungan :
  • Murung dan sedih .
  • Rendah diri ( rasa rendah diri )
  • Hilang minat terhadap perkara yang biasanya di gemari.
  • Tidak dapat tidur
  • Hilang selera makan .
  • Sentiasa letih
  • Tidak dapat menumpukan perhatian .
  • Lemah pertimbangan
  • Berfikir tentang bunuh diri atau kematian .
Apakah rawatan nya ??
Rawatan bagi penyakit bipolar secara amnya terdiri daripada beberapa komponen .

Ubat ubatan . 
Sesetengah jenis ubat di gunakan untuk melegakan episode mania atau kemurungan dengan segera , manakala ada yang membantu mengwal symptom pada hari biasa . Terdapat juga ubat ubatan yang di gunakan untuk jangka panjang demi mencegah episode yang berulang . Ubat ubatan yang biasanya di preskripsikan untuk penyakit bipolar .

Ubat penstabil mood .
  • Untuk melegakan segera daripada episode mania atau kemurungan akut.
  • Untuk mencegah episode yang berulang .
  • Contoh : Lithium , Sodium Volprate , Carbamazepine dan lamotrigine
 Ubat anti psikotik .
  • Untuk merawat symptom symptom mania .
  • Lazimnya di gunakan bersama ubat penstabil mood ( mood stabilizer )
  • Contoh : Haloperidol , Chlorpromazine , quetiapine , olanzapine , resperidone , ziprasidone .
Ubat anti-kemurungan ( anti depressant ).
  • Untuk merawat symptom symptom kemurungan .
  • Perlu di gunakan bersama ubat penstabil mood .
  • Contohnya : Fluoxetine , sertraline , venlafaxine , amitriptyline .
** Cara cara untuk menangani kesan sampingan ubat : 
  • Kesan sampingan ubat yang biasa termasuklah mulut kering , pening , loya , mengantuk , insomnia , cemas dan kenaikan berat badan . Tetapi anda boleh mempelajari cara cara untuk menangani kesan sampingan tersebut .
  • Hirup air dengan kerap untuk mencegah mulut kering .
  • Bangun perlahan lahan daripada keadaan duduk untuk mengelakkan kepeningan .
  • Tidur sebentar pada waktu siang jika anda berasa mengantuk selepas pengambilan ubat .    
  • Ambil ubat pada waktu pagi untuk mengatasi insomnia .
  • Jika anda merasa cemas atau gelisah cuba senaman seperti berjalan secara  pantas.
  • Kurangkan pengambilan pencuci mulut dan makanan segera untuk mengelakkan kenaikan berat badan 
Penting : Maklumkan kepada doctor anda tentang semua kesan sampingan yang di alami semasa rawatan . Jangan berhenti mengambil ubat tanpa nasihat doctor anda .

Terapi Elektrokonvulsif .
Rawatan ini di berikan untuk menghentikan episode mania atau murung dalam kes kes seperti berikut :
  • Jika ubat tidak berkesan untuk anda .
  • Jika ubat tidak sesuai untuk anda di sebabkan penyakit tertentu atau kehamilan .
  • Jika terdapat delusi ( pendayaan) atau helusinasi ( rayan)
Rawatan psikososial . 
  • Rawatan psikososial bertindak bersama sama dengan ubat ubatan untuk membantu meningkatkan kestabilan mood anda dan memperbaiki fungsi harian anda . Ia membantu mendidik dan memberi panduan kepada anda serta keluarga anda tentang penyakit ini . Di samping itu ia juga dapat memberi sokongan dan galakan demi mengahrungi cabaran .
Jenis rawatan psikososial .
Pendidikan pesakit      : Untuk membantu anda mengenalpasti keadaan anda serta rawatannya . 

