Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Monday, October 28, 2013

PELANCARAN PROGRAM RUMAH SEJAHTERA


29.10.13
Telah di persetujui pada mesyuarat  ke 4 Ahli Lembaga Pengurus Program Rumah Sejahtera untuk merasmikan  aktiviti nya pada 30.11.2013 . ALP merancang untuk menjemput Pakar Perunding Psikiatri HoSHAS Temerloh untuk memberi ucaptama / ceramah berkaitan 'Kesihatan Mental'  Dr Hj Lazli bin Bakar dan perasmian  program akan di sempurnakan oleh Dato' Dr Mohd Ramadzan bin Hashim . ALP juga berharap masyarakat sekitar dan siapa sahaja dapat turut serta meraikan majlis tersebut yang akan bermula seawal 08.00 pagi dengan beberapa aktiviti  menarik seperti  larian merentas desa , street soccer dan sukaneka dan pemeriksaan kesihatan juga jualan amal @ pakaian terpakai dan sebagainya . Par hadirin juga di galakkan mendaftar untuk mendapatkan nombor cabutan bertuah  di samping pendaftaran keahlian kelab Rekreasi Sejahtera bagi pemuda dan pemudi .

Rumah Sejahtera adalah satu program kebajikan ' job placement ' yang akan menerima pelatih pelatih OKU khasnya mental untuk di dedahkan dengan alam pekerjaan  dan aktiviti di luar bersama  masyarakat  agar mreka di terima dan boleh berfungsi semula sebagai anggota masyarakat yang normal . Di situ mereka boleh tinggal ( di galakkan  tinggal ) di asrama dan di tempatkan  untuk latihan berkerja di Pusat Rekreasi  'Kem Desa Sejahtera ' menurut kebolehan dan minat mereka dan peluang yang ada di KDS sendiri . Mereka di tempatkan ( attachment ) sebagai pelatih  dan perlu pula membayar  kos makan dan penginapan di rumah sejahtera  atau  asrama  yang  di sediakan oleh pihak KDS dengan kadar  mengikut kos semasa .

Bayaran ini perlu di jelaskan oleh pihak yang  merujuk termasuk keluarga atau penjaga dan perawat .  Mereka perlu membayar kepada KDS untuk latihan ini sebagai sumbangan dan menjamin kelangsungan program ini dan ianya yang termasuk jga kos penjagaan .


Bagaimanapun  mereka yang 'berlatih' @ menjalani progam 'job placement' akan di beri upah / elaun yang berpatutan oleh KDS dan dari upah  / elaun ini mereka boleh membayar kos tinggal di asrama dan makanan  yang di perlukan . Masyarakat awam juga boleh menyumbang derma , zakat dan sebagaiya kepada  Rumah Sejahtera 'program ' ini  dan semua sumbangan akan di masukkan ke dalam akaun Rumah Sejahtera ( Ahil Jawatankuasa Rumah Sejahtera ) yang merupakan akaun dana kebajikan . Ringkasnya program Rumah Sejahtera adalah program untuk menjaga kebajikan dan memberi peluang kepada OKU khasnya OKU Mental  berfungsi  sebagaimana  mereka yang  normal .

Syarat penerimaan OKU  menjalani latihan bekerja ialah  sihat tubuh badan dan boleh menerima arahan , mendapat  rawatan perubatan ( perubatan yang di iktiraf oleh kerajaan ) dan di rujuk / sokong oleh Pakar Perubatan atau  Pakar Psikiatri . Tiada dan bebas dari penyalahgunaan dadah dan bersedia menerima arahan serta tunjuk ajar . Ketidakpatuhan kepada ubatan doktor dan arahan penyelia di KDS iaitu penyelia program Rumah Sejahtera serta melanggar syarat dan membahyakan keamanan awam , pelatih boleh di tamatkan  latihan serta merta dan tidak boleh di persoalkan .



 


Kem Desa Sejahtera adalah sebuah syarikat berdaftar di atas nama KDS-Urus yang menjalankan perniagaan


pusat rekreasi dan latihan awam , menjalankan aktiviti dan menyediakan kemudahan rekreasi , menyedia dan menjual  hasil ternakan , pertanian dan kerjatangan juga membekal barangan runcit kering dan basah di mana pelatih  di terima berlatih berkerja di bawah penyeliaan  penyelia mereka  dan petugas KDS sendiri . Rumah Sejahtera adalah program yang menguruskan aktiviti program 'job placement'  membantu dan menjaga kebajikan OKU  khasnya  OKU Mental .




SEMOGA  DI PERMUDAHKAN ....









 
   

No comments:

Post a Comment