Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Thursday, January 24, 2013

MAULIDUR RASUL SAW 1434H ..


12Rabi'ulawwal 1434H @ 24.1.2013 Khamis .

Sambutan hari keputeraan Rasul lagi Nabi Muhamad saw .. kita bercuti hari ini kerana meraikan bersama acara sambutan . Maka acara sambutan diadakanlah di berbagai  tempat dan cara bagi melahirkan rasa cinta pada Rasul saw . Tetapi hairan juga ada yang menganjurkan  pertandingan karaoke sempena hari yang mulia ini . Khamis - Jumaat . Kejahilan melanda ..!!

Nak kongsikan di sini satu perkara yang penting iaitu :  Peranan dan apa perlunya kita memahami riwayat hidup Rasul saw dalam memahami Islam ..  Perkara  ini di bincangkan dalam buku Fiqh Sirah  karangan Dr Said Ramadan  Al Butti .. ulama dan pejuang Islam / da'ei era  kurun 20.

Ringkasan dari pengenalan buku .. Hakikat zahir dan  batin Islam semuanya teradun di dalam kehidupan Rasul saw itu sendiri :- 

1. Memahami peribadi baginda menerusi penghidupan dan suasana baginda hidup maka kita faham Muhamad saw bukan manusia pintar tetapi ia adalah pesuruh Allah yang  menerima Wahyu dan taufiq dariNya .
2. Supaya manusia dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dari segenap lapangan hidup yang harmoni . Semuanya dari kehidupan Rasul saw . ( lihat Al Ahzab 33:21) 
3. Menolong manusia memahami dan mengecapi isi kandungan Al Quran kerana banyak ayat ayat Al Quran yang di hurai dan di tafsir melalui / oleh kejadian dan peristiwa peristiwa sejarah hidup Nabi saw .
4. Agar manusia dapat mengumpul seberapa banyak perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam  kerana kehidupan baginda adalah satu gambaran yang jelas bagi prinsip prinsip dan hukum hukum Islam .
5. Membolehkan para pendidik dan pendakwah mencontohi dan mengajar mengikut sistem pendidikan dan pengajaran yang sihat dan betul kerana Nabi saw sendiri sentiasa mencari dan menyiasat jalan jalan dan sistem  sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda berdakwah . 

Tidak di nafikan sebab itu sumber ilmu kedua sahih selepas Al Quran atau warisan berharga Nabi saw ialah Al Hadis . Maka marilah kita sama sama mengkaji dan menjadikan kehidupan Rasul saw sebagai contoh tauladan atau rujukan kita . Mencintai Rasul saw dengan memahami riwayat baginda dan Hadis peninggalan baginda .. Anjakan baru  perlu ada kalau asyik dengan cerita bagitu sahaja tanpa pengajaran dan kesediaan mengambil iktibar darinya maka  kita sendiri yang rugi . Takut takut nanti Nabi saw tak mengaku ummat di akhirat kelak.

 
Sempena cuti Maulidur Rasul ..
Simi .. 

Sunday, January 6, 2013

ALTERNATIF ..


7.11.2013 @ Isnin 

Seperti biasa menghantar anak ke sekolah pagi ini kemudian singgah di gerai makan yang selalu di langgani sewaktu bertugas dahulu . Ianya terletak di sebelah Klinik Kesihatan Temerloh . Kali ini turut menemani anak  ke empat iaitu seorang OKU ( Down Syndromes ) yang di hantar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti  setiap hari kecuali hari cuti . Di gerai itulah beliau mengambil bekalan makanan yang sudah sedia maklum oleh pekedai tersebut . Hari ini saya makan bersama beliau kemudian di datangi pula oleh seorang teman yang biasa bersarapan di situ . 

Sedang kami mula berbual dan menikmati makanan seorang yang saya kenal dan di bawah jagaan saya semasa bertugas dulu datang dan saya pelawa untuk minum bersama . Beliau  adalah bekas pesakit saya yang datang untuk menyambung rawatan dan mendapatkan suntikan depo dari klinik Temerloh . Beliau agak 'becok' hari ini  , bila di tanya ' makan ubat tak ? '  ..' makan '.. jawabnya namun dari  gayanya hari ini .. pastinya tidak  menepati keperluannya ( tidak benar benar mematuhi  'regime'  dan 'schedule' rawatan sepatutnya )  Saya sangsi .. satu lagi ialah beliau  kelihatan hilang 'bimbingan'  dan sokongan namun kami terus berbual dan minum di situ yang akhirnya beliau  sempat 'mengepau' saya  untuk belanja hari itu selain dari minum . Saya tak kisah begitulah selalu . 

Kemudian sampai pula 'nurse' yang mengambil alih tugas menjaga beliau selepas saya bertukar  ke hospital dan berpencen di situ . Beliau turut berpesan pada pesakit berkenaan agar  mengambil ubat dan rawatan di klinik . Hati saya berkata  inilah kerja yang masih belum selesai  bersama OKU Mental . Merawat , memantau , menemani , melayan dan membimbing mereka setiap masa sehingga benar benar stabil dan mampu berfungsi serta  berdikari . 

Teman saya  memerhati dan mengiakan apabila  saya mengatakan ' banyak kerja yang boleh di lakukan sekiranya  terlalu banyak 'politiking ' ... .  Banyak alternatif  dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat di samping terus mengabdikan diri dan berusaha mendaulatkan Islam dalam diri dan masyarakat. Namun wadah yang  ada cukup untuk menabur bakti dan perlu banyak bersabar . 

Setelah bekas pesakit itu pergi saya mengatakan bahawa pesakit itu adalah bekas pelajar ITM ( UITM) jurusan sains . Latarbelakang akademik beliau baik , Itulah nasib seseorang . Kami terus bersembang dan akhirnya di datangi oleh seorang ustaz ( Bekas Pengetua Sekolah Agama di sini ) sambil bersalaman ..' tak tau bila lagi ya .. (PRU13)'  .. 'nya sampai gugur sendiri kot '  ..' sampai matang betul '.. antara jawapan kami . Sembang kami berhenti di situ kami minta izin pergi dan saya bergerak menghantar anak OKU tadi ke 'sekolah' nya  PDK Titian Harapan Temerloh dan teman saya ke tempat kerjanya .

sedang menghadiri MAT ( Mesyuarat Agung Tahunan ) PDK Titian Harapan 

semasa majlis perasmian .. di pentas  tetamu ..
salah seorang anak OKU menyertai acara sukaneka .. Hari OKU 2011 
bersama anak OKU  di PDK 

anak anak OKU di dalam kelas ..

Pusat Jagaan OKU Mental @ Rumah Sejahtera  , PDK Titian Harapan dan Kem Desa Sejahtera adalah alternatif yang tersedia untuk saya / kita menabur bakti dan berinteraksi dengan masyarakat .  

Simi ...Isnin pagi di PDK THT .