Dream Team .. membentuk pelapis ..

Dream Team .. membentuk pelapis ..
Khidmat yang tiada akhirnya ...dan kebaikan yang tiada hentinya dari Tuhan pemilik alam ...

Badan Kebajikan Psikiatri @ BKP HoSHAS

Kami berusaha untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang pengesanan , perawatan , penjagaan , kebajikan dan
promosi kesihatan mental bagi mencapai visi dan misi KKM dan HoSHAS .
Mari bersama kami ... DARE TO CARE
...Blog ini bukanlah blog rasmi HoSHAS ,oleh itu sebarang artikel yang di siarkan
tidak menggambarkan sikap, polisi dan dasar KKM/HoSHAS @ ia hanyalah untuk memberi sumbangan dan menyokong serta menjayakan dasar yang sedia ada selagi mana tidak bercangah.
Badan ini adalah inisiatif Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental , Ketua Jabatan , Pakar Pakar , Pegawai Pegawai Perubatan dan kakitangan yang berdedikasi. Mereka adalah bakal penyumbang kepada blog ini.
Moga memberi manfaat kepada semua

Tuesday, January 21, 2014

KHAS DI KEM DESA SEJAHTERA - MAKLUMAN


22.1.2014  MAKLUMAN ... 
RUMAH SEJAHTERA 
 Adalah ‘program  kebajikan '
DENGAN INI MENAWARKAN KEPADA ANDA yang mempunyai anak , adik , waris , kenalan oku KHaSNYA OKu MENTAL yang memerlukan penjagaan dan pendedahan kepada kehidupan  biasa supaya mendaftar DAN mengikuti program kami di ‘rumah sejahtera’.
2. syarat kemasukan :
1. Terbuka untuk semua oku dan oku mental yang stabil (LELAKI SAHAJA—PERMULAAN) .
2. Mendapat rujukan dan  jaminan  masuk dari doktor / pegawai bertauliah.
3. Boleh memahami dan menerima arahan serta boleh bekerjasama .
4. Pelatih / waris bersedia  untuk   membayar kos yang di kenakan .
5. Semasa mendaftar pelatih / waris mesti mengemukakan borang dan  surat jaminan yang meyakinkan .
6. Sihat tubuh badan  dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah  atau TELAH DI SAHKAN pulih .
7. Pelatih beragama islam akan menjalankan amalan agama secara bersama dan terpimpin .
8. AKTIVITI PEMULIHAN DAN LATIHAN BEKERJA YANG DI JALANKAN ADALAH MENURUT  KEPERLUAN DAN 
 3. Kos bagi seorang pelatih @ (MAKANAN PENGINAPAN DAN PENJAGAAN )
i. DEPOSIT RM250.00–SEMASA Mendaftar
2. penDAFTARAN RM600.00-Mendaftar
3. BULANAN RM600.00
 
PEKERJAAN dan LATIHAN kerja  yang bakal di jalankan  ia lah sebagai : -  pekerja am ,      security ,   cleaner dan  pembantu am  - ( pejabat dan warung )
 

Hubungi kami segera —
Tempat TERHAD  !!!  10 orang  Sahaja…
AKTIVITI TERAS :
1. Aktiviti pemulihan  berasaskan nasihat pakar dan  kaunselor  .
2. Aktiviti  berasaskan agama dan  holistic .
3. Pekerjaan berasaskan  :
     A.  Rekreasi dan berkaitan .
       B.   Pertanian
       C.  Penternakan
       D. Hobi dan kegemaran.
       E. Aktiviti berkumpulan  , motivasi  dan  bimbingan  kemasyarakatan .
Orang ramai  di rayu untuk membantu operasi  Program kebajikan ‘Rumah Sejahtera’  melalui sumbangan  :- Derma , Zakat  dan sebagainya   KERANA ...
            
