Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Monday, June 24, 2013

RUMAH SEJAHTERA ..

22.6.2013 Sabtu .

Ahli Lembaga Pengurus Rumah Sejahtera ( yang baru ) telah di bentuk  dengan tekad untuk meneruskan cadangan membangun khidmat penjagaan  OKU Mental di omuniti . Sokongan berterusan amat di perlkan dari Jabatan Psikiatri HoSHAS  khasnya Ketua Jabatan , Pakar Psikiatri dan staff yang di hormati .

Pembentukan baru adalah mengambil kira  kehadiran bermesyuarat dan kesediaan untuk 'berkongsi' masalah dan risiko kewangan dan masa . Terima kasih kepada Pn NorAzah binti Abd Aziz ,  Pn Mastura binti Johari , Pn Junainah  binti Josi dan En Shamsul Kamal bin Manaf  yang sudi hadir sekaligus membuktikan kesediaan anda semua .

Tawaran kepada rakan , staff jabatan Psikiatri , simpatisan dan dermawan untuk menyumbang khidmat  serta kewangan . Sebanyak RM120K di buka untuk  semua khasnya  bekas bekas staff rakan dan orang awam yang sudi ' melabur' secara mudharabah menjayakan projek ini bagi membantu menambah bangunan dan keperluan beroperasi Rumah Sejahtera ini . Walaupun begitu anda perlu faham  projek ini lebih kepada 'kebajikan' dan menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah  membantu umat se agama khasnya kerana TIADA ( Temerloh malah di pantai timur ) pusat atau rumah seumpama itu di ujudkan / di bangunkan oleh umat Islam untuk menjaga dan membantu memulihkan mereka yang tidak bernasib baik .

Sumbangan derma , zakat dan sebagainya amat di alu-alukan daripada masyarakat Islam . Tunggu dan sila hubongi kami  untuk keterangan lanjut .

Shohaimi bin Abdul Latiff - 0129504278 dan staff @ AJK BKP di Klinik Psikiatri HoSHAS .

2. Hari ini 224.6.2013  telah berjaya mendaftar dengan ROS @ e-roses untuk urusan pelaporan dan mengemaskini data BKP . Sedan menunggu kelulusan untuk proses seterusnya . Harap maklum .

Simi @ SU BKP 2013-2015 
24.6.13 
 

No comments:

Post a Comment