Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Friday, March 15, 2013

AGM ke 2 selesai ..

14.3.2013 @ Sabtu ..

Semalam 13.03.2013  telah selamat  berlansungnya  Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 2  BKP  bermakna sudah masuk tahun ke 3 BKP bergerak .. sebagai pertubuhan yang baru  dengan keahlian meningkat  seramai 54 orang ahli boleh di kira satu permulaan yang baik . Maklumlah BKP bergerak dengan sokongan dan pimpinan  para pegawai dan kakitangan HoSHAS yang sentiasa sibuk dengan tugas telah berjaya mengadakan mesyuarat agung secara rasmi . Namun masih  jauh dari 'memuaskan' dan semoga dengan barisan AJK baru dan lama mampu menggerakkan BKP dengan lebih kencang . 

 Pengerusi dan AJK sedang mendaftar  kehadiran 

Sebagai langkah awal ahli telah bersetuju untuk meminda sedikit undang undang @ perlembagaan  BKP dengan penambahan ' pendidikan 'yang  menjadikan nama BKP  sekarang ialah  Badan Kebajikan dan Pendidikan Psikiatri HoSHAS Temerloh @ BKPP HoSHAS  Temerloh . Ini di lakukan supaya bidang aktiviti BKP akan bertambah luas dan bermakna untuk ahli . Di samping kebajikan ahli juga boleh menambah  ilmu  dengan pembiayaan  badan atau badan akan menganjurkan berbagai aktiviti pendidikan kesihatan mental kepada orang awam  dan ahli khasnya .

   panggil lagi .. nagape tak sampai lagi .. dah nak mesyuarat ni .. 

  menyemak  nama dan yuran tahunan ..dah bayar ke ? 

Begitu juga keahlian  badan telah di perluaskan kepada semua warganegara Malaysia yang telah mencapai umor  18 tahun ke atas bukan lagi hanya warganegara yang bermastautin di Temerloh . Dengan perubahan ini ahli yang bertukar kerja ke tampat lain masih terus dan boleh menjadi ahli  dengan syarat yuran tahunan di jelaskan setiap bulan . 

Tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa sesi 2013-2015 dan teruskan dengan semangat kesatuan yang  padu .

DARE TO CARE . 
 antara ahli yang hadir Dr Nor  Azlina dll  
 Dr Firdaus @ Pengerusi  BKP sedang  memberi ucapan aluan
 En Shohaimi  mempengerusikan mesyuarat .
 Ucapan penangguhan Dr Firdaus .. setelah sekali lagi di pilih sebagai Pengerusi ..


SU       

No comments:

Post a Comment