  ** (OKU/OKU Mental = fakir miskin adalah asnaf dan gulongan yang memerlukan : CAKNA  DAN    MENYAYANGI MEREKA YANG TIDAK BERNASIB BAIK .. KEBAJIKAN BERSAMA !!!
    Keterangan lanjut :
    Kemdesasejahtera .blogspot.com

      Fb : Lebox extreme park @ KDS    

      En Shohaimi : 012-9504278

Wednesday, January 8, 2014

MORSI .. TERUSKAN JIHAD MU

[Surat Shaimaa' Mursi kepada ayahnya, Presiden Mursi]

Surat sempena malam penghakiman
(*Presiden Mursi dibicarakan pada hari ini 8 Januari 2014)

Wahai ayahku yang dikasihi, permata hatiku dan penyejuk mataku,

Adakah engkau masih ingat wahai ayah yang kukasihi, rangkap syair yang aku bisikkan di telingamu sejak lama dahulu dan engkau membalasnya di telingaku. Katakanlah wahai ayah, bahawa engkau masih mengingatinya.

Wahai ayahku, sekiranya aku melukis langit serta bintang-bintang yang memenuhinya, maka engkaulah bintang yang paling besar di langit itu.

Rangkap syair itu sangat simpel. Namun bagimu ia sangat besar ertinya dan engkau menghargainya sehingga aku merasakan bahawa aku adalah ratu para penyair. Sesungguhnya engkau sentiasa menggalakkan kami mengembangkan bakat kami dan sentiasa menambah ilmu dan pengetahuan kami.

Ayahku yang sangat dihargai, pada malam penghakiman yang mereka dakwakan, bayanganmu yang hebat menerjah mataku, lalu hatiku dilimpahi kerinduan untuk melihat dirimu dan mendengar suaramu yang lonak dan menenangkan. Kenang-kenangan berjuraian di hadapan mataku, mengulangi pita rakaman hidupmu yang penuh dengan lembaran-lembaran jihad, tidak akan cukup ruangan untuk dimuatkan kesemuanya.

Tetapi yang paling jelas mengusik hatiku ialah hembusan di malam inqilab, di mana engkau memberitahu kami dengan penuh yakin: "Sesungguhnya Mesir akan menang dengan Kuasa Allah dan KekuatanNya. Dan sesungguhnya Din Allah itulah yang menang. Sesungguhnya khilafah pasti akan tegak, tidak dapat tidak. Sesungguhnya sejarah akan menulis dengan huruf-huruf daripada cahaya tentang jihad dan perjuangan rakyat Mesir."

Aku bersaksi di hadapan Allah, sesungguhnya aku tidak nampak langsung engkau dalam keadaan kelu-kesah. Bahkan sebaliknya engkau begitu tenang, wajahmu sentiasa dihiasi senyuman. Engkau bangkit setiap malam menunaikan ibadah, solat, munajat dan doa. Engkau memberitahu kami dengan penuh izzah bahawa sesungguhnya kemerdekaan itu harganya adalah darah. Dan engkau wajib berada di barisan paling hadapan orang pertama yang wajib berkorban kerana engkau pemimpin yang bertanggungjawan ke atas rakyat. Dan engkau berkata: "Aku bercita-cita dan berharap agar Allah menerima darahku sebagai syahid di jalanNya."

Engkau mengingatkan kami tentang sayyidina Umar bin al-Khattab, sayyidina Uthman bin Affan dan Imam Hasan al-Banaa. Engkau berkata: "Sesungguhnya sayyidina Umar telah mati sebagai syahid, sayyidina Uthman telah mati sebagai syahid. Begitu juga Imam Hasan al-Banna. Aduhai, alangkah indahnya kalau aku ini seurat rambut pada diri salah seorang daripada mereka itu di kala engkau menghayati detik-detik penulisan sejarah sekarang ini. Ini merupakan satu kebaikan yang besar bagi kamu. Aduhai alangkah indahnya sekiranya aku menjadi satu baris dalam kitab sejarah ini."

