Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Tuesday, October 23, 2012

Stigma ..

23.10.12
Semalam berjumpa dengan beberapa orang kenalan , rakan lama dan orang ramai di  bandar Temerloh , di kampong dan di mana sahaja saya berada . Mereka bertanya ..

1. Tak kerja ke hari ni ..
2. Buat apa masa ni .. ?
3. Siap dah projek ..? dll

Saya nak kongsi  jawapan dari tiga soalan ni jer ..  

Soalan pertama  '..oh saya dah lama pencen lebih setahun .. merdeka ...' dia tanya lagi , ' tak sambung 60 tahun '..saya jawab '  cukuplah 56 saja .. bagi peluang orang lain ..'
Komen .. tak banyak cuma ' ..ye lah ramai orang muda yang boleh ambil alih .. dah tua tak produktif  ..ngabiskan masa jer .. keje duduk tunggu masa nak balek ..' maksudnya ..' tak ada minat lagi ..' mudah tapi ada yang kata ' dari tak ade ape buat kat rumah lebih baik keje selagi di beri peluang ...' tu betul jugak lebih lagi zaman semuanya mahal .. harga barangan keperluan naik tak pernah turun ... fikirlah  sendiri ..

Bagi soalan kedua .. ' saya kata ..masa jadi 'drebar' bas sekolah ... pagi pagi hantar anak bongsu ke sekolah ke bandar ( Sekolah Al Mukmin Temerloh Darjah 4 ) ..kemudian ngeteh dengan kawan , sembang sembang sambil tunggu masa nak masuk kerja di kebun sendiri , mengemas di rumah dan sekitar .. baca buku sikit sikit dan FB . Mengemas kini  dan menyiapkan kerja kerja akhir Rumah Sejahtera .... kemudian jemput anak balek sekolah ..begitu lah ,  malam pergi masjid , dengar kuliah , dengar ceramah dsb . Sikit sikit aktiviti politik  semasa .. bersih dll. 
Komen .. okay la tu .. apa lagi pencen .. merdeka buat la apa yang baik .. asal hati senang .. apakah hati kita senang .. apabila ketidak tentuan masyarakat berlaku .. rompak samun , bunuh , tipu rasuah dan sebagainya .terus berlaku .. '  Siapa yang tak ambil tahu ini tenang kah dia .. boleh kah duduk senang .. ? Fikirlah .. 

Soalan keitiga tentang  projek ..
Ada yang tahu dan memang saya ingin ramai yang tahu saya sedang menyiapkan sebuah penempatan @ rumah untuk  penjagaan pesakit pesakit @ OKU Mental . Di samping itu di sekitarnya saya ingin mengujudkan pusat rekreasi  bagi penduduk sekitar dan bagi mereka yang ingin mengadakan program atau aktiviti hari keluarga , kenduri , tempat peginapan kursus luar rumah (outdoor) . 'summer camp'  . kem solah dan sebagainya di tempat berkenaan dengan kos yang minima . Tempat berehat hujung minggu sekeluarga dengan aktiviti 'agro-tourism' mengikut permintaan dan kemudahan sedia ada . 

Komen ... Mereka menambah berbagai cadangan .. 

Mengenai rumah penjagaan OKU Mental banyak yang terdiam .. entah apa yang berlegar di fikiran mereka .. Saya cuba meneka .. 
a. mungkin ramai yang masih janggal dengan istilah mental .. di kaitkan pula dengan OKU .
b. Apa dia OKU Mental .. ?
c. mungkin ramai yang ragu ragu macam mana nak jaga  OKU Mental @ orang gila ..?
d. Kos macam mana .. siapa yang akan bayar keperluan makan minum dan penjagaan mereka nanti ..
e. Bagaimana  nak operasi .. daftar dengan siapa ?
f. Berapa dah habis .. ? apa bila saya tunjukkan gambar fasa akhir persiapan rumah tersebut . 

Saya namakan Rumah Sejahtera dengan harapan perkhidmatan yang akan di berikan memberikan kesejahteraan dalam kehidupan kita semua .. dunia dan akhirat . Rumah beroperasi  sebagai salah satu aktiviti  Badan Kebajikan Psikiatri  berpaksikan khidmat kebajikan . Berdaftar dengan JKM dan mengikut keperluan semasa penjagaan OKU Mental mengikut misi dan visi KKM namun tidak lah percuma .

Kos pembinaan tentu banyak juga hingga habis duit pencen .. terpaksa loan pula dengan RHB Islamic melalui skim orang pencen .. Namun demi khidmat dan visi  berkhidmat dan berkebajikan hingga akhir hayat semuanya adalah kecil bagi saya asalkan loan dan sebagainya masih mematuhi  ketentuan Islam dan saya mampu bertahan . Ramai yang tidak faham . Duit banyak pun simpan di bank tak ada guna  / tidak memberi kebaikan . Mati  akan jadi rebutan ,  salah guna dan sebagainya .  

Simpan untuk akhirat , untuk kegunaan kita di akhirat ialah dengan berderma , infaq , wakaf dan sebagainya .  Itu lah hak kita sebenarnya .. saya berhujah sejak lama dulu . Jadi itu lah yang saya amalkan .. biarlah mati saya tidak mewariskan apa apa untuk anak anak . Cukup ilmu dan bimbingan kehidupan yang mengikut peraturan dan bahagia di sudut kerohanian dan amalan Islam mereka sudah memadai . Tidak guna harta bertimbun tetapi dalam maksiat kepada Allah .. Doa dan harapan saya .

Bagaiamnapun  OKU Mental @ 'orang gila'  .. di hati masyarakat . Salah anggap , 'Stigma' masih terlalu tebal . Masih ramai yang tidak ambil peduli .. masih ramai yang 'berubat' dangan jalan yang tidak  tepat dan  berada di atas khayalan  dan prasangka pengamal tradisi .. Saya rasa lambat laun perkara ini akan terjawab dan selesai .. apabila Rumah Sejahtera beroperasi  seperti mana di tempat lain yang mendahului program yang serupa di Johor dan Perak  dll .    

Kepada AJK Rumah Sejahtera mari kita bersama memikul  misi ini .. sekian dulu .. Terima kasih . 

hiasan  n kenangan 

hiasan n knangan 

hiasan ..

makluman dan perhatian .. sekitar Rumah Sejahtera ..

hiasan .. 

hiasan dan iktibar .. siapa yang berani .. menjaga ..

hiasan .. future chalet nearby  RS ..camner sokong ? 
Simi latif .. 
           

No comments:

Post a Comment