Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Thursday, January 24, 2013

MAULIDUR RASUL SAW 1434H ..


12Rabi'ulawwal 1434H @ 24.1.2013 Khamis .

Sambutan hari keputeraan Rasul lagi Nabi Muhamad saw .. kita bercuti hari ini kerana meraikan bersama acara sambutan . Maka acara sambutan diadakanlah di berbagai  tempat dan cara bagi melahirkan rasa cinta pada Rasul saw . Tetapi hairan juga ada yang menganjurkan  pertandingan karaoke sempena hari yang mulia ini . Khamis - Jumaat . Kejahilan melanda ..!!

Nak kongsikan di sini satu perkara yang penting iaitu :  Peranan dan apa perlunya kita memahami riwayat hidup Rasul saw dalam memahami Islam ..  Perkara  ini di bincangkan dalam buku Fiqh Sirah  karangan Dr Said Ramadan  Al Butti .. ulama dan pejuang Islam / da'ei era  kurun 20.

Ringkasan dari pengenalan buku .. Hakikat zahir dan  batin Islam semuanya teradun di dalam kehidupan Rasul saw itu sendiri :- 

1. Memahami peribadi baginda menerusi penghidupan dan suasana baginda hidup maka kita faham Muhamad saw bukan manusia pintar tetapi ia adalah pesuruh Allah yang  menerima Wahyu dan taufiq dariNya .
2. Supaya manusia dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dari segenap lapangan hidup yang harmoni . Semuanya dari kehidupan Rasul saw . ( lihat Al Ahzab 33:21) 
3. Menolong manusia memahami dan mengecapi isi kandungan Al Quran kerana banyak ayat ayat Al Quran yang di hurai dan di tafsir melalui / oleh kejadian dan peristiwa peristiwa sejarah hidup Nabi saw .
4. Agar manusia dapat mengumpul seberapa banyak perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam  kerana kehidupan baginda adalah satu gambaran yang jelas bagi prinsip prinsip dan hukum hukum Islam .
5. Membolehkan para pendidik dan pendakwah mencontohi dan mengajar mengikut sistem pendidikan dan pengajaran yang sihat dan betul kerana Nabi saw sendiri sentiasa mencari dan menyiasat jalan jalan dan sistem  sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda berdakwah . 

Tidak di nafikan sebab itu sumber ilmu kedua sahih selepas Al Quran atau warisan berharga Nabi saw ialah Al Hadis . Maka marilah kita sama sama mengkaji dan menjadikan kehidupan Rasul saw sebagai contoh tauladan atau rujukan kita . Mencintai Rasul saw dengan memahami riwayat baginda dan Hadis peninggalan baginda .. Anjakan baru  perlu ada kalau asyik dengan cerita bagitu sahaja tanpa pengajaran dan kesediaan mengambil iktibar darinya maka  kita sendiri yang rugi . Takut takut nanti Nabi saw tak mengaku ummat di akhirat kelak.

 
Sempena cuti Maulidur Rasul ..
Simi .. 

No comments:

Post a Comment