Aku masih ingat suaramu yang begitu mantap dan penuh yakin ketika engkau berkata kepada kami: "Aku adalah satu lembar daripada lembaran thaurah Mesir yang hebat. Sekiranya aku pergi menemui Allah, maka hendaklah kamu sempurnakan perjalanan thaurah ini. Dan aku yakin terhadap rakyat Mesir. Mereka tidak akan membenarkan sejarah kembali ke belakang. Mereka tidak akan mensia-siakan kebebasan dan kemuliaan mereka walaupun terpaksa berkorban darah."

Aku tidak dapat menyembunyikan rahsia yang berlegar di dalam benakku. Aku benar-benar rasa gelisah dengan ungkapan terakhirmu itu. Aku berkata sendirian di dalam diriku, adakah rakyat Mesir akan membenarkan sangkaanmu itu terhadap mereka, atau mereka akan mengkhianati keyakinanmu terhadap mereka, bangsa yang hidup menderita, kelaparan dan tertekan?

Tetapi selepas enam bulan lima hari, sejak peristiwa di malam itu, aku ingin menegaskan kepadamu wahai ayahku yang disanjungi, sesungguhnya tanahair ini penuh dengan rijal, wira-wira dari kalangan lelaki, pemuda, wanita, gadis, kanak-kanak, orang tua lelaki dan perempuan yang sanggup berpayah. Mereka selama-lamanya tidak akan tunduk kepada aliran yang membawa kerosakan, mereka tidak akan menyerah kalah demi mempertahankan agama, tanahair dan legitimasi kerajaan mereka.

Sesungguhnya kami tetap meneruskan perjuangan wahai ayahku yang dicintai. Kami telah menjual kepada Allah nyawa dan anak-anak. Kami akan teruskan untuk merealisasikan thaurah sepenuhnya tanpa kurang walaupun sedikit sekalipun terpaksa menanggung beban apa saja, sekalipun terpaksa berkorban segala-galanya. Sesungguhnya Allah akan menyempurnakan urusanNya jika Dia Kehendaki.

Akhir risalahku buatmu:

Aku iangat ketika kami masih kecil, engkau selalu dendangkan kami nasyid ini:

Aku akan memikul nyawaku dan lupakan kerehatanku
Sama ada hidup membahagiakan kawan atau mati menjengkelkan lawan
Jiwa yang mulia itu hanya ada dua tujuan, mencapai cita atau mati dalam mengejarnya.

Ya. Engkau benar wahai insan yang paling mulia di sisiku. Sama ada kita hidup membahagiakan kawan kita atau kita mati dalam keadaan musuh membenci kita. Semoga Allah kurniakanmu syahid yang ikhlas di jalanNya dalam keadaan engkau mara tanpa undur. Semoga Allah terima jihadmu dan kami akan isytiharkan setinggi-tingginya: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah redha kepadaMu, maka redhalah kepada kami.

Dan akhirnya, tetapi bukan yang terakhir, marilah sama-sama kita hidupkan syiar kita:
Allah matlamat kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Quran dustur kami
Al-Jihad jalan kami
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami
Kami tidak redha yang lain sebagai ganti walau apapun yang kami hadapi. Moga kita bertemu di kolam Nabi, wahai ayahku.

Allah Maha Besar. Kemuliaan untuk Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman.

5 Rabiul Awwal 1435
7 Januari 2014

Terjemahan : Ustazah Maznah Daud (http://zaadut-taqwa.blogspot.com/)
Sumber: Ikhwan Online
#mesirkini
#R4BIA

Thursday, January 2, 2014

SIAPA KAH DIA ... JANGAN MENGHINA

Ilmu yang bermanfaat :




Ku Sangka Orang Gila ......26 May 2011..... Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah. Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap. Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi. Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu. Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu. Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik? Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah... Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan. Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2. Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu. Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan... Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu.. (Copy pasted - Warta Dari Hati) ***Gambar hiasan semata-mata.. Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt..