Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Monday, December 2, 2013

PERASMIAN ..

3.12.12013 @ Selasa

Pada 30.11.2013 @ Sabtu telah berlangsung majlis perasmian Kem Desa Sejahtera @ Pusat Rekreasi Sejahtera dan Rumah Sejahtera ( program 'job placement ' ) . Berbagai aktiviti di susun bagi pengunjung termasuk jamuan kenduri aqiqah . Namun  hujan renyai sejak malamnya turun membasahi tempat progam lansung bertukar menjadi lecak dan tidak selesa . Kunjungan orang ramai berkurangan . Terima kasih kepada semua yang hadir khasnya pemuda yang menyertai larian merentas desa , pasukan pemeriksaan kesihatan dari Klinik Kesihatan Temerloh  dan semua ursetia yang menjayakan program . Pemuda yang memeriahkan suasana dengan pertandingan sukan  bolasepak 5 sebelah @ futsal hingga ke petang @ 5.00 petang setelah berehat untuk makan tengah hari dan solat . Pertandingan mewarna bagi kanak kanak berjalan dengan sempurna .  Syabas kepada pengendali semua acara .

Sehubungan dengan  itu kin rasmilah operasi Rumah Sejahtera dan Pusat Rekreasi Sejahtera ( dulu Lebox Extreme Park ) dan penyertaan juga semua urus niaga di buka khasnya pada 1 Januari 2014 . Tempahan tapak program , penginapan dan pengurusan program di buka kepada semua . Kelab Rekreasi Sejahtera mempelawa semua khasnya pemuda untuk menyertainya bagi  menikmati  berbagai aktiviti  rekreasi yang bakal di adakan nanti dengan potongan kos . Aktiviti sukan dan rekreasi  akan di susun dari masa kemasa meliputi sukan  utama negara iaitu bola sepak @ khasnya futsal , takraw , badminton , bola jaring dan sebagaiya . Kegiatan sukan lasak seperti mountain bike , kembara 4x4 , trekking hutan dan gunung serta berkayak di sungai atau tasik boleh di adakan apabila ada permintaan . Pun begitu  pihak pengurusan KDS URUS mendapat  'unjuran' dari seseorang untuk menempatkan kuda dan latihan menunggang kuda kepada mereka yang berminat di samping  sukan memanah yang sedia ada . 

Ahli Jawatankuasa Rumah Sejahtera  perlu bersedia  menerima kemasukan 'pelatih'  mulai Januari 2014  dan segala persiapan asas dalam masa beberapa minggu sahaja lagi . Semua aktiviti di KDS adalah di bawah pengurusan / bidang aktiviti  KDS URUS (CT 0024320-U ) yang telah selamat di daftarkan dengan SSM  sebagaimana di sebutkan dahulu  .

Semoga di permudahkan ...  
 mewarna bagi kanak kanak dan OKU sedang di langsungkan ..
 pasukan pemeriksaan kesihatan  dari KKT sedang bertugas ..terima kasih 
 peserta pertandingan boasepak 5 sebelah .. 
sedang beraksi di padang yang becak ..
'mandi lumpur la deme ..

 membilang gula 2 .. teka gula gula  dalam balang ..

 jamuan aqiqah ... hadirin sedang mengambil hidangan ...
 kelihatan Ketua Kampong Tg Kerayong Lebak ..mengambil hidangan ..
 mereka yang bertungkus lumus di dapor .. terima kasih ..
penyampaian hadiah bagi pemenang .. dan cabutan bertuah ..

No comments:

Post a Comment