Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Thursday, December 19, 2013

FENOMENA ALAM .. KEBAIKAN BAGI MEREKA YANG BERIMAN ..



PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!! Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !! Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian. Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!! Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia? Dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku. BERUBAH : Khatulistiwa berada di Antartika Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api dimatahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot". Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu. Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku. Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan ilahi. Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman. Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui. Sabda Rasulullah SAW " “..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai” Kata Saidina Ali RA Saidina Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat". Antara fakta Komet ISON ialah: 1. ISON digelar “ Komet abad ini” 2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013. 3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013 4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari. 5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam. 6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km. 7. ISON adalah komet yang paling dilihat oleh ramai orang. 8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan. 9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm. 10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014. Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi. Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini

Wednesday, December 18, 2013

NABI ISA ..

Sebuah Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad SAW bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XV sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa AS, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.

Injil berkenaan dijumpai oleh polis Turki pada tahun 2000 dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam. Pada 2010, Injil berkenaan diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan diberi kebenaran untuk dipamerkan setelah beberapa usaha pemulihan.

Pope Benedict XVI berusaha untuk melihat sendiri Injil berkenaan.

Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang mana Nabi Isa AS dipercayai hanya seorang Rasul dan pesuruh Allah SWT dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai sebahagian besar mereka yang beragama Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Protestan, Anglican dan Orthodox. Lebih menarik, Injil ini turut mendakwa Nabi Isa AS tidak pernah meninggal dunia akibat disalib dan baginda telah diangkat oleh Allah SWT ke langit. Ia bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan daripada hawari Paul.

Injil yang didakwa sebagai 'Gospel of Barnabas'

Oleh yang demikian, ramai cendikiawan Kristian menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-16 dan bukannya abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, pengkaji-pengkaji Islam mempercayai ia adalah Injil yang sebenar-benar Injil sepertimana yang difirman Allah SWT dalam Al-Quran.

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.
(Surah Al-Baqarah ayat 146)

Monday, December 2, 2013

PERASMIAN ..

3.12.12013 @ Selasa

Pada 30.11.2013 @ Sabtu telah berlangsung majlis perasmian Kem Desa Sejahtera @ Pusat Rekreasi Sejahtera dan Rumah Sejahtera ( program 'job placement ' ) . Berbagai aktiviti di susun bagi pengunjung termasuk jamuan kenduri aqiqah . Namun  hujan renyai sejak malamnya turun membasahi tempat progam lansung bertukar menjadi lecak dan tidak selesa . Kunjungan orang ramai berkurangan . Terima kasih kepada semua yang hadir khasnya pemuda yang menyertai larian merentas desa , pasukan pemeriksaan kesihatan dari Klinik Kesihatan Temerloh  dan semua ursetia yang menjayakan program . Pemuda yang memeriahkan suasana dengan pertandingan sukan  bolasepak 5 sebelah @ futsal hingga ke petang @ 5.00 petang setelah berehat untuk makan tengah hari dan solat . Pertandingan mewarna bagi kanak kanak berjalan dengan sempurna .  Syabas kepada pengendali semua acara .

Sehubungan dengan  itu kin rasmilah operasi Rumah Sejahtera dan Pusat Rekreasi Sejahtera ( dulu Lebox Extreme Park ) dan penyertaan juga semua urus niaga di buka khasnya pada 1 Januari 2014 . Tempahan tapak program , penginapan dan pengurusan program di buka kepada semua . Kelab Rekreasi Sejahtera mempelawa semua khasnya pemuda untuk menyertainya bagi  menikmati  berbagai aktiviti  rekreasi yang bakal di adakan nanti dengan potongan kos . Aktiviti sukan dan rekreasi  akan di susun dari masa kemasa meliputi sukan  utama negara iaitu bola sepak @ khasnya futsal , takraw , badminton , bola jaring dan sebagaiya . Kegiatan sukan lasak seperti mountain bike , kembara 4x4 , trekking hutan dan gunung serta berkayak di sungai atau tasik boleh di adakan apabila ada permintaan . Pun begitu  pihak pengurusan KDS URUS mendapat  'unjuran' dari seseorang untuk menempatkan kuda dan latihan menunggang kuda kepada mereka yang berminat di samping  sukan memanah yang sedia ada . 

Ahli Jawatankuasa Rumah Sejahtera  perlu bersedia  menerima kemasukan 'pelatih'  mulai Januari 2014  dan segala persiapan asas dalam masa beberapa minggu sahaja lagi . Semua aktiviti di KDS adalah di bawah pengurusan / bidang aktiviti  KDS URUS (CT 0024320-U ) yang telah selamat di daftarkan dengan SSM  sebagaimana di sebutkan dahulu  .

Semoga di permudahkan ...  
 mewarna bagi kanak kanak dan OKU sedang di langsungkan ..
 pasukan pemeriksaan kesihatan  dari KKT sedang bertugas ..terima kasih 
 peserta pertandingan boasepak 5 sebelah .. 
sedang beraksi di padang yang becak ..
'mandi lumpur la deme ..

 membilang gula 2 .. teka gula gula  dalam balang ..

 jamuan aqiqah ... hadirin sedang mengambil hidangan ...
 kelihatan Ketua Kampong Tg Kerayong Lebak ..mengambil hidangan ..
 mereka yang bertungkus lumus di dapor .. terima kasih ..
penyampaian hadiah bagi pemenang .. dan cabutan bertuah ..