Terapi interpersonal     : Untuk membantu anda memperbaiki hubungan dengan dan rhythm social orang di    
                                     sekitar anda dan membentuk rutin harian .
Terapi kognitif             : Untuk mendidik anda tentang cara cara mengubah bentuk tingkahlaku               
                                     fikiran dan tingkahlaku negatif .
Terapi keluarga            : Untuk mendidik tentang cara mengurangkan paras  Tekanan di dalam keluarga anda Terapi pemulihan         : Untuk  memberi anda latihan dalam bidang kemahiran carakerja tertentu supaya
                                     anda bersedia kembali kepada masyarakat.
Kumpulan sokongan   : Untuk memberi sokongan dan galakan kepada anda dan jaringan social     
                                    keluarga anda .

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan kesejahteraan diri ??
Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menangani penyakit anda dan mengekalkan kesejahteraan diri .

  • Makan ubat , penuhi janji dengan doctor anda dan hadiri sesi rawatan psikososial .
  • Kekalkan jadual tidur yang tetap . Tidur sekurang kurangnya 8 jam setiap malam .
  • Kekalkan pola aktiviti yang biasa , jangan terlalu memaksa diri anda .
  • Periksa mood anda secara tetap dengan carta mood .
  • Jangan ambil alcohol , caffeine  atau dadah kerana ia mungkin mengganggu tindakan ubat , tidur atau mood anda .
  • Berhenti atau kurangkan merokok .
  • Dapatkan sokongan keluarga dan rakan rakan anda .
  • viii Cuba kurangkan  tekanan kerja dan tekanan di sebabkan konflik interpersonal .
  • Belajar mengenalpasti tanda tanda awal satu episode .
  • Serta kuimpulan sokongan .
**5 Kenalpasti tanda tanda awal anda 

Tanda tanda awal satu episode mood berbeza antara setiap individu . Kenalpasti tanda anda awal ANDA supaya anda boleh mendapatkan bantuan dengan lebih cepat dan mencegah episod  akut 

Tanda tanda yang lazim :
          Mania 
  • Cemas , tegang dan cepat marah , cepat melenting .
  • Perubahan pola tidur , meracau , hilang  kawalan pemikiran.
  • Leka dengan satu perkara atau dua perkara , lemah daya tumpuan.
  • Masalah ingatan .
  • Kemurungan
  • Berasa sedih dan hilang semangat .
  • Takut dan kurang keyakinan
  • Perubahan waktu makan dan tidur .
  • Mengasingkan diri .
  • Peningkatan pengambilan alcohol , merokok dan penggunaan ubat yang tidak di preskripsikan .
  • Lemah daya tumpuan dan terpaksa mengingati perkara yang menyedihkan.
Menguruskan krisis.

Jika penyakit anda belum di kawal sepenuhnya kemungkinan anda mengalami kelakuan yang tidak dapat di kawal ( contohnya berbelanja berlebihan , memandu secara berbahaya ) dan kelakuan agresif ( contohnya menyerang orang lain dan mencederakan diri sendiri ) adalah lebih tinggi . Jadi sebelum suatu krisis berlaku :
  • Senaraikan tanda tanda awal anda untuk embantu orang lain mengenalpasti bila anda perlukan bantuan 
  • Sediakan satui pelan krisis bersama keluarga dan doctor anda mengenai apa yang perlu di lakukan apabila satu krisis berlaku dan bila sepatutnya anda perlu di hantar ke hospital .
  • Dapatkan bantuan perubatan sebaik sahaja anda berasa mood atau paras tenaga anda  berubah .
  • Simpan nombor talipon yang penting ( contohnya hospital , klinik , pekerja social di tempat yang mudah di perolehi semasa krisis .
  • Sediakan arahan untuk penjagaan harta benda anda jika anda perlu tinggal di hospital .
  • Sentiasa pastikan bahawa persekitaran anda selamat .Apabila suatu krisis berlaku laksanakan pelan yang telah anda sediakan bersama dengan keluarga dan doctor anda . Dapatkan bantuan professional secepat mungkin. Hubungi Klinik Psikiatri terdekat ( HosHAS  Temerloh misalnya ).
Sekian .. semoga mendapat sedikit manfaat ..

No comments:

Post a Comment