Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Monday, June 24, 2013

JEREBU .. AMARAN DARI ALLAH


25.62013 ..

Dalam tahun 1990 an sudah berlaku jerebu yang tebal di Malaysia. Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Mantan Presiden PAS) dalam satu ceramahnya semasa jerebu itu menyebutkan kisah bumi berasap yang disebut dalam al-Quran. Beliau memberitahu bahawa ia adalah bala dari Allah kerana angkara maksiat dan penderhakaan manusia kepada Tuhannya.

Manusia lupa kepada Allah SWT dan menolak segala yang ditentukan oleh Allah SWT. Maka Allah SWT yang sayang kepada Malaysia kerana di kalangan rakyatnya masih ada insan beriman yang mahukan peraturan Allah SWT. Lalu Allah SWT datangkan jerebu sebagai satu ingatan supaya rakyat dan pemimpin Negara keseluruhannya kembali kepada peraturan Allah SWT.

Allah SWT tidak datangkan gempa bumi yang menyebabkan rakyat Malaysia mati bergelempangan. Ia datangkan bala yang tidak mematikan penduduknya serta merta, tetapi jerebu yang boleh mendatangkan penyakit, ia tidak mati segera dan serta merta, tetapi dengan penyakit itu boleh juga menyebabkan kematian.

Bala jerebu ini cukup untuk menyedarkan manusia bahawa ia adalah ujian gerangan kemurkaan Allah SWT kepada kita, maka bagi mereka yang mahu berfikir, mereka sewajarnya insaf dan menerima segala perintah Allah SWT.

Dalam sepanjang sejarah dunia, ingatan bala itu bukan sekadar ditujukan kepada umat Islam, tetapi banyak ditujukan kepada orang yang tidak beriman. Banjir di zaman Nabi Nuh, gempa ribut di era Nabi Hud dan Nabi Saleh, bumi terbalik di zaman Nabi Luth dan Firaun ditenggelamkan di Laut Merah serta Namrud diserang nyamuk di otaknya adalah balasan kepada orang yang engkar langsung terhadap Allah SWT.

Setiap kali bala Allah SWT ia memusnahkan orang engkar dan digantikan dengan mereka yang bersyukur. Moga-moga bala jerebu itu datang membawa seribu peringatan buat kita.

Justeru wajarlah penghuni dunia ini insaf dan tunduk kepada perintah Allah SWT.

Firman Allah SWT...Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)... Surah Ar Rum 41

LM

No comments:

Post a Comment